Teman Blogger

Memaparkan catatan dengan label Hacking and Cracking. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hacking and Cracking. Papar semua catatan

Khamis, 18 Mei 2017

Lindungi Diri Daripada Ransomware

Pastinya anda telahpun dengar berita tentang virus komputer baharu yang digelar WannaCry, virus ini sedang merebak dan menyerang syarikat-syarikat dan sistem komputer di seluruh dunia.

WannaCry adalah sejenis virus komputer yang dikenali sebagai ransomware, ia akan menguncikan fail-fail di dalam sistem dan kemudian meminta wang tebusan untuk “membuka akses”. 

Oleh demikian, kami mencadangkan anda agar mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk melindungi sistem di rumah anda:
  1. Pastikan anda mengemaskini sistem operasi anda dengan menerima pengemaskinian automatik rasmi.
  2. Berhati-hati dengan emel yang diterima, terutamanya emel tersebut dihantar daripada penghantar yang tidak diketahui dan meminta anda klik pada pautan atau buka lampiran di dalam emel.
  3. Mengaktifkan perisian antivirus di komputer/peranti anda dan pastikan ia adalah versi terkini.
  4. Pastikan anda menyimpan salinan fail-fail penting anda di dalam cakera keras luaran atau menggunakan perkhidmatan penyimpanan cloud . 
Ia dapat membantu anda memulihkan fail-fail anda tanpa perlu membayar wang tebusan untuk mengembalikan fail-fail anda. Berdasarkan kes-kes yang berlaku sebelum ini, sesetengah orang yang membayar wang tebusan juga tidak dapat memulihkan fail-failnya.

Anda boleh baca lanjut di SINI.

Khamis, 16 Januari 2014

Cara Tukar Kapasiti PenDrive Tiruan Kepada Kapasiti Asal

Di sebabkan saya percaya ramai dah terbeli pen drive tiruan ni. Jadi saya nak share satu cara nak baikinya supaya kita boleh pakai balik pen drive tu. Tapi nak bagi tau dulu, saya pun belum cuba lagi sebab tak ada masa. Nanti kalau saya dah cuba saya update lagi kat sini.

Kepada anda yang nak cuba anda bolehlah download perisian ini. Didalamnya terdapat 4 program terbaik yang boleh anda gunakan. Dua daripadanya akan menganalisa pen drive anda dan memberikan maklumat lengkap dan ciri-ciri kawalan pen drive anda.

Yang satu lagi akan memeriksa kapasiti sebenar pen drive anda dan perisian terakhir akan digunakan untuk membaiki pen drive tiruan anda itu tadi.

Pen drive yang telah dibaiki bolehlah digunakan seperti biasa atau jual murah2 kat kawan2. Boleh buat biznus tu.

Sila tinggalkan komen anda diblog saya sekiranya anda berjaya untuk tatapan kawan2 yang lain.

Semoga membantu.

Rabu, 27 Oktober 2010

Firesheep Buat Wireless Kita Mudah Kena Hack

Kecoh hari ini dengan berita terbaru tentang Firesheep. Apa tidaknya dengan munculnya Firesheep, Mozilla Firefox extension bagi mengintai dan menculik (session hijacking) sesi perisian web, seperti Facebook, Twitter, Flickr dan pelbagai, maka pengguna wireless sekarang terdedah dengan ancaman. 

Rujuk :-
Firesheep is latest headache for computer users
Firefox Add-on Firesheep Brings Hacking to the Masses

Ancaman dalam bentuk "Session Hijacking", boleh dihindari dengan memastikan capaian kepada laman web anda sentiasa menggunakan SSL (HTTPS). Kebanyakan laman utama di Internet mempunyai kemudahan SSL ini terutama sewaktu anda masukkan nama pengguna dan kata laluan. Namun ia tidak dibuat secara keseluruhan dalam capaian.

Khamis, 6 Mei 2010

Craagle Mencari Serial Number Crack Dan Keygen

Anda mungkin pernah mencari Serial Number Crack atau Keygen dan kebiasaanya kita akan menggunakan google untuk tujuan itu. Selain daripada itu ada lagi cara lain yang anda boleh cuba. Craagle adalah perisian ringan yang dapat membantu anda untuk mencari Serial Number Crack dan Keygen. Anda boleh dapatkannya disini

Caranya mudah saja, setelah download unzip dalam pc anda dan install. Ianya sudah sedia digunakan.

Perhatian!!! Kebanyakan perisian cracking akan dikesan oleh antivirus sebagai Virus. Jika anda ingin menggunakannya sila matikan/deactivate perisian antivirus anda buat seketika.

Nota : Artikel untuk tujuan pendidikan sahaja.


Isnin, 28 Disember 2009

Apa itu Keylogger?

Keylogger adalah perisian yang membolehkan anda untuk mengetahui apa yang dilakukan oleh pengguna lain di komputer anda semasa ketiadaan anda. Kira macam spylah ni. Keylogger tanpa diketahui merakam semua kekunci yang ditekan oleh pengguna pada komputer lalu di simpan di dalam fail log yang telah di encrypt (memang susah nak buka la ni) dengan pilihan untuk di hantar fail tadi ke email id tertentu. Keylogger adalah alat terbaik untuk memonitor PC anda dimana ia secara automatik mencatat semua email, perbualan, nota chat, website yang dikunjungi, kata laluan, dokumen pendaftaran dan lain2 lagi. Ia merupakan alat kawalan yang sangat mudah digunakan dirumah dan di pejabat.

Harus di ingat Keylogger juga adalah merupakan alat yang bahaya apabila di salah gunakan. Para penggodam komputer (hacker) akan menggunakan alat ini untuk mendapatkan maklumat daripada komputer si pengguna. Pengguna tidak akan menyedari bahawa tindakan mereka sedang dipantau. Ada banyak kaedah keylogging, mulai dari hardware dan software berasaskan elektromagnet dan akustik analisis.

Oleh itu penulis ingin mengingatkan kepada pada pengguna komputer, berhati2 ketika menggunakan komputer di Siber Café. Untuk mencuba software keylogger ini anda boleh cuba yang ini atau google saja di internet. Waktu nak install/pasang pada komputer jangan lupa matikan antivirus.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Masa Itu Emas

Langgan artikel Via Email

Kirim update terbaru dari
Blog Ajak terus ke Email anda!

Delivered by FeedBurner