Teman Blogger

Sabtu, 11 Julai 2009

PERISIAN MAMPATAN 7-zip (7-zip Compress Program)

Apa kah dia compress file?

Jika anda selalu muat turun perisian dan file daripada daripada Internet, anda mungkin pernah berjumpa dengan file ZIP. ZIP file adalah file yang telah dimampat kepada saiz yang lebih kecil yang dicipta khas untuk pengguna Internet. Ia membolehkan anda mengurangkan saiz file supaya ia boleh dihantar dengan mudah melalui sambungan internet yang perlahan dan ia juga tidak mengambil tempat yang besar didalam cakera keras.
Setelah anda memuat turun file ini, computer anda akan menggunakan perisian seperti Winzip, Stuffit atau 7-zip untuk mengembangkan kembali file ini kepada saiz yang asal. Sekiranya semua berjalan lancar file yang dimuat turun tadi akan kembali seperti file asal sebelum ia dimampat.

Apakah 7-zip?
7-zip adalah perisian yang boleh memampat kepada nisbah yang tinggi. Ia adalah perisian open source dan boleh dimuat turun ke computer anda dengan percuma.

http://www.7-zip.org/

Anda boleh menggunakan perian ini di computer anda atau computer ditempat anda bekerja tanpa perlu mendaftar atau membuat sebarang pembayaran.

Kelebihan perisian 7-zip adalah ia boleh memampat (packing) dan menyahmampat (unpacking) file seperti berikut dalam satu perisian.
Mampatan/Nyahmampat:
7z, ZIP, GZIP, BZIP2 and TAR
Mampatan sahaja:
ARJ, CAB, CHM, CPIO, DEB, DMG, HFS, ISO, LZH, LZMA, MSI, NSIS, RAR, RPM, UDF, WIM, XAR and Z.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Masa Itu Emas

Langgan artikel Via Email

Kirim update terbaru dari
Blog Ajak terus ke Email anda!

Delivered by FeedBurner