Teman Blogger

Isnin, 17 Ogos 2009

Mematikan Komputer Pakai Timer

Tahukah anda komputer anda boleh dimatikan dengan menggunakan timer? Ia boleh dilakukan dengan menggunakan arahan shutdown.

Caranya begini,
Klik pada Start -> Run dan taip cmd, atau Klik Start -> Programs -> Accessories -> Command Prompt, sama juga akan keluar menu “Command Prompt" seperti dibawah.

Taipkan arahan pada command prompt,
Contohnya anda ingin mematikan komputer pada pukul 6:00 petang setiap hari.

at 18:00 /every:m,t,w,th,f,s,su shutdown -f -s -c "Komputer ini akan Shutdown sebentar lagi"



Maksud arahan diatas:

Pada setiap hari dari isnin hingga ahad komputer ini akan dimatikan sendiri secara automatik pada pukul 6:00 petang.

-f -> memaksa komputer menutup sebarang aplikasi yang masih lagi beroperasi tanpa amaran.
-s -> matikan komputer.
-c -> arahan untuk meletakkan sebarang nota (maksimum 127 huruf).

*Anda tidak perlu bimbang sekiranya masih ada orang menggunakan komputer pada ketika itu kerana mereka akan sempat save semua kerja-kerja yang dilakukan. Komputer akan memberi masa dalam beberapa saat sebelum komputer itu dimatikan secara automatik.


Bagaimana melihat semula jadual/Task Schedule yang telah anda buat?

Arahan perintah at

Taipkan at pada C:> untuk melihat semula jadual/Task Schedule.

Bagi membuang/delete arahan yang telah anda buat taip arahan:
at nomborID /delete (nomborID atau job ID)

Taipkan Shutdown /? pada command prompt utk mengetahui arahan-arahan lain yang boleh di gunakan yang berkaitan dengan shutdown.

Selamat Mencuba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Masa Itu Emas

Langgan artikel Via Email

Kirim update terbaru dari
Blog Ajak terus ke Email anda!

Delivered by FeedBurner