- Sebab saya memang suka berkongsi Ilmu. Bukan apa kalau boleh ilmu yang saya tau itu kalau dikongsi bersama akan menjadi lebih berkat dan dapat memberi munafaat kepada orang lain.
- Sebab saya ni senang lupa. Maklumlah dalam hidup kita ni terlalu banyak benda lain yang kita kena ingat. Jadi adalah lebih mudah untuk saya mengingatinya bila ditulis kat sini. Lain kali kalau saya nak rujuk balik just browse kat blog saya ini.
Memaparkan catatan dengan label PDF. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PDF. Papar semua catatan
Khamis, 6 Disember 2018
Kenapa saya buat posting kat blog saya ini.
Nak mengomel sikit tengahari ini. Boleh boleh...
Biasa kalau ada benda baru atau knowledge baru yang saya tau saya akan tuliskan dalam blog saya ini, kenapa ya.
Sebenarnya ada dua tujuan saya berbuat demikian:
Cuma masalahnya lama2 posting saya ini dah jadi tak relavent lagi. Maklumlah masa berlalu, semua makin maju. Akan ada coretan yang sudah tidak lagi sesuai. Yang itu akan jadi sejarah. Kepada pembaca semua anda kenalah nilaikan sendiri, boleh pakai ataupun tidak lagi.
Semoga kita semua mendapat keberkatan. TQ.
Labels:
Lain-lain,
PDF,
Pengenalan Laman WEB
Sabtu, 28 September 2013
Cara Rotate Dokumen PDF
Bila bercakap tentang nak rotate dokumen PDF ni memang leceh sikit sebab fail PDF memang dicipta oleh Adope System. Jadi cara yang paling mudah adalah dengan menggunakan perisian Adope Acrobat XI Pro/Standard yang merupakan perisian berbayar itu sendiri. Kalau macam kita yang sekali sekala nak pakai tak payah belilah rugi je.
Berikut adalah beberapa tips yang anda boleh gunakan.
- Anda boleh lakukannya secara online. Anda boleh lawat Web ini Upload fail yang anda nak rotate kat situ. Pilih Angle dan klik ROTATE PDF.
- Waktu anda scan dokumen pastikan semua dokumen tu kedudukannya tidak bercampur antara portrait dan landscape. Jadi senang kerja, tak bercampur2, kalau nak rotate boleh upload je kat Web diatas.
- Kalau dokumen tu tak banyak ada dua tiga keping je, anda boleh Capture je gambar dokumen tu dan paste kat Word. Mana bahagian yang anda tak nak boleh Crop le. Kemudian convert balik guna PDF Converter.
Semoga membantu.
Labels:
PDF,
Pengenalan Laman WEB,
Pengenalan Software
Isnin, 10 Disember 2012
Cara untuk merge fail pdf
Katakan kita ada beberapa fail pdf dan kita nak jadikan ia satu fail sahaja. Kita boleh lakukannya secara online dengan mudah, percuma lagi tu.
Anda boleh lawat laman web ini.
- Anda hanya perlu browse untuk upload fail anda.
- Setelah itu susun semula mengikut kedudukan yang anda mahu.
- Akhir sekali klik "MERGE PDF".
- Klik download untuk muat turun fail tadi ke komputer anda.
Selain daripada link yang saya bagi kat atas, sebenarnya ada banyak lagi laman web lain yang berkaitan. Anda hanya perlu google di internet dengan kata kunci "MERGE FILE".
Kalau anda ada software "Adobe Acrobat Standard atau Professional" anda boleh rujuk laman ini untuk panduan. (Software ni tak sama dengan "Adobe Acrobat Reader" yang mana boleh baca dan view fail pdf).
Semoga membantu.
Labels:
Nota Komputer,
PDF,
Pengenalan Laman WEB
Selasa, 3 Januari 2012
Tukar Dokumen Kepada PDF dengan PDF24 Creater
Lagi perisian percuma untuk membuat fail PDF. Perisian PDF24Creator ini adalah perisian freeware. Selain daripada berfungsi sebagai virtual printer driver perisian ini juga membenarkan anda mengimport dokumen daripada scanner, split dokumen dan juga merge fail PDF.
Perisian ini akan install virtual printer driver yang mana boleh menukarkan sebarang dokumen atau imej kepada format PDF. Anda hanya perlu print dokumen dengan menggunakan driver “PDF24” dan kemudian anda boleh view atau save fail yang telah dihasilkan.
Perisian ini sangat berguna dan datang dengan banyak features yang tidak terdapat pada perisian freeware lain. Boleh digunakan pada Window XP dan Windows 7.
Anda boleh downloadnya kat sini.
Labels:
PDF,
Pengenalan Laman WEB,
Pengenalan Software
Selasa, 29 Mac 2011
Buang Password Fail PDF Anda
Ada masalah dengan fail PDF yang anda download.
Ada password, tak boleh edit, tak boleh copy dan bla... bla... bla...
Anda boleh cuba gunakan PDF Password Remover Portable versi 1.2.0.
Yang bagusnya portable ni tak payah susah2 nak install.
Just klik dan terus boleh guna.
Anda boleh dapatkannya disini.
Selamat mencuba.
Ada password, tak boleh edit, tak boleh copy dan bla... bla... bla...
Anda boleh cuba gunakan PDF Password Remover Portable versi 1.2.0.
Yang bagusnya portable ni tak payah susah2 nak install.
Just klik dan terus boleh guna.
Anda boleh dapatkannya disini.
Selamat mencuba.
Labels:
PDF,
Software Tips
Jumaat, 25 Jun 2010
Tukar Laman Web kepada fail PDF
Hari ini saya nak memperkenalkan kepada anda satu laman Web yang boleh menukarkan laman Web atau Blog kepada fail PDF. Ianya percuma saja.
Katakan anda sukakan satu laman Web, anda tak perlu lagi lakukan aktiviti copy dan paste. Ambil saja addressnya contoh: http://www.google.com.my dan tampal pada Web ini.
Katakan anda sukakan satu laman Web, anda tak perlu lagi lakukan aktiviti copy dan paste. Ambil saja addressnya contoh: http://www.google.com.my dan tampal pada Web ini.
Labels:
Nota Internet,
PDF
Selasa, 1 Jun 2010
Nitro PDF Reader Perbaiki Kelemahan Acrobat Reader
Nitro PDF Reader (32-bit) 1.1.1.13 beta adalah PDF Reader baru percuma yang memiliki banyak ciri-ciri menarik. Kalau nak dibandingkan dengan Acrobat Reader memang jauh beza. Kalau tak percaya anda boleh cuba sendiri.
Labels:
PDF,
Pengenalan Software
Rabu, 19 Mei 2010
Acrobat Reader 8.2 Tak boleh Print Document
Alamak problem betullah dengan Acrobat Reader 8.2 ni, baru je upgrade tapi ada bug pulak tak boleh print. Dah cuba adjust "Data Execution Prevention (DEP)" setting tapi tak boleh juga. Tapi tak pa, cuba download versi yang lagi latest Acrobar Reader 9.3.1, la sama juga. Untuk pengetahuan anda sebelum upgrade hari tu rasanya ok, boleh je kalau nak print document tapi sekarang ni bila nak print akan keluar macam kat bawah.
Ha boleh pun. Selesai masalah.Kepada anda yang menghadapi masalah yang sama, cubalah install semua Acrobar Reader versi 8.0.
Dah tak boleh nak buat macam mana, mungkin yang versi baru ni ada problem kut. Cara yang paling mudah ialah install semula Acrobat Reader versi 8.0.
Ha boleh pun. Selesai masalah.
Labels:
PDF,
Software Tips
Khamis, 17 Disember 2009
Isu Keselamatan PDF Reader
Ramai mungkin tidak mengetahui, timbul masalah dengan Adobe Acrobat dan Adobe Reader 9.1.3 dan versi lama Windows, Unix dan OS X yang boleh menjalankan trojan apabila fail PDF dibuka.
Sila rujuk sambungan dibawah.
http://www.mycert.
Melalui laman dibawah ini dicadangkan beberapa perisian yang boleh digunakan untuk membaca fail PDF.
http://www.pdfreade
Cadangan terbaik adalah upgrade Adobe Reader ke versi terkini. Bagi membuat PDF boleh gunakan PDFCreator.
http://sourceforge.
Labels:
PDF
Isnin, 27 Julai 2009
Bagaimana Membuat Fail PDF
Untuk membuat fail PDF anda memerlukan perisian, muat turun perisian anda di sini. Setelah itu install perisian tersebut kedalam komputer anda.
Sebagai contoh saya menggunakan perisian PDFCreator.
Sekarang dapatkan dokumen yang ingin dibuat fail PDF. Sebagai contoh saya menggunakan dokumen daripada Microsoft Word. Rujuk gambar dibawah.

Pastikan dokumen anda telah siap. Setelah itu savekan dahulu dalam komputer anda. Setelah itu tekan butang Fail pada menu di bahagian atas. Setelah itu tekan Print.

Anda akan dapat lihat tetingkap Print seperti dibawah.
Seterusnya tukarkan Printer Name kepada PDFCreator dan tekan butang OK.
Akan keluar tetingkap PDFCreator seperti dibawah.

Sebagai contoh saya menggunakan perisian PDFCreator.
Sekarang dapatkan dokumen yang ingin dibuat fail PDF. Sebagai contoh saya menggunakan dokumen daripada Microsoft Word. Rujuk gambar dibawah.
Pastikan dokumen anda telah siap. Setelah itu savekan dahulu dalam komputer anda. Setelah itu tekan butang Fail pada menu di bahagian atas. Setelah itu tekan Print.
Anda akan dapat lihat tetingkap Print seperti dibawah.
Seterusnya tukarkan Printer Name kepada PDFCreator dan tekan butang OK.
Akan keluar tetingkap PDFCreator seperti dibawah.
Labels:
PDF,
Pengenalan Software
Ahad, 26 Julai 2009
FAIL PDF (PDF FILE)
Fail PDF adalah format dokumen mudah alih yang telah dicipta oleh Adobe Systems pada tahun 1993 bagi tujuan pertukaran dokumen. Fail PDF digunakan bagi mempersembahkan dokumen berformat dua dimensi yang mana ianya tidak dipengaruhi oleh sebarang aplikasi, perisian, hardware atau system operasi yang lain.
Untuk membuka fail PDF anda memerlukan perisian Acrobat Reader, anda boleh mendapatkannya secara percuma di sini.
Untuk membuat fail PDF juga anda memerlukan bantuan perisian, terdapat banyak perisian yang boleh anda google di sini. Sebagai contoh anda boleh dapatkan PDFCreator yang percuma di sini atau CutePDF writer di sini.
Untuk membuka fail PDF anda memerlukan perisian Acrobat Reader, anda boleh mendapatkannya secara percuma di sini.
Untuk membuat fail PDF juga anda memerlukan bantuan perisian, terdapat banyak perisian yang boleh anda google di sini. Sebagai contoh anda boleh dapatkan PDFCreator yang percuma di sini atau CutePDF writer di sini.
Kelebihan Fail PDF adalah:
- Cepat dan senang dibuat. Bagi menghasilkan fail PDF anda hanya perlu melakukan beberapa klik sahaja tidak sampai 1 minit.
- Selamat. Tidak perlu bimbangkan fail anda, ini kerana fail ini sememangnya tidak boleh diubah dan ia juga boleh diletakkan kata laluan bagi menambahkan keselamatan fail dimana hanya mereka yang tau kata laluannya sahaja akan dapat membuka fail ini.
- Kebolehmampatan. Ini merujuk kepada kemampuan fail PDF digunakan bagi menggantikan bilik dokumen yang besar dan dipenuhi dengan banyak fail. Dimana apabila ditukarkan kepada format PDF, akan menjadi fail-fail yang kecil disimpan didalam komputer, tidak memerlukan ruang yang besar dan luas. Sekiranya ada pengguna lain yang memerlukan fail dokumen tersebut ianya dapat dihantar dengan mudah melalui rangkaian Internet.
- Lengkap. Dalam erti kata lain, dokumen ini serupa dengan yang asal. Cuma berbeza daripada bentuk sahaja iaitu softcopy (tidak dicetak) dan hardcopy (cetakkan). Ia boleh muncul dengan sendiri daripada hardware, perisian dan system operasi yang digunakan untuk membuat atau memaparkan dokumen PDF. Ertinya ia bukan sahaja mudah dihantar daripada satu komputer ke komputer yang lain dengan aplikasi yang berlainan, ia juga bermaksud anda akan mendapatkan dokumen anda dengan jelas dan tanpa menghadapi sebarang kecacatan yang boleh mengakibatkan masalah komunikasi. Mengekalkan rupa bentuk dan keaslian sumber data tidak lagi menjadi satu kebimbangan buat anda.
Kekurangan Fail PDF adalah:
- Sukar untuk diubahsuai. Adalah menjadi cabaran bagi pengguna Fail PDF dimana pada dasarnya format PDF ini sememangnya tidak boleh diubahsuai. Walaupun rupabentuk Fail dokumen ini mirip seperti dokumen Microsoft Word atau Microsoft Excel tetapi ia tidak boleh diubahsuai dengan sesuka hati kerana format PDF ini sebenarnya adalah gambar kepada dokumen, oleh itu ia sukar atau tidak mungkin dapat diubahsuai. Walau bagaimanapun ia boleh dilakukan sekiranya anda dapat menukarkan fail tersebut kepada sumber asalnya, contohnya format Microsoft Word atau Microsoft Excel.
- Terdapat perbagai jenis fail PDF. Memang cepat dan mudah untuk membuat Fail PDF, tetapi fail yang terhasil adalah berbeza sekiranya anda menggunakan kaedah pembuatan yang berbeza. Ia akan memberi sedikit perbezaan ketika memapar dan ketika kerja-kerja menukarkan fail dilakukan. Terdapat dua jenis fail PDF iaitu PDF asli dan PDF imbasan. PDF asli adalah fail yang terhasil daripada dokumen yang diproses secara elektronik. Manakala PDF imbasan adalah fail yang terhasil apabila imbasan dilakukan terhadap dokumen yang asli dengan menggunakan alat pengimbas.
Perisian Able2Extract Professional dapat membantu anda untuk menukarkan kembali dua jenis fail PDF ini kepada format dokumen Word atau Excel.
Sekian, selamat mencuba.
Sekian, selamat mencuba.
Labels:
PDF,
Pengenalan Software
Langgan:
Catatan (Atom)