Teman Blogger

Khamis, 6 Disember 2018

DOCUPUB 4 DALAM 1 ONLINE PDF TOOLS

Selamat tengahari semua. Just nak share dengan anda tentang laman web ini. Sangat berguna.

Laman web ini berkisar tentang fail PDF. Zaman sekarang ni mana ada orang yang nak beratkan komputer, semua nak install, buat semak hardisk je. Jadi kelebihan on line digunakan sepenuhnya. 

Cuma satu saja masalahnya.
Yang ini anda kena fikirkan juga...
Saya tak pernah kajipun.

Bila kita muat naik document dan buat editing secara online ada kebarangkalian dokumen itu boleh di salah guna. Jadi saya ingatkan bukan semua dokumen kita boleh edit secara online.
Sangat bahaya tu...

*Ingat : Edit dokumen secara online ini sesuai digunakan untuk dokumen yang bukan bersifat peribadi.

Baiklah kembali ke laman web ini.

Dekat sini anda boleh:
  1. Convert dokumen anda daripada Word, Excel, PowerPoint dan sebarang fail imej kepada format PDF
  2. Kurangkan size fail PDF anda tanpa perlu install sebarnag perisian tambahan.
  3. Anda juga boleh cantumkan atau combine dua atau tiga fail PDF anda jadi satu.
  4. Dan yang last sekali yang ini paling saya suka. Anda boleh resize atau tukar saiz kertas fail PDF anda. Ikut suka hati anda. A3, A4, A5 atau letter ke. Semua boleh. Kalau anda suka printing buku ini bagus untuk anda.

Baiklah itu saja, semoga memberi munafaat kepada anda.
Kita jumpa lagi dalam posting yang lain.

Kenapa saya buat posting kat blog saya ini.

Nak mengomel sikit tengahari ini. Boleh boleh...

Biasa kalau ada benda baru atau knowledge baru yang saya tau saya akan tuliskan dalam blog saya ini, kenapa ya.

Sebenarnya ada dua tujuan saya berbuat demikian:
  1. Sebab saya memang suka berkongsi Ilmu. Bukan apa kalau boleh ilmu yang saya tau itu kalau dikongsi bersama akan menjadi lebih berkat dan dapat memberi munafaat kepada orang lain.
  2. Sebab saya ni senang lupa. Maklumlah dalam hidup kita ni terlalu banyak benda lain yang kita kena ingat. Jadi adalah lebih mudah untuk saya mengingatinya bila ditulis kat sini. Lain kali kalau saya nak rujuk balik just browse kat blog saya ini.
Cuma masalahnya lama2 posting saya ini dah jadi tak relavent lagi. Maklumlah masa berlalu, semua makin maju. Akan ada coretan yang sudah tidak lagi sesuai. Yang itu akan jadi sejarah. Kepada pembaca semua anda kenalah nilaikan sendiri, boleh pakai ataupun tidak lagi.


Semoga kita semua mendapat keberkatan. TQ.

Jumaat, 23 November 2018

THE MAGIC OF THINKING BIG

Just nak share dengan anda semua tentang buku ini. Saya rasa anda patut jadikannya salah sebuah buku motivasi yang wajib di baca.

Pernah dengar ungkapan ini:

“Not many people believe that they can move mountains…”

Rahsianya ada terdapat didalam buku ini. Ambil masa anda untuk mentelaah buku ini mudah-mudahan boleh mendapat idea yang berguna.

Anda boleh downloadnya di sini.

Rabu, 17 Oktober 2018

PERISIAN MS-DOS LAMA


Kepada anda yang masih berminat dengan perisian MS-Dos, dekat sini anda boleh dapatkan perisian lama tersebut, termasuk juga games yang lama zaman batu untuk koleksi anda seperti HUGO, TETRIS, DOOM, F22, PRINCE OF PERSIA dan banyak lagi.

Untuk keseluruhan Software Library anda boleh dapatnya disini.


BLOG TENTANG KUALITI

Kepada anda yang berada dalam bidang kualiti, tentu saja blog ini jangan dilepaskan. Ada banyak artikel menarik tentang kualiti disini. Beliau seorang blogger daripada Indonesia yang mempunyai pengalaman luas dalam kualiti. Tulisannya sangat menarik sesuai untuk anda.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Masa Itu Emas

Langgan artikel Via Email

Kirim update terbaru dari
Blog Ajak terus ke Email anda!

Delivered by FeedBurner