Tayar Pecah
- Pegang stereng dengan erat.
- Jika tayar belakang yang pecah, kenderaan akan tidak stabil iaitu membelok kekiri dan kekanan.
- Membrek dengan perlahan-lahan dan berhati-hati.
- Membrek dengan tiba-tiba boleh menyebabkan kenderaan berpusing dan sukar dikawal.
- Naik ke atas bahu jalan perlahan-lahan di kawasan rata dan selamat untuk melakukan proses penukaran tayar.
- Jangan tukar tayar di kawasan bahaya.
Lampu Hadapan Kenderaan Terpadam
- Kejadian ini akan menghadkan pandangan anda sewaktu memandu.
- Pegang stereng untuk meluruskan arah pergerakan kenderaan dan membrek segera tanpa menyebabkan kerderaan terbabas.
- Naik ke atas bahu jalan iaitu jauh dari aliran lalu lintas.
- Hentikan kenderaan dengan segera.
- Nyalakan lampu kesemasan dan digalakkan menggunakan alat kecemasan untuk memberi amaran kepada pengguna jalan raya yang lain agar lebih berhati-hati.
Kenderaan Terbakar
- Kejadian sering kali berlaku akibat litar pintas didalam sistem kenderaan.
- Hentikan kenderaan dengan segera.
- Matikan sistem penghidup/pencucuh dan arahkan penumpang keluar.
- Buka bonet dan cabut wayer yang terbakar jika boleh.
- Gunakan alat pemadam api.
Info dari: Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia
BH 27 Febuari 2010.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan