Teman Blogger

Memaparkan catatan dengan label Pengenalan Software. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pengenalan Software. Papar semua catatan

Rabu, 12 Julai 2017

Media Player Classic

Ingin mencuba media player yang lain. Bukan apa kadang-kadang kita download fail media daripada internet, lepas tu bila nak play guna Windows Media Player tak boleh. Pernah jadi perkara macam ni kat anda? 

Saya cadangkan anda menggunakan Media Player Classic. Perisian ini datang dengan K-Lite Codec Pack. Ianya sudah cukup baik, banyak jenis fail audio dan video dia boleh proses dan baca. Biasa kalau Windows Media Player tak boleh baca Media Player Classic boleh. Tak percaya anda boleh cuba downloadnya kat sini.

Perisian ini adalah perisian sumber terbuka dan anda boleh downloadnya secara percuma.

Semoga membantu.

Isnin, 19 Jun 2017

ImgBurn alternatif kepada NERO

ImgBurn adalah perisian alternatif terbaik bagi menggantikan NERO (bukan percuma). Ia membolehkan anda untuk burn imej CD/DVD/HD dan DVD/Blu-ray. Interface yang mudah sesuai untuk pengguna baru dan juga terdapat banyak features untuk pengguna advance.

Ia boleh burn CD audio dalam berbagai format seperti AAC, APE, FLAC, M4A, MP3, MP4, MPC, OGG, PCM, WAV, WMA dan WV.

Anda boleh gunakannya buat Video DVD (daripada folder VIDEO_TS), Video HD DVD (daripada folder HVDVD_TS) and Video Blu-ray (daripada folder BDAV/BDMV folder).

Anda boleh downloadnya di Sini.

Sabtu, 17 Jun 2017

KECILKAN FAIL VIDEO ANDA DENGAN HANDBRAKE


Selain daripada kecilkan fail video anda melalui online. Anda juga boleh menggunakan program HANDBRAKE.
HANDBRAKE ini adalah perisian untuk convert fail video yang menyokong hampir semua format video terkini daripada berbagai platform (Windows, Mac dan Linux).

Ianya mudah digunakan dan merupakan perisian sumber terbuka. Yang penting percuma.

Anda boleh downloadnya di Sini.

Semoga membantu.

Selasa, 23 Mei 2017

FREEOFFICE

FreeOffice adalah perisina alternatif kepada Microsoft Office, dimana ianya mempunyai fungsi yang hampir sama dan yang penting ianya adalah percuma.

FreeOffice 2016 adalah berdasarkan kepada SoftMaker Office 2016, generasi semasa perisian Office dari SoftMaker, sekali gus mendapat manfaat daripada banyak penambahbaikan yang telah dibuat oleh SoftMaker kepada versi komersialnya. Sebagai contoh, ia menjadikan grafik lebih cepat daripada sebelumnya, yang lebih pantas, dengan menggunakan beberapa teras CPU, sesuai dengan Windows XP sehingga Windows 10 dan juga semua versi Linux semasa dan menyokong kedua-dua skrin sentuh dan 4K (UHD) monitor.

Kepada anda yang ingin mencuba boleh downloadnya di SINI.

Semoga membantu.

Khamis, 18 Mei 2017

Ambil gambar snapshot dengan GREENSHOT

Apa itu Greenshot?

Kepada anda yang selalu ambil gambar pada skrin komputer untuk editing. Selain daripada "print screen", faststone dan beberapa perisian lain anda juga boleh cuba perisian Greenshot ini.

Ianya sebuah perisian sumber terbuka (open source), download saja dan install di komputer anda secara percuma.

Greenshot ini merupakan sebuah perisian ringan untuk flatform Windows yang mempunyai features seperti:-
1. Mudah dan cepat mengambil gambar pada skrin mengikut kawasan pilihan anda.
2. Boleh mengambil gambar Window dan Skrin penuh.
3. Boleh mengambil gambar scroll laman web daripada Internet Explorer.
4. Dengan mudah mengenotasi, menghighlight atau menggelapkan bahagian pada skrinshot.
5. Eksport skrinshot yang diambil dalam berbagai cara seperti simpan sebagai fail, hantar ke mesin cetak, copy ke clipboard, attach di email, hantar ke perisian Office, muat naik ke Flickr atau Picasa dan lain-lain.

Ianya merupakan perisian yang mudah difahami, mudah di konfigure dan sesuai untuk semua.

Anda boleh downloadnya di SINI.

Selasa, 7 Jun 2016

MEMBUAT FAIL ISO atau IMAGE DENGAN INFRARECORDER

Sebenarnya selain daripada INFRARECORDER ada banyak lagi perisian lain yang dapat membantu anda membuat fail ISO atau imej ini. Tapi hari ini saya ingin memperkenalkan perisian INFRARECORDER ini yang mana bagi saya ianya sangat mudah digunakan.

Anda hanya perlu masukkan CD/DVD yang anda ingin jadikan fail imej dan klik Read Disc. Kemudian masukkan nama dan tentukan lokasi fail ISO atau Imej yang bakal dibentuk nanti.

Anda boleh downloadnya di SINI. Selamat mencuba.

Sabtu, 4 Jun 2016

Membuat Pendrive Anda Menjadi Bootable

Cara mudah untuk menjadikan pendrive anda bootable adalah dengan menggunakan RUFUS. Ia adalah sebuah perisian open source yang boleh anda gunakan dengan mudah. Kepada anda yang memerlukannya anda boleh downloadnya di SINI.

Semoga membantu. Sebelum terlupa selamat berpuasa kepada yang muslim semua.

Rabu, 1 April 2015

Tukar Imej Kepada Pdf

Lamanya tak menulis dalam blog ni. Hari ini dah masuk 1hb April 2015, satu sistem percukaian baru akan diperkenalkan di Malaysia mulai dari hari ini, GST, sama-samalah kita tengok apa yang naik dan apa yang turun.

Just nak share dengan kawan2 tentang software "Images 2 Pdf" ni. Ianya merupakan perisian Freeware yang mudah dan cepat untuk convert imej kepada Pdf. Anda boleh import berbagai fail imej, setkan format output yang dikehendaki dan tukar kepada fail Pdf.

Anda boleh downloadnya di sini.

Khamis, 7 Ogos 2014

Lagi Tentang Audio Extractor

Mungkin anda ada download video daripada Youtube atau mana2 laman web dan ingin mengasingkan audio daripada video tersebut.

Anda boleh gunakan perisian percuma "Pazera Free Audio Extractor".

Perisian ini adalah percuma mengasingkan audio daripada fail video tanpa menjejaskan kualiti suara. Ia boleh mengasingkan audio daripada fail video (AVI, FLV, MP4, MPG, MOV, RM, 3GP, WMV, WebM, VOB dan lain-lain) kepada format MP3, AAC, AC3, WMA, OGG, FLAC, M4A or WAV. Ia juga bertindak sebagai "Universal Audio Converter" membolehkan anda menukar pelbagai format fail musik anda. AVI kepada MP3, FLV kepada MP3, AVI kepada WAV, FLAC kepada MP3, Ogg kepada MP3, SHN kepada MP3.

Sabtu, 28 September 2013

Cara Rotate Dokumen PDF

Bila bercakap tentang nak rotate dokumen PDF ni memang leceh sikit sebab fail PDF memang dicipta oleh Adope System. Jadi cara yang paling mudah adalah dengan menggunakan perisian Adope Acrobat XI Pro/Standard yang merupakan perisian berbayar itu sendiri. Kalau macam kita yang sekali sekala nak pakai tak payah belilah rugi je.

Berikut adalah beberapa tips yang anda boleh gunakan.
  1. Anda boleh lakukannya secara online. Anda boleh lawat Web ini Upload fail yang anda nak rotate kat situ. Pilih Angle dan klik ROTATE PDF.
  2. Waktu anda scan dokumen pastikan semua dokumen tu kedudukannya tidak bercampur antara portrait dan landscape. Jadi senang kerja, tak bercampur2, kalau nak rotate boleh upload je kat Web diatas.
  3. Kalau dokumen tu tak banyak ada dua tiga keping je, anda boleh Capture je gambar dokumen tu dan paste kat Word. Mana bahagian yang anda tak nak boleh Crop le. Kemudian convert balik guna PDF Converter.

Semoga membantu.

Isnin, 19 Ogos 2013

Ubah Saiz Imej Anda Online

Kalau dulu kita susah nak ubah saiz imej kita. Tapi sekarang tidak lagi. Anda boleh lakukannya secara online dalam 3 langkah mudah.

  1. Upload fail anda
  2. Gunakan mouse atau keyboard untuk tentukan saiz
  3. Resize dan download fail anda

Anda boleh lawati web ini untuk keterangan lanjut.

Semoga membantu.

Ahad, 18 Ogos 2013

Gantikan Atau Buangkan Audio Daripada Video

Kepada anda yang sukakan video editing dan ada problem susah nak buang atau gantikan audio. Ini ada satu perisian percuma yang mudah digunakan sangat membantu. Anda boleh downloadnya kat sini.

Freemake Video Converter adalah perisian freeware yang menjadi alternative kepada produk berbayar lain yang mempunyai kualiti cukup baik. Video converter ini mempunyai paparan yang sangat mudah digunakan dan support banyak jenis format audio dan video. Ianya mempunyai kelebihan untuk mengendalikan hampir semua jenis format video seperti AVI, MP4, WMV, MKV, 3GP, MPEG, FLV, DVD, MP3, HTML 5 dan banyak lagi.

Ahad, 28 Julai 2013

Apache OpenOffice Alternative Kepada Microsoft Office

Kepada anda yang sukakan perisian sumber terbuka. Apache OpenOffice 4.0 baru sahaja keluar dan anda boleh dapatkan nya di sini. OpenOffice ni adalah alternatif kepada perisian Microsoft Office. Maklumlah kalau kat office nak guna Microsoft Office ni kena ada lesen. Kat rumah boleh lah pakai perisian cetak rompak.

Walau bagaimanapun perisian OpenOffice ni not bad juga. Dah banyak yang dia copy Microsoft Office. Kebanyakan function yang ada kat Microsoft Office semua dia orang ada. Why not try. Kepada yang nak join MOSC2013 anda bolehlah lawat laman ni untuk keterangan lanjut.

Selasa, 16 Julai 2013

Timer Untuk Shutdown Komputer

Kepada anda yang nak shutdown komputer anda pakai timer. Sebelum ini saya pernah buat posting mematikan komputer dengan menggunakan arahan dos. Memang leceh sikit tapi masih boleh digunakan. Kali ini anda boleh cuba perisian kecil yang ini, dengan paparan windows yang lebih menarik dan lebih mudah digunakan untuk tujuan yang sama.

Anda boleh downloadnya disini.

Khamis, 4 April 2013

Skype Untuk Mobile Dan Tablet


Jika anda pengguna Skype, advantage untuk anda, dulu Skype hanya boleh digunakan melalui komputer ke komputer. Tapi sekarang tidak lagi. Baru-baru ini Skype telah di upgrade untuk kemudahan pengguna mobile dan tablet. Anda boleh downloadnya kat sini.

Ahad, 27 Januari 2013

jZip alternative kepada WinZip percuma


Kebiasaanya kita selalu dengar dan guna Winzip dan WinRAR. Tapi kedua-duanya tak free. Jadi anda boleh cuba jZip. Ianya software baru sama macam WinZip tapi yang penting 100% percuma. Anda boleh gunakannya kat rumah, tempat kerja, disekolah dan dimana saja.

jZip boleh digunakan untuk membuat, buka dan extract fail Zip, TAR, GZip dan fail 7-Zip. Ia juga boleh membuka dan extract fail RAR and ISO. Paparannya lebih kurang mcam winzip, jadi anda tidak perlu buang banyak masa untuk mempelajarinya. Anda boleh downloadnya kat sini.

Semoga membantu.

Selasa, 22 Januari 2013

Asingkan Text Daripada Imej

Lagi tentang asingkan text daripada imej. Yang ini memang penting al maklumlah sekarang banyak laman web dan blog yang lock tetikus supaya tak boleh klik butang kanan. Kalau dah lock macam mana nak copy betul tak.

Apa lagi ambillah gambar page tu dan gunakan ONLINE OCR untuk asingkan text daripada gambar tersebut. Ada dua tiga web yang anda boleh gunakan, tapi yang ini saya rasa lebih baik dan hasilnya lebih memuaskan.

ONLINE OCR boleh mengasingkan text daripada imej (JPG, JPEG, BMP, TIFF, GIFF) dan convert kepada format Word, Text, Excel, PDF atau Html.

Ia juga boleh convert dokumen sama seperti yang ori - tables, columns dan graphics.

Just for sharing.

Convert Power Point Kepada Video

Pernahkah anda terfikir untuk jadikan slide power point anda sebagai video. Lepas tu masukkan kat pendrive dan cucuk kat TV. Terus jadi movie.

Anda boleh susun gambar anak anda dalam power point, edit baik2 lepas tu letakkan animations. Dah siap convert kepada video dan boleh tayangkan waktu majlis harijadi dia kat TV, ok tak idea saya.

Semua ini anda boleh lakukan sendiri dengan bantuan perisian Xilisoft Power Point to Video Converter.
Ini contoh je, banyak lagi perisian serupa kat internet tu. Google je dan anda boleh cuba sendiri.

Untuk percubaan anda boleh gunakan perisian Xilisoft Power Point to Video Converter ini. Kalau tak salah dia bagi anda convert 10 slide secara percuma. Boleh baca lanjut dan downloadnya kat sini.

Selasa, 3 Januari 2012

Tukar Dokumen Kepada PDF dengan PDF24 Creater

Lagi perisian percuma untuk membuat fail PDF. Perisian PDF24Creator ini adalah perisian freeware. Selain daripada berfungsi sebagai virtual printer driver perisian ini juga membenarkan anda mengimport dokumen daripada scanner, split dokumen dan juga merge fail PDF.

Perisian ini akan install virtual printer driver yang mana boleh menukarkan sebarang dokumen atau imej kepada format PDF. Anda hanya perlu print dokumen dengan menggunakan driver “PDF24” dan kemudian anda boleh view atau save fail yang telah dihasilkan.

Perisian ini sangat berguna dan datang dengan banyak features yang tidak terdapat pada perisian freeware lain. Boleh digunakan pada Window XP dan Windows 7.

Anda boleh downloadnya kat sini.

Isnin, 28 November 2011

Cara Remove Protect Sheet Password

Untuk Remove Protect Sheet Password ada banyak perisian yang boleh anda google kat web. Kalau nak try boleh cuba yang ini.

Excel Remove Sheet & Workbook Password Protection 7.0

Perisian ini adalah perisian shareware. Kalau anda terlupa password bolehlah download perisian trial ni. Saya dah cuba resultnya bagus. Failnyapun kecil dan boleh beroperasi pada platform Windows 98/ME/2000/XP/Vista.

Selamat mencuba.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Masa Itu Emas

Langgan artikel Via Email

Kirim update terbaru dari
Blog Ajak terus ke Email anda!

Delivered by FeedBurner