Teman Blogger

Jumaat, 7 Ogos 2009

Buku dan Ebook

Bercakap tentang ilmu pengetahuan, tak kiralah apa ilmu sekalipun. Kita mesti kadang-kadang terfikir, dekat mana boleh dapat. Mana lagi kalau tak dekat kedai buku dan perpustakaan. Tapi kena baca, alamak ini yang lemah ni. Inilah masalah kita bila sampai bab kena baca ni semua malas. Tapi kalau tengok tv, dengar radio ada masa pulak tu. Bukan anda saja malah saya juga.

Oklah, bercakap tentang ilmu pengetahuan, sekarang ni dalam zaman IT semua boleh dapat on line. Tapi sebelum tu kita kena tau dulu apa itu Ebook.

Ebooks

Ebook sebenarnya adalah singkatan kepada elektronik book, atau buku elektronik. Kan ke TV, komputer, handphone tu semua alat elektronik, disebabkan kita boleh baca buku tu dalam komputer atau dalam handphone jadi ia dinamakan buku elektronik. Kalau anda ingin tahu serba sedikit tentang sejarah ebook anda boleh dapatkan di sini.

Tak banyak beza Buku dengan Ebook, yang jelas ialah perbezaan daripada bentuknya. Buku kita boleh pegang dan rasa. Ebook tak boleh. Tapi kelebihan ebook ialah kita boleh ubahsuai kerana ia berada dalam komputer dan ia tiada bentuk dimana tiada ruang untuk menyimpan diperlukan.

Anda boleh membeli ebook di laman seperti tertera dibawah, dan banyak lagi laman web lain yang anda boleh dapatkan di google.
http://www.ebooks.com/
http://ebook.com/
http://www.amazon.com/
http://mybooks.com.my/
http://jconlinebook.blogspot.com/ (Menjual buku-buku terpakai).

Jika anda rajin dan banyak kawan, anda juga boleh bertukar-tukar buku di Internet dengan kawan anda. Terdapat juga laman-laman web yang membenarkan anda memuat turun buku secara percuma seperti dibawah, tetapi anda perlu mendaftar sebagai member.
http://www.free-ebooks.net/
http://www.scribd.com/

Tahukah Anda?

Tahukah anda berapa judul buku yang menyaksikan matahari setiap hari? Setiap 30 saat, setiap hari, sekitar 4000 buku baharu diterbitkan di seluruh dunia. Sekitar 1.5 juta judul baharu menemui pembaca setiap tahun. Sejak mesin Gutenberg dicipta pada 1450, sebanyak 50 juta judul buku telah diterbitkan di planet bumi. Jika anda berhasrat untuk membaca semua buku itu, anda perlu hidup 250,000 tahun. Malah, kalaupun anda hanya membaca judul sahaja, anda memerlukan 15 tahun! Banyaknya dahsyat betul...

Anda boleh membaca lebih lanjut lagi di
http://jeniri-amir.com/tag/terjemah/.

Berapa banyakkah buku yang telah anda baca? Adakah anda membaca setiap hari? Anda fikirlah sendiri. Jangan sekadar berangan-angan, cepat bertindak sekarang. Bersama kita menambah ilmu.

Selamat berjaya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Masa Itu Emas

Langgan artikel Via Email

Kirim update terbaru dari
Blog Ajak terus ke Email anda!

Delivered by FeedBurner