Teman Blogger

Khamis, 16 Julai 2009

Bagaimana memasukkan kod HTML ke dalam Blog anda?

Berikut adalah langkah-langkah untuk memasukkan kod HTML kedalam blog anda.
  1. Daftar akaun dengan pembekal perkhidmatan yang ingin anda gunakan. Anda boleh gunakan enjin pencari seperti google untuk mencari “free online counters”. Ada banyak yang boleh anda jumpa disana seperti http://basicstat.com/, http://www.freehitscounters.org/, dan lain-lain.
  2. Pilih bentuk “counter” yang anda suka.
    Copy kod HTML yang diberikan.
  3. Daftar masuk ke Blogger Dashboard (taip www.blogger.com, masukan email dan password).
  4. Tekan “Layout” dalam blog yang ingin anda ubahsuai.
  5. Tekan “Add Gadget” pada muka surat anda (side bar/bottom dll).
    Kemudian akan keluar muka surat pilihan, sila pilih “HTML/JavaScript” dan tekan tanda (+) di bahagian tepi.
  6. Masukkan “TITLE” jika anda ingin berikan sebarang nama kepada gadget anda.
  7. Tampal kod HTML tadi ke dalam ruang “CONTENT”.
    Jika anda mahu anda boleh “drag and drop” gadget anda tadi ke tempat berbeza dalam blog anda.
  8. Tekan “PREVIEW” di muka surat atas.
  9. Jika anda suka dengan apa yang anda lihat tekan “SAVE”.
  10. Tahniah, anda telah berjaya memasukkan kod HTML ke dalam Blog anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Masa Itu Emas

Langgan artikel Via Email

Kirim update terbaru dari
Blog Ajak terus ke Email anda!

Delivered by FeedBurner