Teman Blogger

Selasa, 14 Julai 2009

S.M.A.R.T GOALS

Hari ni nak cerita sikit tentang SMART GOALS. Apa benda ni? Dah biasa dengar cuma terlupa je. Ok mari kita renungkan kembali bersama-sama.

Specific
Measurable
Attainable
Realistic
Timely

Specific – Tepat dan khusus lagi jelas, lebih kurang macam tulah.
Setiap Goals atau matlamat yang ingin dicapai mempunyai peluang yang cerah untuk dicapai sekiranya ia dinyatakan dengan tepat dan jelas.
Untuk mendapatkan GOALS yang jelas anda perlu menjawap enam soalan “W”:

*WHO : Siapakah yang terlibat?
*WHAT : Apa yang ingat saya capai?
*WHERE : Dimanakah kawasan yang terlibat?
*WHEN : Berapakah jangkamasa yang diperlukan?
*WHICH : Kenalpasti keperluan dan halangan/cabaran.
*WHY : Sebab/Alasan yang jelas atau faedah sekiranya matlamat dicapai.

Contoh : Matlamat yang kurang jelas ialah, “Ingin membeli kereta baru”. Tetapi matlamat yang jelas adalah, “Ingin membeli sebuah kereta Toyota Wish pada bulan Januari 2011”.

Measurable – Bentuk kriteria-kriteria yang jelas bagi mengukur perjalanan setiap Goals yang ingin dicapai. Apabila kita sentiasa mengukur perjalanan setiap Goals kita, kita akan sentiasa berada pada landasan yang betul dan akan mencapai Goals kita dalam jangkawaktu yang telah dirancangkan.

Untuk menentukan samada Goals kita adalah Measurable, tanya soalan seperti… Berapa banyak? Bagaimana saya tau bila ia akan dicapai?

Attainable – Apabila anda mengenal pasti Goals yang sangat penting bagi anda, anda akan memikirkan cara bagaimana untuk mencapainya. Anda akan membentuk sikap, kemampuan, kemahiran dan keuwangan yang cukup untuk mencapainya. Anda mula melihat semula peluang-peluang yang ada untuk membawa anda lebih dekat dengan Goals yang ingin dicapai.

Anda boleh mencapai kebanyakan Goal yang telah anda rancangkan apabila anda mengatur langkah dengan bijak dan membentuk jangkawaktu bersesuaian bagi melaksanakan perancangan tersebut. Goal/matlamat yang dilihat terlalu jauh dan diluar jangkawan akhirnya menjadi dekat dan boleh dicapai, bukan sebab Goal anda mengecil tetapi sebab anda telah membangun dan berkembang untuk mencapainya. Apabila anda menyenaraikan Goal anda, ia akan membina imej diri anda. Anda akan melihat diri anda bernilai seperti Goal anda dan membentuk sifat serta personaliti yang membolehkan anda mencapai Goal tersebut.

Realistic – Mestilah realistik, Goal hendaklah mempunyai objektif yang anda inginkan dan boleh dicapai. Anda boleh mempunyai Goal yang sukar dan realistik. Cuma anda yang boleh menentukan berapa tahap kesukaran setiap Goal anda. Tetapi pastikan setiap Goal menunjukkan prestasi pencapaian yang baik. Goal yang sukar biasanya lebih mudah dicapai berbandingkan dengan Goal yang mudah kerana Goal yang mudah memberi motivasi yang rendah.

Goal anda mungkin realistik jika anda benar-benar percaya ianya boleh dicapai. Cara lain untuk menentukan samada Goal anda realistik adalah jika anda telah berjaya mencapai apa saja Goal yang hampir sama sebelum ini atau tanya pada diri anda sendiri apakah keadaan yang perlu untuk anda capai Goal anda itu.

Timely – Goal perlu dibatasi oleh waktu. Tanpa ada waktu bila ia perlu disiapkan akan menjadikan Goal suatu angan-angan atau mimpi. Tidak wujud rasa perlu disiapkan dalam waktu yang segera dan ianya tidak mungkin dicapai. Sekiranya anda ingin membeli kereta baru tetapi tidak dinyatakan bila, ia tidak mungkin berjaya. Tetapi jika diberikan tempoh masa seperti “Januari 2011”, maka anda telah memasang minda separuh sedar anda untuk mula bekerja bagi mencapai Goal anda itu.

T boleh juga mewakili Tangible – Goal adalah suatu yang nyata apabila anda boleh merasai satu daripada sifat berikut iaitu rasa, sentuh, bau, lihat dan dengar. Maka anda mempunyai peluang yang baik untuk menjadikannya tepat, boleh dikira dan seterusnya boleh dicapai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Masa Itu Emas

Langgan artikel Via Email

Kirim update terbaru dari
Blog Ajak terus ke Email anda!

Delivered by FeedBurner