Memaparkan catatan dengan label Keselamatan dan Kesihatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Keselamatan dan Kesihatan. Papar semua catatan
Khamis, 2 Januari 2014
Mari Mengenali Storan USB Tiruan
Selamat menyambut tahun baru 2014 semua. Semoga anda akan lebih berjaya lagi tahun ini. Just nak share posting ni yang saya terima daripada email warga_kilang. Kredit untuk penulis.
Pada minggu lepas, saya sempat singgah ke Jalan Pasar
yang terletak di Pudu, Kuala Lumpur
ketika selepas solat Jumaat. Bagi yang tidak mengenali lokasi ini, Jalan Pasar
cukup sinonim bagi warga Kuala Lumpur sebagai ‘syurga’ untuk barangan
elektronik. Boleh dikatakan hampir jumlah besar kedai yang berada di sini
kesemuanya menjual peralatan elektronik. Kebiasaannya, saya akan ke sini untuk
mencari peralatan audio visual.
Selain daripada menjual
peralatan elektronik, Jalan Pasar juga turut sinonim dengan jualan barangan
kering yang dijual di kaki lima
kedai lokasi ini. Ada
yang menjual beg, pakaian, ubat-ubatan, dan pelbagai barangan menarik yang
untuk dilihat. Cuma pada kali ini, saya tertarik dengan jualan aksesori telefon
yang menjual storan USB yang kita sedia kenali sebagai ‘pendrive’ dijual dengan
harga yang sangat murah. Ekspresi pertama saya sudah tentu ini pendrive
tiruan. Tidak mungkin pendrive 128GB boleh didapati dengan harga RM9!
Labels:
Keselamatan dan Kesihatan,
Kualiti,
Nota Komputer
Selasa, 15 Mei 2012
Child injury prevention guidelines for Malaysian parents
Just nak share dengan kawan2 semua buku ni yang amat berguna pada kita yang baru nak dapat anak atau yang telah ada anak.
Anda boleh dapatkannya di sini.
Labels:
Keselamatan dan Kesihatan
Jumaat, 18 Mac 2011
Penyakit Kencing Manis
Just nak share sedikit tentang penyakit kencing manis yang saya baca daripada email posting warga-kilang. Terima kasih kepada penulis yang sudi share info ni.
Penyakit kencing manis telah diketahui semenjak tamadun purba lagi dan telah direkodkan oleh tamadun Mesir, Hindu, Cina dan Yunani (Greek). Tanda-tanda penyakit kencing manis, seperti dahaga yang melampau dan kerap kencing, telah digambarkan oleh orang Mesir di atas paprus pada 1550 BC. Pakar perubatan India juga telah membahagikan pengidap kencing manis kepada dua kategori semenjak abad ke lima lagi. Nama lain kencing manis ialah diabetes yang bererti pancur air, dinamakan oleh pakar perubatan Yunani (Greek), Areteus dari Cappadocia semenjak 2,000 tahun dahulu.
Labels:
Keselamatan dan Kesihatan
Ahad, 23 Januari 2011
16 Fakta Menakjubkan Bayi baru lahir
Just nak share dengan anda semua tentang portal alamhamil.com yang dimiliki oleh Dr. Raja Juhaidah, ada banyak posting manarik kat sini antaranya yang kat bawah ni. Nak tau lebih lanjut silalah lawat sendiri.
16 Fakta Menakjubkan Bayi baru lahir:
- Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan.
- Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu.
- Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.
- Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.
- Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.
- Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.
Jumaat, 23 Julai 2010
Petua mengatasi rasa mengantuk selepas makan
Jam baru menunjukkan 2 petang, tetapi mata anda terasa berat. Berair mata menahan rasa mengantuk, apa yang dibaca seolah-olah melayang dan tiada satu pun masuk ke fikiran. Gula-gula yang dikemam sudah cair semuanya, tetapi rasa mengantuk tetap tidak hilang.
Boleh dikatakan semua orang pernah mengalami perkara ini - mengantuk selepas makan tengah hari. Di mana silapnya kerana setiap pagi kita datang ke tempat kerja dalam keadaan segar dan cergas. Perkara ini sebenarnya ada kaitan dengan jam biologi badan yang secara semula jadi membuatkan kebanyakan orang mengantuk selepas makan tengah hari, khususnya sekitar jam 2 hingga 3 petang.

Jumaat, 19 Mac 2010
Tip Mengawal Kenderaan Sewaktu Kecemasan
Adalah penting bagi seseorang pemandu mengetahui bagaimana memberhentikan kenderaan dalam keadaan kecemasan bagi mengelakkan kemalangan. Dibawah ini disertakan panduan kepada pemandu untuk diikuti sekiranya anda menghadapi masalah berikut:
Tayar Pecah
Tayar Pecah
- Pegang stereng dengan erat.
- Jika tayar belakang yang pecah, kenderaan akan tidak stabil iaitu membelok kekiri dan kekanan.
- Membrek dengan perlahan-lahan dan berhati-hati.
- Membrek dengan tiba-tiba boleh menyebabkan kenderaan berpusing dan sukar dikawal.
- Naik ke atas bahu jalan perlahan-lahan di kawasan rata dan selamat untuk melakukan proses penukaran tayar.
- Jangan tukar tayar di kawasan bahaya.
Lampu Hadapan Kenderaan Terpadam
- Kejadian ini akan menghadkan pandangan anda sewaktu memandu.
- Pegang stereng untuk meluruskan arah pergerakan kenderaan dan membrek segera tanpa menyebabkan kerderaan terbabas.
- Naik ke atas bahu jalan iaitu jauh dari aliran lalu lintas.
- Hentikan kenderaan dengan segera.
- Nyalakan lampu kesemasan dan digalakkan menggunakan alat kecemasan untuk memberi amaran kepada pengguna jalan raya yang lain agar lebih berhati-hati.
Kenderaan Terbakar
- Kejadian sering kali berlaku akibat litar pintas didalam sistem kenderaan.
- Hentikan kenderaan dengan segera.
- Matikan sistem penghidup/pencucuh dan arahkan penumpang keluar.
- Buka bonet dan cabut wayer yang terbakar jika boleh.
- Gunakan alat pemadam api.
Info dari: Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia
BH 27 Febuari 2010.
Labels:
Keselamatan dan Kesihatan
Khamis, 18 Mac 2010
Dapatkan Tidur Yang Cukup
Mendapat tidur yang cukup adalah bahagian yang sangat penting untuk keselamatan anda. Kebanyakan orang memerlukan tidur 7.5-8.5 jam sehari. Kekurangan tidur setiap hari selama beberapa malam boleh menjadi sama bahaya seperti kurang tidur satu malam. Kedua-duanya menghasilkan penurunan prestasi seperti masa bertindak lambat, kegagalan untuk berinteraksi dengan perubahan, gagal memberi tumpuan dan gagal membuat penilaian yang munasabah.
Penyelidikan yang membuat kajian terhadap keadaan yang lemah hasil daripada terus-menerus berjaga terhadap kadar alkohol darah menyimpulkan bahawa:
• 17 jam berjaga adalah setara dengan .05 kandungan alkohol dalam darah.
• 21 jam berjaga adalah setara dengan .08 kandungan alkohol dalam darah.
• 24-25 jam berjaga adalah setara dengan .10 kandungan alkohol dalam darah.
Selain keletihan yang disebabkan oleh tempoh tidur yang singkat, kualiti tidur di siang hari tidak sama seperti pada malam hari. Manusia mempunyai kecenderungan asas untuk berjaga di siang hari. Setiap manusia memiliki circadian rhythm - jam dalaman biologi. Rhythm ini mengikut perubahan suhu tubuh dan merubah aras kewaspadaan mental kita.
Biasanya, dalam masa 24 jam, kewaspadaan kita akan berkurang antara jam 3:00 dan 5:00 pada siang dan malam hari. Jadi semasa shift malam, para pekerja akan berperang melawan rhythm semulajadi mereka untuk terus berjaga pada masa mereka kebiasaannya tidur.
Bagaimana dengan anda? Adakah anda cukup tidur? Adalah penting untuk anda lakukannya untuk keselamatan anda dan keselamatan rakan kerja anda.

Rabu, 13 Januari 2010
TERGELINCIR, TERSADUNG ATAU TERJATUH
Tergelincir, tersadung atau terjatuh boleh berlaku bila-bila sahaja sekiranya anda tidak berhati-hati. Dari tempat tinggi, dari atas tangga dan juga di atas tanah. Tidak kira di tempat kerja atau di rumah. Oleh sebab itu:
Sila beri perhatian terhadap pergerakan dan persekitaran anda.
Sila beri perhatian terhadap pergerakan dan persekitaran anda.
- Fokus kemana arah tujuan anda, apa yang anda lakukan dan apa yang berada di hadapan anda.
- Sentiasa bersedia dengan perkara yang boleh membahayakan anda.
- Sentiasa bertanggungjawap untuk membetulkan, membuang atau mengelak bahaya di laluan anda.
- Gunakan kasut keselamatan yang sesuai ketika bertugas.
- Hindari memakai seluar yang labuh dan longgar yang boleh mengakibatkan anda terjatuh.
- Jangan berlari di tempat kerja anda.
- Kesat kasut anda jika anda baru masuk dari persekitaran yang basah.
- Laporkan atau gantikan lampu yang sudah terbakar atau lampu yang malap.
- Pastikan tangan anda sentiasa di sisi, bukan di saku anda, untuk menjaga keseimbangan badan.
- Beri perhatian pada lantai yang tidak rata, berlubang dan berpenghalang.
- Jangan membawa barang terlalu banyak sehingga anda tidak dapat melihat apa yang berada di hadapan
anda. - Jalan dengan perlahan jika anda berada di lantai yang licin.
- Bila anda duduk, pastikan keempat-empat kaki kerusi berada di atas lantai dan dalam keadaan yang baik.
- Pastikan semua roda berada di atas lantai.
Sentiasa berwaspada, menghapus atau mengelak penghalang dalam laluan anda. Ini akan dapat membantu anda agar lebih selamat.
Labels:
Keselamatan dan Kesihatan
Langgan:
Catatan (Atom)