CD Burner atau juga dipanggil CD recorder adalah alat yang digunakan untuk merakam data ke dalam kepingan CD. CD-R (CD-Recorder) dan CD-RW (CD-Rewritable) adalah dua jenis pemacu CD (drives) yang biasa digunakan untuk merakam data ke dalam kepingan CD.
Apakah pula CD?
CD (Compact Disc) adalah kepingan cakra berbentuk bulat yang dibuat secara khusus bagi membolehkan ia berfungsi sebagai tempat unyuk menyimpan data. Terdapt dua jenis CD iaitu CD-R dan CD-RW.
Perbezaan CD-R dan CD-RW adalah :
CD-R, Anda boleh merakam data ke dalam Cd ini berulang kali sampai penuh tetapi tidak boleh di padam. Apabila sudah penuh tidak boleh digunakan lagi untuk merakam data yang lain.
CR-RW pula berkemampuan untuk merakam data berulang kali sampai penuh, apabila sudah penuh anda boleh memadam data tersebut untuk digunakan bagi merakam data-data yang lain pula.
Harganya pulak dah tentulah CD-RW lebih mahal daripada CD-R.
Biasanya satu keping CD mempunyai kapasiti 700MB atau kalau paling besarpun sekitar 890MB.
Tetapi sekarang ini telah ada DVD (Digital Versatile/Video Disc), sama juga DVD pun ada DVD-R dan DVD-RW. DVD-R dan DVD-RW satu lapisan boleh memuatkan data sebanyak 4.7 GB. Terdapat lagi satu jenis DVD iaitu DVD-DL dua lapisan yang boleh menempatkan data sehingga 15.9GB.
Untuk merakam data ke dalam CD anda memerlukan perisian (software). Terdapat banyak perisian yang boleh anda gunakan. Sebagai contoh,
Free Disc Burner 1.1.3.52 (Windows)
Anda boleh dapatkan perisian percuma ini di sini.
Free Disc Burner membantu anda merakam data atau fail ke dalam CD dan memadam data daripada CD anda. Antara jenis Media yang dibenarkan adalah : BD-R / BD-RE (Blu-Ray ), DVD-R Double Layer, DVD-R Dual Layer, DVD+R / DVD+RW, DVD-R / DVD-RW, DVD-RAM, CDR / CDRW.
Sebenarnya ada banyak lagi CD burner yang percuma dan berbayar yang anda boleh dapat daripada Internet.
Antara yang popular adalah :
RAXIO CREATOR 2009
http://www.roxio.com/
NERO 9
http://www.nero.com/ena/index.html
Tak kurang juga yang percuma yang anda boleh dapati di sini.
Free CD-R(W) and DVD+/-R(W) Burners (Writers) Create and copy CDs and DVDs free with these software
http://www.thefreecountry.com/utilities/dvdcdburning.shtml
Tiada ulasan:
Catat Ulasan