Untuk membuat fail PDF anda memerlukan perisian, muat turun perisian anda di sini. Setelah itu install perisian tersebut kedalam komputer anda.
Sebagai contoh saya menggunakan perisian PDFCreator.
Sekarang dapatkan dokumen yang ingin dibuat fail PDF. Sebagai contoh saya menggunakan dokumen daripada Microsoft Word. Rujuk gambar dibawah. Pastikan dokumen anda telah siap. Setelah itu savekan dahulu dalam komputer anda. Setelah itu tekan butang Fail pada menu di bahagian atas. Setelah itu tekan Print. Anda akan dapat lihat tetingkap Print seperti dibawah. Seterusnya tukarkan Printer Name kepada PDFCreator dan tekan butang OK.
Akan keluar tetingkap PDFCreator seperti dibawah.
Isikan Document Title jika mahu atau boleh dibiarkan kosong dan tekan butang Save.
Tetingkat seperti dibawah akan keluar. Anda dapat lihat dibahagian bawah File name save as type PDF Files (*.pdf), masukkan nama file dan tekan butang Save. Tahniah anda telah berjaya membuat fail PDF, selamat mencuba.
Assalamualaikum bro,terima kasih
BalasPadam