Untuk membuka fail PDF anda memerlukan perisian Acrobat Reader, anda boleh mendapatkannya secara percuma di sini.
Untuk membuat fail PDF juga anda memerlukan bantuan perisian, terdapat banyak perisian yang boleh anda google di sini. Sebagai contoh anda boleh dapatkan PDFCreator yang percuma di sini atau CutePDF writer di sini.
- Cepat dan senang dibuat. Bagi menghasilkan fail PDF anda hanya perlu melakukan beberapa klik sahaja tidak sampai 1 minit.
- Selamat. Tidak perlu bimbangkan fail anda, ini kerana fail ini sememangnya tidak boleh diubah dan ia juga boleh diletakkan kata laluan bagi menambahkan keselamatan fail dimana hanya mereka yang tau kata laluannya sahaja akan dapat membuka fail ini.
- Kebolehmampatan. Ini merujuk kepada kemampuan fail PDF digunakan bagi menggantikan bilik dokumen yang besar dan dipenuhi dengan banyak fail. Dimana apabila ditukarkan kepada format PDF, akan menjadi fail-fail yang kecil disimpan didalam komputer, tidak memerlukan ruang yang besar dan luas. Sekiranya ada pengguna lain yang memerlukan fail dokumen tersebut ianya dapat dihantar dengan mudah melalui rangkaian Internet.
- Lengkap. Dalam erti kata lain, dokumen ini serupa dengan yang asal. Cuma berbeza daripada bentuk sahaja iaitu softcopy (tidak dicetak) dan hardcopy (cetakkan). Ia boleh muncul dengan sendiri daripada hardware, perisian dan system operasi yang digunakan untuk membuat atau memaparkan dokumen PDF. Ertinya ia bukan sahaja mudah dihantar daripada satu komputer ke komputer yang lain dengan aplikasi yang berlainan, ia juga bermaksud anda akan mendapatkan dokumen anda dengan jelas dan tanpa menghadapi sebarang kecacatan yang boleh mengakibatkan masalah komunikasi. Mengekalkan rupa bentuk dan keaslian sumber data tidak lagi menjadi satu kebimbangan buat anda.
Kekurangan Fail PDF adalah:
- Sukar untuk diubahsuai. Adalah menjadi cabaran bagi pengguna Fail PDF dimana pada dasarnya format PDF ini sememangnya tidak boleh diubahsuai. Walaupun rupabentuk Fail dokumen ini mirip seperti dokumen Microsoft Word atau Microsoft Excel tetapi ia tidak boleh diubahsuai dengan sesuka hati kerana format PDF ini sebenarnya adalah gambar kepada dokumen, oleh itu ia sukar atau tidak mungkin dapat diubahsuai. Walau bagaimanapun ia boleh dilakukan sekiranya anda dapat menukarkan fail tersebut kepada sumber asalnya, contohnya format Microsoft Word atau Microsoft Excel.
- Terdapat perbagai jenis fail PDF. Memang cepat dan mudah untuk membuat Fail PDF, tetapi fail yang terhasil adalah berbeza sekiranya anda menggunakan kaedah pembuatan yang berbeza. Ia akan memberi sedikit perbezaan ketika memapar dan ketika kerja-kerja menukarkan fail dilakukan. Terdapat dua jenis fail PDF iaitu PDF asli dan PDF imbasan. PDF asli adalah fail yang terhasil daripada dokumen yang diproses secara elektronik. Manakala PDF imbasan adalah fail yang terhasil apabila imbasan dilakukan terhadap dokumen yang asli dengan menggunakan alat pengimbas.
Sekian, selamat mencuba.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan