Teman Blogger

Selasa, 18 Ogos 2009

Apa itu Rapidshare, Easy-share, Megaupload, Uploading dan banyak lagi?


Sebenarnya Rapidshare, Easy-share, Megaupload, uploading dan banyak lagi merupakan web-web yang berfungsi menyimpan data pengguna secara online. Ia membenarkan ahli-ahlinya untuk memuat naik file sehingga 100MB bergantung kepada perkhidmatan yang dibekalkan. Pengguna akan dibekalkan dengan alamat muat turun (URL) yang unit mengikut kedudukan file dan membolehkan sesiapa yang berkongsi file dengan pemilik file untuk memuat turun file tersebut.

Lebih mudah ianya bermaksud Rapidshare, Easy-share, Megaupload, Uploading dan banyak lagi mempunyai server-server yang dipenuhi dengan semua dan segala macam yang tak pernah anda terfikir. Semua game, program dan aplikasi, movie, lagu, e-book, litreture, nota, tutorial dan sebagainya asal saja boleh disimpan di cakara keras, anda boleh dapati di web-web ini. Secara umumnya apa saja yang anda cari/perlukan pasti boleh didapati di web-web ini.



http://www.easy-share.com/

http://www.rapidshare.com/
1-Click Web hosting – Easy Filehosting

http://www.megaupload.com/
The leading online storage and file delivery service

http://www.uploading.com/
The best free file hosting service

Mengapa saya memperkenalkan Rapidshare, Easy-share, Megaupload, Uploading dan banyak lagi kepada anda?

Tujuan saya memperkenalkan web-web ini kepada anda adalah atas tujuan pendidikan dan penyebaran ilmu pengetahuan untuk membantu anda dan sesiapa sahaja yang memerlukan bahan rujukan tambahan secara online dan yang lebih penting. Tidak mudah sebenarnya untuk mencari bahan-bahan rujukan sekiranya anda tidak mahir. Oleh sebab itu web-web ini akan membantu anda untuk tujuan tersebut.

Tetapi harus diingat. Maklumat-mklumat yang tersimpan di dalam web-web ini ada yang baik dan ada yang buruk. Terserah kepada anda jalan mana yang dipilih dan bagaimana harus anda menggunakannya.

Sekian, selamat berjaya.

Sekiranya ada sebarang persoalan anda boleh tinggalkan di ruangan “Comment”.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Masa Itu Emas

Langgan artikel Via Email

Kirim update terbaru dari
Blog Ajak terus ke Email anda!

Delivered by FeedBurner