Isnin, 3 Januari 2011
PENGUKURAN DIAMETER TAYAR
Contoh, jika anda menggunakan tayar 205/40/16, ini bermakna tayar anda adalah selebar 205mm, ketinggian pula adalah 40 peratus dari 205mm, iaitu 82mm. Itu adalah ketinggian tayar tersebut dari rim tayar pada satu bahagian. Ketinggian tayar pada kedua-duua bahagian ialah 82 x 2 = 164mm. Bila ini dicampur dengan diameter rim iaitu 16" yang bersamaan dengan 16" x 25.4mm = 406.4mm, kita akan mendapat 164mm + 406.4mm = 570.4mm (Diameter sebenar tayar anda).
Pengiraan seperti ini mungkin berguna jika anda ingin mempertimbangkan penukaran rim yang lebih besar dengan tayar profil rendah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan