Teman Blogger

Rabu, 10 Oktober 2018

Minyak Enjin 5W 30 dan 15W 50

Selalu kita lihat perkataan 5W 30, 15W 40 dll pada bekas minyak Enjin. Apa maksudnya tu? 

5W 30 Ertinya:

  • 5 adalah kelikatan minyak pada suhu 0 darjah celsius
  • W adalah Winter
  • 30 adalah kelikatan minyak pada suhu 100 darjah celsius
Kelikatan (Viscosity) adalah rintangan bendalir (minyak) untuk mengalir. Lagi lama masa diambil untuk minyak mengalir,  lagi tinggi kod SAE nya. Ini bermakna minyak yang menpunyai kod SAE 15W 40 mempunyai kelikatan yang lebih tinggi berbanding 5W 30.

Sebagai mana yang anda ketahui minyak enjin berfungsi untuk melindungi enjin. Oleh sebab itu kelikatan minyak yang sesuai amat penting bagi mengekalkan jangka hayatnya. Bagi enjin kereta baru adalah disarankan untuk menggunakan minyak yang mempunyai kelikatan yang lebih rendah supaya minyak mudah mengalir di enjin. 

Selanjutnya sila dapatkan keterangan lanjut daripada pengeluar kereta anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Masa Itu Emas

Langgan artikel Via Email

Kirim update terbaru dari
Blog Ajak terus ke Email anda!

Delivered by FeedBurner