- Sebab saya memang suka berkongsi Ilmu. Bukan apa kalau boleh ilmu yang saya tau itu kalau dikongsi bersama akan menjadi lebih berkat dan dapat memberi munafaat kepada orang lain.
- Sebab saya ni senang lupa. Maklumlah dalam hidup kita ni terlalu banyak benda lain yang kita kena ingat. Jadi adalah lebih mudah untuk saya mengingatinya bila ditulis kat sini. Lain kali kalau saya nak rujuk balik just browse kat blog saya ini.
Memaparkan catatan dengan label Lain-lain. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lain-lain. Papar semua catatan
Khamis, 6 Disember 2018
Kenapa saya buat posting kat blog saya ini.
Nak mengomel sikit tengahari ini. Boleh boleh...
Biasa kalau ada benda baru atau knowledge baru yang saya tau saya akan tuliskan dalam blog saya ini, kenapa ya.
Sebenarnya ada dua tujuan saya berbuat demikian:
Cuma masalahnya lama2 posting saya ini dah jadi tak relavent lagi. Maklumlah masa berlalu, semua makin maju. Akan ada coretan yang sudah tidak lagi sesuai. Yang itu akan jadi sejarah. Kepada pembaca semua anda kenalah nilaikan sendiri, boleh pakai ataupun tidak lagi.
Semoga kita semua mendapat keberkatan. TQ.
Labels:
Lain-lain,
PDF,
Pengenalan Laman WEB
Rabu, 10 Oktober 2018
Minyak Enjin 5W 30 dan 15W 50
Selalu kita lihat perkataan 5W 30, 15W 40 dll pada bekas minyak Enjin. Apa maksudnya tu?
5W 30 Ertinya:
- 5 adalah kelikatan minyak pada suhu 0 darjah celsius
- W adalah Winter
- 30 adalah kelikatan minyak pada suhu 100 darjah celsius
Kelikatan (Viscosity) adalah rintangan bendalir (minyak) untuk mengalir. Lagi lama masa diambil untuk minyak mengalir, lagi tinggi kod SAE nya. Ini bermakna minyak yang menpunyai kod SAE 15W 40 mempunyai kelikatan yang lebih tinggi berbanding 5W 30.
Sebagai mana yang anda ketahui minyak enjin berfungsi untuk melindungi enjin. Oleh sebab itu kelikatan minyak yang sesuai amat penting bagi mengekalkan jangka hayatnya. Bagi enjin kereta baru adalah disarankan untuk menggunakan minyak yang mempunyai kelikatan yang lebih rendah supaya minyak mudah mengalir di enjin.
Selanjutnya sila dapatkan keterangan lanjut daripada pengeluar kereta anda.
Labels:
Lain-lain
Khamis, 31 Januari 2013
Qatar Foundation Congratulate You
61
Qatar Convention Center Doha
Qatar .
Ref NO: ESQA 9590 OG
0612
Batch NO: 563881545-QA/06/07/IPD
The Qatar
Foundation
Mail: P.O. Box
5825 Doha
GRANT AID
NOTIFICATION
The Qatar Foundation would like to inform you that you have
been chosen by the board of directors as one of the final recipients of a cash
Grant/Donation for your own personal, educational, and business development in
order to reduce the poverty rate in your Community. The Qatar Foundation was
established in 1995 by His Highness the Amir Sheikh Hamad bin Khalifa Al-Thani
is the organization's chairperson and driving force.
Labels:
Lain-lain,
Pengenalan Laman WEB
Ahad, 25 November 2012
Congratulations You Have Won!!
Lamanya tak menulis. Sibuklah katakan... Mana ada orang tak sibuk betul tak? Cuma nak dengan tak nak je. Pandai sungguh saya bagi alasan. Sebenarnya orang yang selalu bagi alasan adalah orang yang sukar untuk berjaya. Jadi mulai hari ini kita jangan lagi suka bagi alasan,
Baru sekejap tadi saya terima message macam kat bawah ni.
Kayo pak cik. Jangan tak percaya. Kayo betul...
Sebenarnya message seperti ini adalah perangkap. Jadi jangan percaya. Anda boleh baca lanjut kat laman web ini. Bukan sikit wang yang ditawarkannya, banyak tu. Tapi menurut web ini anda dikenakan bayaran untuk pemprosesan dan bayaran demi bayaran akan menyusul. Tidak pernahpun ada orang yang dapat duit tu. Oleh itu take care. Have a nice day.
Wassalam.
Labels:
Lain-lain,
Pengenalan Laman WEB
Isnin, 2 Julai 2012
Info Tahun Lompat
Just Cut and Paste email kawan2 untuk dishare bersama. Kredit untuk penulis.
*** Sila Betulkan Jam Anda. Saat Telah Dilompatkan 1 Saat ***
*** Sila Betulkan Jam Anda. Saat Telah Dilompatkan 1 Saat ***
Labels:
Lain-lain
Khamis, 5 Januari 2012
Harapkan Pegar, Pegar Makan Padi (Pembetulan Ayat)
Just nak share email daripada wargakilang hari ini yang saya rasa agak menarik, baca lanjut kat bawah. (Kredit untuk yang empunya).
Today Im going to talk about a rather important issue in Malay language which is lost in translation of words from Jawi to Rumi.
Sewaktu menelaah Bukumuka sekejap tadi (takdelah sekejap, adalah dalam 3 jam yang lepas), saya terbaca status kawan saya dari Brunei . Namanya Rashid Rahman Hassan. Nama panjang: Awang Haji Abdul Rashid bin Awang Haji Damit. Untuk yang tak tau, Rashid ialah pemenang tempat kedua Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu 2011 dekat PICC awal tahun ni, dan dia mewakili negara Brunei . Ini ialah status dia yang saya printscreen dari facebook:
Labels:
Lain-lain
Isnin, 3 Januari 2011
PENGUKURAN DIAMETER TAYAR

Contoh, jika anda menggunakan tayar 205/40/16, ini bermakna tayar anda adalah selebar 205mm, ketinggian pula adalah 40 peratus dari 205mm, iaitu 82mm. Itu adalah ketinggian tayar tersebut dari rim tayar pada satu bahagian. Ketinggian tayar pada kedua-duua bahagian ialah 82 x 2 = 164mm. Bila ini dicampur dengan diameter rim iaitu 16" yang bersamaan dengan 16" x 25.4mm = 406.4mm, kita akan mendapat 164mm + 406.4mm = 570.4mm (Diameter sebenar tayar anda).
Pengiraan seperti ini mungkin berguna jika anda ingin mempertimbangkan penukaran rim yang lebih besar dengan tayar profil rendah.
Labels:
Lain-lain
Jumaat, 15 Oktober 2010
Jadikan Plastik Bag Kedap Udara
Berikut adalah cara mudah untuk jadikan bag plastik anda bekas makanan yang kedap udara. Caranya mudah saja. Mula-mula dapatkan satu botol air mineral yang telah kosong. Potong seperti gambar dibawah.
Labels:
Lain-lain
Khamis, 30 Julai 2009
Kaedah Pembuatan Tauge Dirumah

Bahan Bahan
Kacang hitam/kacang hijau
Siako (plaster of paris, cari yg boleh makan bukan yg buat balutan patah)
Air Sentoso
Baldi
Formula asal
Rendamkan kacang hitam/hijau selama 7 jam
Tos biarkan semalaman
Tos biarkan semalaman
Rendamkan dalam air sentoso 4 jam
Toskan air 1 jam Masukan kedalam baldi
Gaulkan bersama Siako (siako berperanan utk memanaskan kacang dan mempercepatkan cambahan keluar)
Biarkan sehingga benih keluar, siram air 4@5 jam selepas gaul dengan siako (sedikit sahaja siako, tabor dan gaul)
Hari seterusnya boleh dimakan atau dijual.
Peringatan
Air sentoso beperanan sebagai baja dan baunya seakan urine (saya tidak galakkan pengunaan pasal bahan asas tak dpt dipastikan), harga sentoso RM300 sekilo dan hanya setitik digunakan utk jumlah 500gm kacang.
Siako ada dua jenis yg boleh dan tidak boleh dimakan, harga Siako (plasterof paris) RM2 sekilo dan boleh buat satu tong dram tauge. Boleh skip utk proses air sentoso dan hasilnya tauge taklah besar tetapi selamat utk dimakan.
Wassalam dan selamat mencuba.
Artikel di petik daripada warga_kilang@yahoogroups.com
Labels:
Lain-lain
Langgan:
Catatan (Atom)