Sila beri perhatian terhadap pergerakan dan persekitaran anda.
- Fokus kemana arah tujuan anda, apa yang anda lakukan dan apa yang berada di hadapan anda.
- Sentiasa bersedia dengan perkara yang boleh membahayakan anda.
- Sentiasa bertanggungjawap untuk membetulkan, membuang atau mengelak bahaya di laluan anda.
- Gunakan kasut keselamatan yang sesuai ketika bertugas.
- Hindari memakai seluar yang labuh dan longgar yang boleh mengakibatkan anda terjatuh.
- Jangan berlari di tempat kerja anda.
- Kesat kasut anda jika anda baru masuk dari persekitaran yang basah.
- Laporkan atau gantikan lampu yang sudah terbakar atau lampu yang malap.
- Pastikan tangan anda sentiasa di sisi, bukan di saku anda, untuk menjaga keseimbangan badan.
- Beri perhatian pada lantai yang tidak rata, berlubang dan berpenghalang.
- Jangan membawa barang terlalu banyak sehingga anda tidak dapat melihat apa yang berada di hadapan
anda. - Jalan dengan perlahan jika anda berada di lantai yang licin.
- Bila anda duduk, pastikan keempat-empat kaki kerusi berada di atas lantai dan dalam keadaan yang baik.
- Pastikan semua roda berada di atas lantai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan