Isnin, 13 Julai 2009
KEPENTINGAN BAHASA DALAM MELAYARI INTERNET
Kelebihan dari segi memahami banyak bahasa memang tidak dapat dinafikan. Paling tidak dapat memahami Bahasa Inggeris ketika melayari internet memang merupakan satu bonus.
Kenapa ini terjadi? Ilmu pengetahuan sebenarnya tidak dibatasi oleh bahasa. Semua kaum atau bangsa boleh menjadi mahir dalam ilmu tertentu. Tak kira dimana Asia, Eropah, Timur Tengah atau dimana saja. Ketika berkongsi ilmu didunia maya inilah kelebihan dari segi memahami lebih daripada satu bahasa boleh dimunafaatkan.
Bagi kita di Malaysia. Tidak banyak rujukan atau bahan-bahan dalam dunia maya ini untuk dirujuk. Nasib baik kita boleh faham bahasa nusantara Indonesia kalau tidak peluang untuk mengembangkan ilmu memang kecil sekali.
Selain daripada laman Web di Malaysia kita juga boleh melakukan rujukan dengan menggunakan laman Web Indonesia yang mana bahasanya hampir sama dengan rumpun bahasa kita di Malaysia.
Terdapat juga banyak laman Web dalam bahasa lain seperti Jepun, China, Vietnam, Sepanyol, German dan lain-lain lagi yang boleh dirujuk sekiranya kita dapat memahami bahasa mereka. Anda boleh cuba gunakan language translater jika mau. “Lain padang lain belalang” lain tempat lain pula caranya. Banyak ilmu pengetahuan yang lain boleh di pelajari di laman Web seperti ini.
Untuk pergi lebih jauh lagi, Bahasa Inggeris menjadi menjadi satu kemestian. Hampir semua bahan rujukan yang diperlukan adalah menggunakan bahasa tersebut. Daripada e-book, audio book, makalah, majalah, kertas kajian dan banyak lagi. Atas kepentingan itu saya sarankan supaya lebih ramai lagi orang kita mempelajari bahasa ini bukan sekadar satu bahasa komunikasi tapi juga sebagai bahasa Ilmu ketika melayari internet.
Gunakan enjin pencari google untuk mencari bahan-bahan yang diperlukan di Internet.
Terima kasih.

Labels:
Nota Internet
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan