URL adalah singkatan kepada Uniform Resource Locator atau sebelum ini Universal Resource Locator. Ia adalah alamat unik bagi kedudukan fail yang boleh dicapai di Internet.
URL dapat diibaratkan sebagai suatu alamat, dimana alamat tersebut terdiri dari:
- Protokol yang digunakan oleh suatu browser untuk mendapatkan fail.
- Nama domain yang mana mengenalpasti komputer yang berada di Internet.
- Tingkat kedudukan fail dalam komputer.
Didalam Web yang mana menggunakan Hypertext Transfer Protocol atau HTTP seperti contoh dibawah:
http://www.ietf.org/rfc/rfc2396.txt
akan memberi tahu kita tentang penggunaan aplikasi HTTP (Web browser), nama computer yang unik http://www.ietf.org/ dan tingkat kedudukan fail dalam computer iaitu rfc/rfc2396.txt.
Sekiranya anda membuka sebuah browser dan menaip alamat URL seperti berikut:
http://ilmukita-komputerdll.blogspot.com/ ---> ini adalah contoh URL.
Injin pencari akan menerima arahan dan mengambil alamat URL yang telah ditaip, (blogspot.com) lalu terus mencari didalam server. Apabila terjumpa ia akan memaparkan hasil pencarian didalam browser anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan