Teman Blogger

Rabu, 15 Julai 2009

Panduan untuk membuat Housekeeping di Kilang

Teringat tadi ada meeting Keselamatan dan Kesihatan Pekerja, ada kawan bagi ‘Safety Talk’ tentang PANDUAN UNTUK MEMBUAT HOUSEKEEPING DI KILANG. Saya sertakan dibawah untuk panduan bersama.

APA DIA HOUSEKEEPING?
Housekeeping adalah aktiviti untuk menyimpan perkakas, peralatan, PPE dan komponen dengan teratur untuk keselamatan dan persekitaran kerja yang selesa.

KENAPA PERLU HOUSEKEEPING?

  • Untuk mengelakkan kemalangan dan kecelakaan.
  • Untuk mengelakkan tumpahan bahan kimia.
  • Untuk mengurangkan masa mencari alatan dan perkakas.
  • Untuk mengurangkan masa penyimpanan.
  • Untuk mengurangkan inventori.
  • Untuk menambah jangkahayat alatan dan perkakas.

SIAPA PATUT BUAT HOUSEKEEPING?
Sesiapa sahaja dalam organisasi terlibat dalam melaksanakan Housekeeping.

DIMANA PERLU HOUSEKEEPING?
Semua kawasan termasuk pejabat, lantai pengeluaran, stor dan lain-lain.

BAGAIMANA MENGEKALKAN HOUSEKEEPING YANG BAIK?

  • Kenalpasti aktiviti (bersihkan, kemaskan, asingkan, labelkan dan simpan).
  • Buatkan jadual Housekeeping.
  • Lantik seorang ketua dan buat jadual bertugas.
  • Segera melaporkan sekiranya terdapat potensi kecelakaan kepada pihak berwajib.
  • Hantar cadangan pembaikan berkaitan 5S dan keselamatan.

BILA PATUT BUAT HOUSEKEEPING?

  1. Aktiviti Harian
    Bersihkan lantai, mesin dan pastikan kawasan kerja bebas daripada minyak dan kotoran.
    Pastikan kawasan laluan bebas daripada sebarang
    halangan.
  2. Aktiviti Mingguan
    Alihkan atau buang barang atau alatan yang tidak diperlukan.
    Periksa keadaan alatan dan perkakas.
  3. Aktiviti Bulanan
    Lakukan pemeriksaan 5S.
    Susun semula dan kemaskan kabel yang longgar.
    Gantikan label yang kotor dan koyak.
    Gantikan peralatan atau barangan yang kurang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Masa Itu Emas

Langgan artikel Via Email

Kirim update terbaru dari
Blog Ajak terus ke Email anda!

Delivered by FeedBurner