Kita biasa dengar istilah Bit dan Byte digunakan dalam teknologi komputer tetapi kurang faham dengan istilah tersebut. Sebagai contoh Bit dan Byte keduanya boleh mewakili alamat network atau nombor port. Bit adalah nombor ‘1’ atau ‘0’, yang mewakili satu unit maklumat digital.
Manakala Byte pula adalah gabungan Bit yang disusun. Biasanya lapan bit mewakili satu Byte. Sebagai contoh, nombor IP (Internet Protocol) dalam networking. Nombor IP mengandungi 32 bit atau 4 byte. Bit menukarkan alamat nombor network kedalam bentuk isyarat supaya ia boleh kongsi di dalam network. Byte pula membahagikan bit kepada kumpulan.
Nombor IP 192.168.0.1, sebagai contoh, adalah diwakili oleh nombor dibawah setelah ditukar kepada bit.
11000000 10101000 00000000 00000001
Bit dikumpulkan dalam bentuk kumpulan Byte adalah bertujuan untuk menambahkan kecekapan perkakasan komputer termasuk peralatan network, cakra keras dan memori komputer.
GIGABYTE (GB)
Kita selalu dengar tentang istilah gigabyte. Apa tu? Berapa banyak tu. Sememangnya dalam dunia IT ni kita tidak boleh lari daripada menggunakan istilah ini. Berapa besar saiz cakera keras (Hard disk) kita? 40GB, 80GB, 120GB dan sebagainya. Sebenarnya Gigabyte ini digunakan bagi menunjukkan saiz berapa besar sesuatu memori atau cakera keras komputer. Simbol GB digunakan sebagai singkatan kepada Gigabyte.
Dua jenis pengukuran yang berbeza harus dikenalpasti ketika menggunakan GB ini.
- International Standard (SI), bagi pengukuran biasa menggunakan titik perpuluhan (decimal) menyatakan 1 GB bersamaan dengan 1 000 000 000 Byte.
- Dalam komputer pula menggunakan binary menyatakan 1 GB bersamaan dengan 1 073 741 824 byte.
Oleh sebab itu jangan cepat keliru, dalam komputer ukuran saiz yang digunakan adalah seperti berikut:
1 kB (Kilobyte) = 1024 byte
1 MB (Megabyte) = 1024 X 1024 = 1 048 576 byte
1 GB (Gigabyte) = 1024 X 1024 X 1024 = 1 073 741 824 byte
Tiada ulasan:
Catat Ulasan