Memaparkan catatan dengan label Kualiti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kualiti. Papar semua catatan
Rabu, 17 Oktober 2018
BLOG TENTANG KUALITI
Kepada anda yang berada dalam bidang kualiti, tentu saja blog ini jangan dilepaskan. Ada banyak artikel menarik tentang kualiti disini. Beliau seorang blogger daripada Indonesia yang mempunyai pengalaman luas dalam kualiti. Tulisannya sangat menarik sesuai untuk anda.
Labels:
Kualiti,
Pengenalan Laman WEB
Khamis, 2 Januari 2014
Mari Mengenali Storan USB Tiruan
Selamat menyambut tahun baru 2014 semua. Semoga anda akan lebih berjaya lagi tahun ini. Just nak share posting ni yang saya terima daripada email warga_kilang. Kredit untuk penulis.
Pada minggu lepas, saya sempat singgah ke Jalan Pasar
yang terletak di Pudu, Kuala Lumpur
ketika selepas solat Jumaat. Bagi yang tidak mengenali lokasi ini, Jalan Pasar
cukup sinonim bagi warga Kuala Lumpur sebagai ‘syurga’ untuk barangan
elektronik. Boleh dikatakan hampir jumlah besar kedai yang berada di sini
kesemuanya menjual peralatan elektronik. Kebiasaannya, saya akan ke sini untuk
mencari peralatan audio visual.
Selain daripada menjual
peralatan elektronik, Jalan Pasar juga turut sinonim dengan jualan barangan
kering yang dijual di kaki lima
kedai lokasi ini. Ada
yang menjual beg, pakaian, ubat-ubatan, dan pelbagai barangan menarik yang
untuk dilihat. Cuma pada kali ini, saya tertarik dengan jualan aksesori telefon
yang menjual storan USB yang kita sedia kenali sebagai ‘pendrive’ dijual dengan
harga yang sangat murah. Ekspresi pertama saya sudah tentu ini pendrive
tiruan. Tidak mungkin pendrive 128GB boleh didapati dengan harga RM9!
Labels:
Keselamatan dan Kesihatan,
Kualiti,
Nota Komputer
Selasa, 19 Mac 2013
Sejarah Quality Circle
Hari ini hari ketiga training Quality Circle. Ini lebih
kepada refreshment training sebenarnya. Perasaan rasa macam2, pening ada, bosan ada,
kelakar ada, kiranya macam2 adalah. Maklumlah kerja banyak, kena pergi training
pulak tu. Anyway just nak share sikit tentang Quality Circle ni untuk panduan
bersama.
Dulunya Quality Circle (QC) ni dikenali sebagai Qualiti Control
Circle (QCC), tapi sekarang ni tak lagi, perkataan “Control” telah digugurkan
sebab tujuan QC ni dibentuk bukan untuk control tapi untuk buat improvement.
QC ni sebenarnya bermula daripada US bukan Jepan. Tapi selepas
diperkenalkan kepada Jepan ianya telah ditiru dan ditambah baik oleh orang
Jepun. Dulu Jepun apa saja dia tiru dan akhirnya berjaya menjadi sebuah negara
maju. Sekarang ni Korea , China dan
Taiwanpun sama kaki tiru juga dan ternyata produk dia orang ni bagus memang
boleh bersaing dengan produk asalnya.
Oklah anda boleh baca lanjut tentang sejarah QC ni kat sini.
Just For Sharing.
Labels:
Kualiti
Langgan:
Catatan (Atom)