Teman Blogger

Memaparkan catatan dengan label Nota Internet. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nota Internet. Papar semua catatan

Rabu, 15 Mei 2013

Setting Google Supaya Tidak Pergi Ke Domain Negara Sendiri

Google sebenarnya telah setkan komputer kita supaya apabila pencarian dibuat (search results) akan memberikan hasil yang jelas dan berdekatan dengan lokasi pencarian kita. Jika anda perhatikan betul-betul apabila anda menaip www.google.com pada browser anda, ianya akan automatik membawa anda ke domain Google negara anda sendiri. Sebagai contoh di Malaysia, anda akan mendapat hasil www.google.com.my.

Ini sebenarnya telah menghadkan hasil pencarian kita sekiranya ingin mendapat hasil pencarian dari luar negara. 

Rabu, 30 Januari 2013

Nota Power Point

Just nak share link untuk nota power point yang banyak kat internet ni. Kalau anda ada yang lain boleh share sekali. Letakkan saja pada comment posting ini.
  1. MEMBUAT SLIDE PRESENTASI DENGAN MICROSOFT POWER POINT 2007
  2. Membuat SlidePresentasi
  3. Microsoft PowerPointTutorial
  4. PANDUAN BELAJAR  MS.OFFICE POWER POINT 2003
  5. ADVANCED POWERPOINT 2007 Tips & Tricks
Semoga membantu.

Ahad, 2 Disember 2012

Video Chat Dengan OoVoo

Satu lagi laman web yang saya jumpa alternatif kepada Skype. Anda boleh cuba ooVoo. Biasalah Free mesti ada sedikit kekurangan. Saya dah cuba guna, contact daripada laptop ke samsung galaxy tab, not bad juga, boleh berkomunikasi dengan orang yang disebelah sana tak ada masalah. 

Kalau anda punya line laju lagi bagus. Dari segi setting mudah cuma perlu muat turun dan install. Lagi senang sebab ooVoo ni link sekali dengan facebook. Just for info sharing. Selamat mencuba.

Selasa, 29 Mei 2012

Cari Gambar Dengan Google Images


Ini adalah posting terakhir saya bulan ni. Bulan depan sambung balik. Just nak share dengan kawan2 tentang trik mudah untuk google imej/gambar.

Tahukan anda apabila anda masuk laman http://www.google.com.my anda sebenarnya diberi beberapa pilihan. Perhatikan kat bahagian atas skrin anda tu seperti gambar dibawah.

Safe Your Surf - Windows Internet Users Check Your DNS

Just nak share something tentang keselamatan komputer. Cut and paste daripada email penampan yang saya terima. Bagus buat bacaan untuk tambah ilmu tentang keselamatan ketika melayari internet.

Selamat membaca.

Khamis, 24 Mei 2012

Download Youtube Dengan Takeyoutube


Lagi cara download video daripada laman youtube. Sebenarnya ada banyak cara dan antara yang termudah adalah melalui laman web ini.

Just klik video yang anda ingin download kat youtube tu. Lepas tu copy alamat url yang berada diatas browser anda. Masuk laman web takeyoutube.com dan paste alamat url tadi. Ikut arahan selanjutnya. Lepas ni bolehlah anda download video karaoke atau apa2 video yang anda minat tu.

Semoga membantu.

Ahad, 29 Januari 2012

Slang Ketika BerInternet atau SMS

Selalu bila kita berSMS atau berInternet, kita akan menggunakan perkataan short cut seperti yang kat bawah ni. Kadang2 tu sampai tak fahampun.

LOL - Laughs Out Loud
FYI - For your Information
OMG - Oh My God
OIC - Oh I See
HTH - Hope This/That Help
IMO - In My Opinion
IAC - In Any Case
AFAIK - As Far As I Know
ASAP - As Soon As Possible
BTW - By The Way
dan bla... bla.. bla...

Bagi membantu kita memahami lebih lanjut bahasa2 short cut ini, bolehlah dirujuk laman web ini.

Semoga membantu.

Rabu, 21 September 2011

Download Ebook Islam

Kepada anda yang mencari laman web untuk download ebook Islam anda bolehlah cuba lawat laman ini. Ianya ditulis oleh orang Indonesia. Ada banyak ilmu yang boleh kita belajar kat sana.

Semoga dapat membantu.

Khamis, 28 Julai 2011

Drag And Drop Imej Dari Google Chrome Ke Komputer Anda

Mungkin ramai antara anda yang menggunakan Google Chrome. Ia merupakan sebuah browser yang menarik. Tahukah anda dengan teknologi terbaru daripada Google Chrome anda boleh menyimpan imej daripada browser anda dengan mudah.

Mungkin sebelum ini anda terpaksa klik kanan pada mouse anda dan save imej as... Tetapi dengan Google Chrome anda hanya perlu "drag and drop" imej daripada browser anda ke desktop atau mana2 bahagian hard disk anda seperti mana yang anda kehendaki. Imej tersebut akan secara automatik tersimpan disitu.

Atau anda juga boleh "drag and drop" imej daripada komputer anda ke browser chrome untuk terus melihat gambar tersebut di browser chrome anda itu. Sungguh mudah. Kalau tak percaya cubalah sendiri.

Sekian.

Isnin, 20 Jun 2011

Laman Web Belajar PHP

Kepada anda yang berminat untuk belajar PHP pada platform Windows anda bolehlah lawati lawan ini.

Isnin, 21 Mac 2011

Membuat Carian Di Hotfile

Selain daripada rapidlibrary anda juga boleh membuat carian bahan di hotfile. Seperti rapidlibrary disini juga terdapat banyak bahan rujukan percuma yang boleh anda muat turun. Klik disini dan taipkan nama bahan yang ingin anda cari dalam kotak Hotfile Search.

Semoga membantu.

Selasa, 8 Mac 2011

Sembang Melalui Video Dengan Camfrog

Kepada anda yang suka chatting, anda tidak harus lepaskan perisian ini. Dengan perisian ini anda boleh bersembang dengan kawan anda melalui video.

Perisiannya juga mudah digunakan. Tapi hati2 orang lain boleh tengok anda. Nanti ramai pulak berkenan jadi masalah pulak. Walau bagaimanapun saya percaya terciptanya perisian ini adalah untuk kebaikan.

Antara Features manariknya adalah;







Anda boleh downloadnya kat sini.

Isnin, 7 Mac 2011

Koleksi Kertas Kerja

Kepada anda yang tercari-cari contoh kertas kerja percuma seperti;

  1. Kertas kerja perniagaan kedai komputer
  2. Kertas kerja perkhidmatan kafe siber
  3. Kertas kerja perkhidmatan dobi
  4. Kertas kerja perniagaan restoran
  5. Kertas kerja ternakan ikan keli

dan banyak lagi...


Anda boleh lawat laman sesawang ini.

Semoga membantu.

Sabtu, 5 Februari 2011

Blog Kang Rohman


Lagi satu blog yang saya rasa anda patut lawati adalah Blog Kang Rohman. Antara yang menarik disini adalah seperti;
  1. Tutorial Blog untuk pemula.
  2. Free Blog template.
  3. Info IT terkini.
Semoga mendapat munafaat.

Khamis, 23 September 2010

Gambar Facebook Tak Keluar

Benda macam ni biasa berlaku apabila kita gunakan browser firefox. Tak banyak yang boleh dilakukan. Paling mudah kita install semula browser tadi. Tapi sebelum tu pastikan anda remove browser yang lama tu sampai bersih. Anda boleh gunakan Ccleaner untuk tujuan tu. Baca lanjut kat sini.

Kemudian download browser firefox yang baru dan install. Masalah anda akan selesai.

Isnin, 12 Julai 2010

Tambah Kelajuan Broadband Anda

Disini ada satu tip untuk menambah kelajuan broadband anda. Anda boleh cuba dan rasakan perbezaannya.

Caranya begini:
  1. Pastikan anda login sebagai Administrator atau Debugger users
  2. Klik start --> run
  3. Taip gpedit.msc dan klik OK dan anda akan dibawa ke menu Local Computer Policy
  4. Double klik pada Computer Configuration
  5. Double klik pada Administrative Templates
  6. Double klik pada Network
  7. Cari Qos Packer Scheduler dan klik sekali, anda akan dibawa ke menu QoS Packet Scheduler di sebelah kanan
  8. Cari Limit reservable bandwidth dan klik dua kali
  9. Pilih Enabled, dan pada Bandwidth limit (%) letak nilai 0. (Nilai defaultnya adalah 20)
  10. Akhir sekali klik apply dan klik OK
Selamat mencuba.

Khamis, 8 Julai 2010

Cara Tambah Kelajuan Mozilla Firefox

Adakah Browser Firefox anda cukup laju? Kalau tak cukup, anda boleh cuba kaedah ini untuk memperbaiki kelajuannya.
  • Pada bar URL diatas tu taipkan "about:config" dan anda akan dibawa kepada menu seperti dibawah.

Jumaat, 25 Jun 2010

Kesan Lokasi Hos Dengan Geotool


Nak jadi james bond? Nak tau kedudukan sesuatu Alamat IP/Hos komputer. Anda boleh cuba Geotool, mudah saja lawat saja laman web ini. Di bahagian sudut kanan atas ada pilihan bahasa. Tukar saja mengikut bahasa pilihan anda. Di bahagian bawah terdapat ruang untuk anda masukkan Alamat IP/Nama Hos, masukkan saja Alamat IP/Nama Hos yang anda ingin tahu lokasinya.

Contoh : www.google.com

Kemudian klik hantar. Tunggu sebentar dan anda akan diberi tahu kedudukan Hos tersebut. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Geotool anda boleh baca disini.

Tukar Laman Web kepada fail PDF

Hari ini saya nak memperkenalkan kepada anda satu laman Web yang boleh menukarkan laman Web atau Blog kepada fail PDF. Ianya percuma saja.

Katakan anda sukakan satu laman Web, anda tak perlu lagi lakukan aktiviti copy dan paste. Ambil saja addressnya contoh: http://www.google.com.my dan tampal pada Web ini.

Selasa, 18 Mei 2010

Hosting Untuk Java Script

Kepada anda yang tercari-cari tempat untuk hosting java script anda di internet, anda boleh lakukannya di laman Web Google Code atau Google Sites.

Kedua-dua laman Web ini memberi layanan percuma untuk anda jadikan host untuk kod java script anda.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Masa Itu Emas

Langgan artikel Via Email

Kirim update terbaru dari
Blog Ajak terus ke Email anda!

Delivered by FeedBurner