Teman Blogger

Memaparkan catatan dengan label Tutorial Blog. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tutorial Blog. Papar semua catatan

Isnin, 2 Januari 2012

Shout Box Untuk Blogger

ShoutMix dah buat hal lah pulak. 30 days free trial je lepas tu kena bayar, dulu waktu orang tak banyak pakai pandai pulak dia bagi free. Tapi tak pe banyak lagi yang lain ada. Anda boleh pilih kat bawah ni. Kalau kena bayar kita tukar je yang lain.
  1. http://free-shoutbox.net/
  2. http://www.freeshoutbox.net/
  3. http://oggix.com/
  4. http://www.shoutjax.com/
  5. http://www.sbox.ws/
  6. http://www.yellbox.com/
  7. http://ishoutbox.com/
  8. http://www.shootbox.fr/en/

Selasa, 22 Jun 2010

Cara Protect Blog Anda

Protect yang dimaksudkan adalah untuk elak orang copy artikel dari blog kita. Ini salah satu cara je. Ada banyak lagi cara lain. Tapi bagi mereka yang mahir banyak cara dia orang boleh buat untuk copy artikel tu. 

Kaedah ni akan menyebabkan butang tetikus sebelah kanan apabila di klik tak keluar menu cut and paste. Saya dah cuba rasanya ok berkesan juga, tapi saya tak boleh guna nanti anda semua tak boleh copy pulak kod yang saya berikan kat blog ini.

Caranya begini;
  • Mula-mula Login blog anda
  • Klik Design
  • Pilih Template --> Edit HTML
  • Cari kod <Body> dan gantikan dengan kod dibawah:
<body onmousedown="return false" oncontextmenu="return false" onselectstart="return false">

Akhir sekali klik save setting.
Semoga membantu.

Jadikan Imej Link Yang Boleh Di Klik

Anda mungkin telah biasa dengan link seperti ini.

Link ke Blog ILMU KITA KONGSI BERSAMA

Kodnya Begini:
<a href=http://ilmukita-komputerdll.blogspot.com>Link ke Blog ILMU KITA KONGSI BERSAMA</a>

Bagaimana pula kalau pada imej/gambar? Biasanya bila kita klik imej/gambar pada blog/web imej tadi akan menjadi besar. Tapi dengan meletakkan link, apabila imej diklik kita akan terus disambungkan dengan link tersebut seperti contoh dibawah.


Sabtu, 19 Jun 2010

TAG SPAN

XHTML Span tag ini merupakan antara tag yang sangat popular dalam bahasa HTML, tag ini membolehkan anda menambah beberapa kod HTML pada elemen blog anda. Antaranya adalah seperti highlight perkataan atau text, tambah image background, kesan apabila mouse dilalukan atas perkataan atau objek dan lain-lain lagi.

Berikut adalah beberapa kegunaan tag Span untuk panduan anda:

Highlight perkataan atau text

Anda boleh highlight perkataan atau text seperti ini
Kodnya begini,
<span style="background-color: #00FF00">Anda boleh highlight perkataan atau text seperti ini</span>

Rabu, 16 Jun 2010

Berapa Nilai Blog Anda?

Ingin tau berapa nilai blog/web anda? Bukan apa, kadang-kadang kita ni menulis cuma suka-suka, tak tau pulak ada value kat situ. Cubalah tengok berapa nilai tu. Kalau yang baru tu jangan terkejut pulak dengan nilai blog/web anda nanti.

Caranya mudah saja klik saja kat sini. Kemudian masukkan url anda dalam kotak "URL:" kat bawah tu dan klik "Check". Mudah-mudahan dengan adanya nilai tu akan memotivasikan anda untuk lebih rajin menulis.

Selamat mencuba.

Isnin, 14 Jun 2010

Berapa Laju Blog atau Web Anda Loading


Tahukah anda berapa pantas Blog atau Web anda loading. Jika anda nak tau bolehlah masukkan alamat blog  atau web anda (http://namabloganda.blogspot.com) dalam kotak dibawah dan klik Check!.

Tapi semuanya bergantung kepada kelajuan sambungan internet anda itu sendiri.
Anyway selamat mencuba.
Your domain(s): Enter each address on a new line (Maximum 10)

Sponsor by iWEBTOOL



Jumaat, 11 Jun 2010

Kaunter Percuma (Free Counter)

Kepada anda yang ingin cuba kaunter yang baru, cuba lawat web ini FCOUNTER. Di sini anda boleh dapatkan;

Free World Map Counter
    Anda boleh lihat lokasi secara geografi setiap pelawat. Status termasuk senarai negara, daerah dan pelawat terbanyak serta senarai pelawat terbaru.

    Khamis, 10 Jun 2010

    CARA TUKAR IKON ADDRESS BAR





    Jika anda perhatikan pada web/blog address bar selalunya terdapat ikon. Tahukah anda yang kita boleh ubah ikon blog kita tu. Caranya mudah saja. Mula-mula kena ada ikon kita sendiri kalau tak ada, google je kat internet tu pilih satu yang anda suka. Lepas tu pastikan saiz ikon tu antara 22x22 ke 32x32 pixel. Bukan apa kalau besar sangat nanti mungkin akan memberi kesan ketika nak buka blog kita nanti. Anda boleh gunakan ikon format gif, jpg, bmp, ico atau png. Kemudian upload ikon tu ke picasaweb, photobucket atau mana-mana photo web hosting. Dah siap tu teruskan dengan langkah dibawah.

    Rabu, 9 Jun 2010

    Cara Pasang Ruang Iklan 125 x 125


    Kepada anda yang ingin memasang ruang iklan seperti diatas di sidebar blog anda. Berikut adalah caranya, terlebih dahulu anda perlu pastikan lebar sidebar anda cukup luas untuk menampung dua iklan diatas. Kalau tidak cukup iklan tadi akan memanjang ke bawah iaitu satu diatas dan satu di bawah. Anda memerlukan sekurang-kurangnya 285px lebar sidebar.

    Isnin, 24 Mei 2010

    TUKAR KOD WARNA HEXADECIMAL

    Sambil2 melawat blog kawan2 tu, tengok juga kod warna yang digunakan. Terlintas juga dalam kepala macam mana nak tau kod warna tu warna apa ye? Google kat internet, terjumpa laman web ini. Just nak share dengan kawan2 yang memerlukanya.


    Selasa, 20 April 2010

    DAPATKAN KOD WARNA HTML


    Kadang-kadang bila lihat blog kawan2, warnanya nampak mengancam je, apa kod warna html tu ye... Nak tau senang je. Anda boleh gunakan perisian colorpix. Halakan saja mouse anda pada warna yang anda suka dan lihat pada kotak HEX, kat situ anda boleh dapatkan kod warna HTMLnya. Kalau masih kurang jelas tekan MAGNIFIER dan lihat sediri kesannya, ia pasti dapat membantu anda.

    Anda boleh dapatkan perisian ini secara percuma di sini.

    Rabu, 27 Januari 2010

    Cara Untuk Masukkan Kode Image/Gambar dalam Blog


    Ini adalah sambungan kepada posting semalam tentang Photobucket.

    Setelah anda upload Image/Gambar anda di Photobucket anda akan diberikan kode Direct Link image.

    Contohnya:

    http://i1022.photobucket.com/albums/af347/arazak73/TestingfotPhotobucket.png

    Seterusnya apa yang anda harus lakukan adalah menambah sedikit kode  <img src="Link URL logo">, sehingga kode tadi menjadi seperti ini :

    <img src="http://i1022.photobucket.com/albums/af347/arazak73/TestingfotPhotobucket.png">

    Contoh hasilnya akan seperti ini :



    Untuk cara memasukan kode HTML kedalam blog anda boleh baca disini

    Sebagai tambahan, kode HTML di atas adalah kode untuk menampilkan image/gambar dalam ukuran sebenar. Jika anda ingin membesar atau mengecilkan image/gambar tersebut, anda harus menambahkan beberapa atribut ke dalam kode HTML anda. Contoh : image/gambar tadi saya ingin paparkan dalam ukuran 100px X 40px , maka kodenya akan menjadi begini : 

    <img src="http://i1022.photobucket.com/albums/af347/arazak73/TestingfotPhotobucket.png" width="100" height="40"
    alt="ini contoh saja"> 

    Sedikit penerangan tentang kode diatas, kode width="..." untuk menentukan ukuran lebar image/gambar, jadi untuk membesar atau mengecilkan image, anda hanya perlu menambah atau mengurangkan nilainya. kode height="..." untuk menentukan ukuran tinggi image/gambar, anda hanya perlu menambah atau mengurangkan nilainya. Manakala alt="..." pula untuk memaparkan tulisan ketika mouse berada pada image tersebut. 

    Sebagai contoh, hasil dari kode diatas adalah sebagai berikut,

    ini contoh saja



    Sekian, semoga memberi munafaat buat semua.     

    Selasa, 26 Januari 2010

    Apa Dan Bagaimana Menggunakan Photobucket?

    Apa itu Photobucket?

    Photobucket adalah image hosting, video hosting, pembuat slideshow dan webside berkongsi foto. Ditubuhkan pada 2003 oleh Alex Welch dan Darren Crystal dan menerima dana daripada Trinity Ventures.

    Photobucket biasanya digunakan untuk album foto peribadi, tempat simpanan remote bagi pengguna ketika berforum di internet dan tempat simpanan video. Photobucket image hosting sering digunakan untuk eBay, MySpace, Facebook, LiveJournals dan lain-lain lagi. Pengguna boleh menyimpan album peribadi mereka berpassword dan hanya untuk teman rapat atau membuka laluan kepada semua pengguna. Ia menawarkan simpanan percuma 500MB (dikurangkan daripada 1GB pada 19 Ogos 2009). Gambar yang hendak diupload hendaklah lebih kecil dari 1 MB atau 1024x768 saiz (5 MB ataupun 2240x1680 untuk akaun berbayar).

    Cara Upload gambar ke Photobucket?

    Apabila kita hendak meletakkan gambar atau image kepunyaan kita ke dalam blog. Gambar atau Image tadi perlulah di upload ke blogger.com atau sebarang laman web lain. Sekarang saya ingin menceritakan tentang photobucket.



     Caranya begini:
    1. Pergi ke http://www.photobucket.com.
    2. Jika belum mendaftar di laman we ini, silahkan daftar dulu (percuma bro), klik butang Join Now pada sudut kanan atas layer. 
    3. Setelah itu Sign In dengan Id anda. 
    4. Bila sudah berada pada halaman Account anda, Klik butang yang bertuliskan Upload Image and Video. 
    5. Sila pilih logo yang anda buat tadi dan klik open.
    6. Tunggu beberapa saat untuk proses upload berjalan. 
    7. Setelah upload selesai, anda dapat lihat gambar serta kode HTML nya.
    8. Copy kode HTML yang ada di sebelah tulisan URL Link. Paste pada program notepad. Klik Log Out untuk keluar dari account anda.

    Selasa, 19 Januari 2010

    Bagaimana Memasang Background

    Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda bagaimana hendak memasang background pada blog anda. Terdapat banyak background percuma di internet, antaranya yang ini. Caranya mudah saja, mula-mula klik di sini. Lepas itu;

    • Pilih background yang anda suka, anda boleh pilih background untuk dua kolum atau tiga kolum bergantung kepada blog anda.
    • Double klik pada background pilihan anda. Akan muncul satu halaman baru dengan gambar background pilihan anda berada bahagian atas. Turun ke bawah, cari perkataan Copy & Paste This Code. 
    • Anda boleh copy kod ini dan paste pada notepad atau terus saja buka tab baru dan Sign in ke Blogger.
    • Masukkan email dan password. Ini akan membawa anda ke laman Dashboard.
    • Pada blog yang anda ingin tukar background, klik Layout.
    • Ini akan membawa anda ke skrin 'Add and Arrange Page Elements'. Klik 'Add a Gadget', kalau ada lebih daripada satu 'Add Gadget' klik yang di sebelah kiri atau kanan. 

    • Anda akan dibawa ke skrin 'Add a Gadget'. Turun bawah dan cari 'HTML/JavaScript'. Klik pada tanda (+) yang berada disebelahnya.

    • Anda seterusnya akan dibawa ke skrin 'Configure HTML/JavaScript', di bawah perkataan 'Content' anda dapat lihat satu kotak besar. Paste keseluruhan kod yang anda copy tadi di sini.
    • Klik 'Save'.
    Dan selesai.

    Selamat mencuba.

    Isnin, 21 Disember 2009

    Cara Back-up Template

    Buat back-up template atau save template kita memang penting. Manalah tau waktu tengah asyik adjust template kita tu tiba2 ada problem. Masa tu baru teringat... habis... apa2 pun nak back-up dulu.







    Caranya macam ni;
    • Mula2 login masuk blogger.
    • Lepas tu... pilih Layout
    • Klik Edit HTML
    • Klik Download Full Template
    • Klik Save file
    • Klik OK
    Untuk setiap Page Elements jangan lupa back-up juga. Contohnya kita ada letak Hit Counter, Banner, Welcome Note, Border dan lain2. Tapi yang ini tak payah buat selalu, sebab jarang kita buat perubahan. Cukup sekali kita buat back-up.

    Caranya Begini;

    • Klik Page Elements.
    • Lihat pada bahagian Add Gadget, yang mana2 kita ada letak code HTML kena back-up.
    • Contoh, Hits counter.
    • Pada kotak Hits counter sebelah kanan, bawah klik Edit.
    • Copy Title dan paste kat Notepad
    • Copy Content dan paste kat Notepad yang sama.
    • Pada Notepad klik save.
    Simpan baik2 dalam satu folder supaya lain kali kalau diperlukan kita boleh buat rujukan.

    Sekian saja.

    Jumaat, 11 Disember 2009

    Komponen Template

    Apa itu template?

    Template adalah alat untuk membentuk tata letak tampilan blog yang standard. Apabila anda menukar template setiap laman atau kawasan dalam template akan berudah secara automatic. Template menyediakan kawalan tambahan yang standard kepada blog anda, semuanya bergantung kepada jenis yang anda gunakan.

    Template Blogger terbahagi kepada lima bahagian utama...........

    Perhatian : Template yang dibincangkan adalah Son of Moto.

    BAHAGIAN PERTAMA mengandungi pengistiharan bahasa XML:

    <?xml version="1.0" encoding="UTF-8" ?>
    <!DOCTYPE html PUBLIC "-//W3C//DTD XHTML 1.0 Strict//EN" "http://www.w3.org/TR/xhtml1/DTD/xhtml1-
    strict.dtd">
    <html expr:dir='data:blog.languageDirection' xmlns='http://www.w3.org/1999/xhtml'
    xmlns:b='http://www.google.com/2005/gml/b' xmlns:data='http://www.google.com/2005/gml/data'
    xmlns:expr='http://www.google.com/2005/gml/expr'>

    Baris pertama adalah pengistiharan XML, iaitu mengenal pasti dokumen sebagai dokumen XML. Baris kedua adalah pengistiharan HTML. Baris ketiga adalah pengistihran XHTML dimana ia adalah XML versi daripada HTML.

    Bagaimana menampilkan kode HTML pada posting blog anda


    Ini adalah tip bagaimana menampilkan kode HTML pada posting blog anda. Jika anda cuba menampilkan kod HTML pada posting blog anda, ianya tidak akan berjaya dan tidak akan dipaparkan. Ini adalah kerana browsers akan terlebih dahulu memproses kod-kod tersebut dan tidak menayangkannya.

    Berikut adalah caranya:
    Gantikan < (i.e. less than sign) dengan &lt;
    Gantikan > (i.e. greater than sign) dengan &gt;
    Gantikan " (i.e. quote mark) dengan &quot;

    Tetapi terdapat juga kaedah lain yang lebih pantas dan mudah. Anda boleh gunakan encode kod HTML dengan menggunakan Encode/Decode HTML tool. Anda hanya perlu cut and paste kod anda dan "encode". Lepas tu copy kan kod tersebut dalam blog post anda.















    Khamis, 19 November 2009

    Edit Gambar Untuk Letak Kat Blog

    Kapada sahabat yang bertanya bagaimana nak edit gambar macam kat posting di bawah tu anda boleh lawat posting saya yang bertajauk Mengambil Gambar Screen Display Anda disini.

    Semoga happy selalu, selamat mencuba.

    Khamis, 5 November 2009

    BAGAIMANA MEMBUAT NAVBAR AUTO HIDE


    NavBar adalah menu yang berada dibahagian atas blog anda. Ia tampak seperti menganggu blog anda. Jadi disini disediakan satu kaedah dimana kita boleh membuat Auto Hide. Iaitu Navbar tadi tidak akan kelihatan, ia hanya akan kelihatan apabila diarahkan anak panah tetikus kita ketempat dimana NavBar itu berada.  

    Kaedah ini tidak berhasil jika kita menggunakan Internet Explorer tetapi berfungsi dengan baik sekiranya anda menggunakan browser lain.

    Di bawah adalah langkah2 untuk menbuat NavBar anda AUTO HIDE.

    1.    Login blogger dengan ID anda
    2.    klik Layout
    3.    klik tab EDIT HTML
    4.    klik Download Full template. ***Penting Back up template anda dahulu.
    5.    Cari code yang sama seperti kod dibawah, beri tumpuan pada kod body:
    6.    body {
    7.    background: #8F8E8E;
    8.    width: 100%;
    9.    color: #000000;
    10.    font-size: 12px;
    11.    font-family: Arial, Tahoma, Verdana;
    12.    margin: 0px auto 0px;
    13.    padding: 0px;
    }
    14.    Copy dan paste kod berikut pada bahagian atas sebelum body  {....} :
    15.    #navbar-iframe{opacity:0.0;filter:alpha(Opacity=0)}
    #navbar-iframe:hover{opacity:1.0;filter:alpha(Opacity=100,
    FinishedOpacity=100)}
    16.    klik SAVE TEMPLATE
    17.    Selesai dan sekarang NavBar anda adalah AUTO HIDE.

    Selamat mencuba..

    Selasa, 8 September 2009

    Belajar bagaimana membuat Blog dengan Blogspot

    Sebenarnya tutorial membuat blog ini saya ambil daripada blog "Dunia Sementara Akhirat Selamanya // nexlaip. Walaupun gambarnya kurang jelas tetapi ianya mudah difahami.
    Terima kasih nexlaip.

    Selamat mencuba.

    Cara mudah membuat Blog dengan Blogspot

    Postingan kali ini adalah tentang bagaimana membuat Blog dengan Blogspot. Bukan berarti saya adalah ahli dalam masalah Blog, tetapi saya hanya ingin berbagi/sharing ilmu pengetahuan yang saya miliki meskipun hanya sedikit. Semoga yang sedikit ini bermanfaat.


    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
     

    Masa Itu Emas

    Langgan artikel Via Email

    Kirim update terbaru dari
    Blog Ajak terus ke Email anda!

    Delivered by FeedBurner