Memaparkan catatan dengan label Belajar HTML. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Belajar HTML. Papar semua catatan
Jumaat, 15 Januari 2010
ASAS HTML
Amat penting untuk kita mempunyai asas dalam HTML untuk membuat web atau blog kita sendiri. Terdapat banyak tutorial yang anda boleh rujuk dalam internet.
Antara yang menarik adalah yang ini. Ianya ditulis dalam Bahasa Malaysia yang amat mudah difahami.
Diharap dapat membantu mereka yang baru nak mula mengenali HTML.
Antara yang menarik adalah yang ini. Ianya ditulis dalam Bahasa Malaysia yang amat mudah difahami.
Diharap dapat membantu mereka yang baru nak mula mengenali HTML.
Labels:
Belajar HTML
Khamis, 24 Disember 2009
Bagaimana Meletakkan Komen Dalam HTML
Apabila kita membuat program dalam bahasa HTML dan CSS, kadang2 kita perlu meletakkan komen (catatan) untuk bantu kita mengingati sesuatu.
Tidak seperti bahasa VBScript, Basic, Pascal, Python dan beberapa bahasa program yang lain dimana komen untuk satu baris boleh diletakkan. Contohnya REM dalam bahasa basic dan ' (koma diatas) untuk VBScript hanya perlu diletakkan dihadapan sebagai tanda baris tersebut adalah komen.
Contohnya,
REM Ini adalah baris komen
Tetapi tidak dalam HTML.
Dalam bahasa HTML tidak ada komen satu baris yang dibenarkan. Yang ada adalah komen banyak baris.
Contohnya,
<!--
line 1
line 2
etc.
-->
Dan kalau dalam CSS komen ini boleh digunakan,
/*
blah
blah
etc.
*/
Oleh sebab itu sekiranya kita ingin meletakkan komen satu baris dalam CSS, anda terpaksa lakukan seperti ini,
#navleft {
width: 720px; /*width adalah untuk tetapkan lebar navigation bar*/
float: left;
margin: 0px;
padding: 0px;
}
Harap dapat membantu.

Rabu, 23 Disember 2009
Model Kotak CSS
Semua elemen HTML boleh dianggap berada di dalam kotak. Dalam CSS, istilah "model kotak" digunakan apabila bercakap tentang desain dan tata letak. Model Kotak CSS pada dasarnya adalah sebuah kotak yang mengelilinggi elemen HTML, dan ia terdiri daripada: margin, border, padding, dan content (kandungan).
Model kotak membenarkan kita untuk meletakkan border (sempadan) di dalam elemen ruangan. Gambar di bawah menggambarkan model kotak:
Model kotak membenarkan kita untuk meletakkan border (sempadan) di dalam elemen ruangan. Gambar di bawah menggambarkan model kotak:
Penerangan tentang Model Kotak
- Margin - Menyediakan ruang di sekitar sempadan. Margin tidak mempunyai warna latar belakang dan ia benar-benar telus.
- Border - Sebuah sempadan yang terletak di sekitar padding dan content. Sempadan dipengaruhi oleh latar belakang kotak.
- Padding - Menyediakan ruang di sekitar kandungan. Padding dipengaruhi oleh warna latar belakang kotak.
- Content - Kandungan kotak, di mana teks dan gambar berada.
Labels:
Belajar HTML
Khamis, 17 Disember 2009
Apa itu CSS?
Biasa sangat kita dengar tentang CSS ni, terutamanya apabila kita berurusan dengan laman Web. Blogger sememang menggunakan CSS ni. Jadi kepada sesiapa yang suka bermain-main dengan template blogger anda harus tau CSS ini.
CSS adalah singkatan kepada Cascading Style Sheets (Bahasa Stail Lembaran). Ianya telah dicipta pada tahun 1997 dan merupakan bahasa sambungan kepada HTML. CSS digunakan untuk mengatur tampilan suatu dokumen yang ditulis dalam bahasa markup / markup language. Kalau dalam laman Web, CSS ini merupakan bahasa yang digunakan untuk mengatur tataletak / desain suatu halaman HTML.
CSS sangat berguna kepada pembangun laman Web. Ia benar-benar memberi anda peluang yang konsisten dengan tampilan dan rasa halaman anda, sementara memberikan anda lebih banyak kawalan atas tataletak dan desain dari HTML yang pernah dilakukan.
Labels:
Belajar HTML
Langgan:
Catatan (Atom)