Penyelidikan yang membuat kajian terhadap keadaan yang lemah hasil daripada terus-menerus berjaga terhadap kadar alkohol darah menyimpulkan bahawa:
• 17 jam berjaga adalah setara dengan .05 kandungan alkohol dalam darah.
• 21 jam berjaga adalah setara dengan .08 kandungan alkohol dalam darah.
• 24-25 jam berjaga adalah setara dengan .10 kandungan alkohol dalam darah.
Selain keletihan yang disebabkan oleh tempoh tidur yang singkat, kualiti tidur di siang hari tidak sama seperti pada malam hari. Manusia mempunyai kecenderungan asas untuk berjaga di siang hari. Setiap manusia memiliki circadian rhythm - jam dalaman biologi. Rhythm ini mengikut perubahan suhu tubuh dan merubah aras kewaspadaan mental kita.
Biasanya, dalam masa 24 jam, kewaspadaan kita akan berkurang antara jam 3:00 dan 5:00 pada siang dan malam hari. Jadi semasa shift malam, para pekerja akan berperang melawan rhythm semulajadi mereka untuk terus berjaga pada masa mereka kebiasaannya tidur.
Bagaimana dengan anda? Adakah anda cukup tidur? Adalah penting untuk anda lakukannya untuk keselamatan anda dan keselamatan rakan kerja anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan