Memaparkan catatan dengan label TV. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TV. Papar semua catatan
Sabtu, 13 Ogos 2011
Siri Detective Conan
Shinichi Kudo adalah detektif sekolah tinggi berusia tujuh belas tahun yang dikenali sebagai "Modern Sherlock Holmes." Walau bagaimanapun, satu malam selepas temujanji dengan kekasih zaman kanak- kanaknya, Ran, Shinichi menyaksikan perdagangan haram dan ditangkap dalam keadaan tidak bersedia, dipukul hingga tidak sedarkan diri dan diberi makan ubat yang sepatutnya membunuhnya ... tetapi dia bangun dan mendapati dirinya mengecil menjadi budak tujuh tahun.
Untuk mengesan orang-orang yang melakukan ini kepadanya, Shinichi menyembunyikan identitinya dan hidup dengan Ran, yang bapanya adalah seorang detektif tidak boleh harap, dan seterusnya berlaku satu siri pembunuhan dan misteri-misteri yang mesti diselesaikannya.
Mungkin ramai yang kenal dan meminati siri Detective Conan ini.
Kepada anda yang ingin download film2 tersebut bolehlah berbuat demikian disini.
Labels:
TV
Rabu, 3 Februari 2010
Download Cerita Cinta Balqis di TV3
Anda suka tengok Cerita Cinta Balqis, Manjalara, Bionik dan macam-macam lagi kat TV3 tu. Nak tengok lagi, senang je lawat je http://www.tv3.com.my boleh tonton online, apa? nak simpan Cerita tu dalam DVD atau CD? Boleh juga tapi lambat sikitlah, kena download dulu. Lepas tu kena burn kat CD atau DVD. Tapi untuk yang rajin anda boleh lakukannya.
Caranya begini. Kaedah ni kena gunakan browser Firefox. Untuk yang tak ada anda boleh dapatkan kan kat sini, versi terbaru adalah 3.6. Install dan browse.
Selain daripada itu anda perlukan Sothink Web Video Downloader, anda boleh dapatkan kat sini, percuma je, download dan install.
Bila dah siap semua kita boleh mula,
Untuk cara nak burn kat CD atau DVD tunggu posting akan datang.
- Mula2 pergi ke laman Web Tv3.
- Apa2pun kalau nak tengok Tv tu kena Sign Up dulu.
- Jadi jangan lupa Sign Up, tak susah senang je.
- Kemudian klik Login, masukkan user name dan password.
- Klik Log on.
- Klik CATCH UP TV.
- Cari Akasia: CINTA BALQIS dan klik kat situ. (Ni contoh : Cerita Cinta Balqis)
- Terus keluar cerita tu kat skrin.
- Perhatikan kat bucu kiri atas browser tanda seperti dalam bulatan merah dalam gambar kat bawah.
- Itulah perisian Sothink Web Video Download yang kita install tadi.
- Letakkan mouse pada lambang tersebut dan tekan butang sebelah kanan.
- Pilih download manager.
- Akan keluar menu seperti kat bawah.
- Pilih pending, kat sebelah kanan kita dapat lihat alamat URL fail yang kita nak download.
- Halakan mouse pada link tersebut dan klik kanan.
- Pilih Download.
- Pilih tempat nak simpan fail dan save.
- Tunggu fail selesai download.
Untuk cara nak burn kat CD atau DVD tunggu posting akan datang.
Labels:
TV
Isnin, 1 Februari 2010
Perbezaan Antara TV LCD dan TV Plasma?
Dari segi luaran memang kita tertipu apabila melihat TV LCD dan TV Plasma. Kedua-dua jenis TV ini rata dan tipis tetapi ianya menggunakan teknologi yang berbeza dalam usaha untuk memberikan hasil yang sama.
TV Plasma
Teknologi TV plasma pada asasnya adalah berdasarkan kepada mentol lampu neon. Skrin itu sendiri terdiri daripada sel-sel. Di dalam setiap sel, dua panel kaca dipisahkan oleh celah sempit di mana gas neon-xenon disuntikkan dan ditutup dalam bentuk plasma semasa proses pengeluaran. Gas ini akan dicaskan secara elektrik pada sela tertentu apabila TV Plasma ini sedang digunakan. Gas bercas tadi kemudian mengetuk phosphor merah, hijau, dan biru , sehingga mencipta sebuah gambar televisyen. Setiap kumpulan phosphor merah, hijau, dan biru ini disebut pixel (elemen gambar).
TV LCD
TV LCD pula menggunakan teknologi yang berbeza. Secara umumnya panel LCD dibuat daripada dua lapisan bahan telus, yang mana terpolarisasi dan dilekatkan antara satu sama lain. Salah satu lapisan disalut dengan polimer khas yang memegang setiap individu hablur cecair. Tenaga elektrik kemudian dialirkan melalui setiap individu hablur yang mana membenarkan kristal untuk meneluskan atau menyekat cahaya bagi membentuk imej. Kristal LCD tidak menghasilkan cahaya mereka sendiri, jadi sumber cahaya luaran, seperti mentol lampu neon diperlukan supaya imej yang dicipta oleh LCD tadi dapat di lihat oleh penonton.
Tidak seperti TV CRT dan TV plasma, disebabkan tiada phosphor yang menyala, kurang tenaga yang diperlukan untuk operasi dan sumber cahaya dalam TV LCD menghasilkan kepanasan yang kurang berbanding TV plasma atau TV tradisional. Juga, kerana sifat teknologi LCD, tiada radiasi yang dipancarkan dari skrin itu sendiri.
Tidak seperti TV CRT dan TV plasma, disebabkan tiada phosphor yang menyala, kurang tenaga yang diperlukan untuk operasi dan sumber cahaya dalam TV LCD menghasilkan kepanasan yang kurang berbanding TV plasma atau TV tradisional. Juga, kerana sifat teknologi LCD, tiada radiasi yang dipancarkan dari skrin itu sendiri.
Labels:
TV
Isnin, 3 Ogos 2009
Ghost di 8tv

Suka dengan siri ghost di 8tv, tak kiralah ghost1 ke ghost 2 ke, nak tengok lagi tak?
Tahukah anda di www.8tv.com.my anda dapat menonton cerita ini on line atau memuat turun
cerita ini untuk koleksi simpanan anda.
Bagaimana?
Layari laman web www.8tv.com.my, tekan CATCH UP TV dan pilih cerita anda.
Ops... tapi sebelum tu daftar dulu sebagai member, percuma saja.
Sesudah itu Log on dengan nama dan katalaluan anda.

Pilih episode yang anda kehendaki, anda boleh menonton disana atau tekan butang
Download this video.
Tetapi files yang di muat turun adalah dalam bentuk flv. Gunakan perisian Video Converter dan Video joiner untuk menukarkan fail tersebut kepada bentuk wav/mpeg dan menyambung file tersebut supaya menjadi lebih panjang.
Sila gunakan enjin pencari google untuk mendapatkan perisian tersebut.
Selamat mencuba.
Labels:
TV
Langgan:
Catatan (Atom)