Harus di ingat Keylogger juga adalah merupakan alat yang bahaya apabila di salah gunakan. Para penggodam komputer (hacker) akan menggunakan alat ini untuk mendapatkan maklumat daripada komputer si pengguna. Pengguna tidak akan menyedari bahawa tindakan mereka sedang dipantau. Ada banyak kaedah keylogging, mulai dari hardware dan software berasaskan elektromagnet dan akustik analisis.
Oleh itu penulis ingin mengingatkan kepada pada pengguna komputer, berhati2 ketika menggunakan komputer di Siber Café. Untuk mencuba software keylogger ini anda boleh cuba yang ini atau google saja di internet. Waktu nak install/pasang pada komputer jangan lupa matikan antivirus.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan