Teman Blogger

Selasa, 4 Februari 2014

10 Langkah Untuk Menjimatkan Elektrik

Sebagaimana yang anda ketahui penjanaan tenaga elektrik di Malaysia dihasilkan dengan gas, petroleum dan arang batu, iaitu sumber yang tidak boleh diperbaharui. Pengurangan sumber-sumber ini menyebabkan berlakunya perubahan iklim dunia dan menghasilkan sisa buangan yang berbahaya. Oleh itu dengan mengurangkan penggunaan tenaga elektrik, ia akan mengurangkan pencemaran dan menyelamatkan alam sekitar. 

Dengan menjimatkan penggunaan elektrik juga, ia dapat mengurangkan bil elektrik. Sebagai contoh, jika enam juta rumah menggantikan 100W mentol lampu bulat tangsten kepada lampu neon atau lampu flouresen kompak 20W, maka ia akan menyebabkan penjimatan elektrik yang mencecah hampir 1.56 billion kW/j, iaitu bersamaan dengan hampir RM615 juta setahun.

Berikut adalah 10 langkah untuk menjimatkan elektrik.
  1. Lakukan pengauditan tenaga elektrik dirumah. Ini boleh dilakukan dengan memeriksa penggunaan peralatan elektrik yang menggunakan banyak tenaga elektrik. Bil elektrik hendaklah konsisten dengan penggunaan peralatan elektrik.
  2. Matikan suiz dan tanggalkan plug apabila peralatan elektrik tidak digunakan.
  3. Matikan suiz lampu, kipas dan hawa dingin apabila tiada sesiapa di dalam bilik.
  4. Bertukar kepada lampu jenis flouresen untuk pencahayaan dalaman.
  5. Peti Sejuk - Elakkan daripada membuka pintu sejuk dengan kerap kerana 30% udara sejuk keluar setiap kali pintu dibuka.
  6. Pendingin Hawa - Tetapkan suhu pendingin kepada hawa kepada 23 - 26 darjah C.
  7. Beli pendingan hawa yang sesuai saiz bilik kerana ia akan membantu mengelakkan pembaziran tenaga.
  8. Mesin Basuh - Jika anda kerap menggunakan mesin basuh, dicadangkan membeli mesin basuh jenis muatan hadapan.
  9. Komputer - Elakkan penggunaan "screen saver" dan matikan suiz monitor jika tidak digunakan.
  10. Seterika - setiap kali menggosok pakaian hendaklah dalam jumlah yang banyak.

2 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Masa Itu Emas

Langgan artikel Via Email

Kirim update terbaru dari
Blog Ajak terus ke Email anda!

Delivered by FeedBurner