Teman Blogger

Memaparkan catatan dengan label Windows Tips. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Windows Tips. Papar semua catatan

Ahad, 14 Julai 2013

Tentang Windows 8.1

Kepada anda yang ingin tahu lebih lanjut tentang Windows 8.1 bolehlah baca artikel ini, "Everything you need to know about the Windows 8.1 Preview (FAQ)" tulisan Ed Bott. Siapa yang tak kenal En. Ed Bott, seorang penulis artikel technology yang berpengalaman masa kini.

Dalam artikel ini ada dinyatakan tentang apa itu Windows 8.1, apa yang baru dan apa yang berubah, apa yang kurang, sistem yang diperlukan untuk jalankan Windows ini dan sebagainya.

Selamat membaca.

Khamis, 27 Jun 2013

Butang Show Desktop

Alamak lamanya software ni loading. Macam mana nak pegi kat My Document ni. "Klik butang "Start", tak ada pulak My Document kat situ". Sebenarnya ramai juga yang tak perasan yang butang Show Desktop tu memang ada kat penal kat bawah. Rujuk gambar kat dalam bulatan kuning. Cuba anda halakan mouse anda kat situ. Ya betul itulah dia butang "Show Desktop", klik je tak meletuppun.

Bukan apa kadang2 benda simple macam ni takkan nak tanya kawan betul tak. Anyway just info sharing, semoga membantu.

Isnin, 5 Disember 2011

Skrin Komputer Terbalik

Pagi2 lagi ada sorang kawan datang, mintak tolong sikit skrin komputer aku terbalik. La.., ganas beno cam mana boleh jadi gitu? Tak pe lah ini mungkin kes salah tekan ni.

Anda boleh betulkan dengan cara begini;
  • Halakan mouse anda kat skrin Desktop
  • Klik kanan
  • Pilih Graphics Properties
  • Kemudian klik pada Display Settings
  • Perhatikan perkataan Rotation pada sebelah kanan menu
  • Buang tanda tick pada Enable Rotation
  • Akhir sekali klik Apply
Komputer anda akan kembali kepada normal.
Tapi ini untuk Windows Xp, kalau Windows 7 belum cuba lagi.
Kalau anda tahu bolehlah comment kat blog saya ni.

Khamis, 4 November 2010

Cara Untuk Tukar Perisian Default

Biasalah kadang2 tu bila kita dah install perisian baru secara automatic perisian tu akan jadi perisian default untuk buka program kita. Contohnya sebelum ni kita pakai Internet Explorer. Bila kita download dan install Firefox, semua fail HTML kita akan secara automatik dibuka menggunakan Firefox. Jadi bagaimana nak tukar balik kepada Internet Explorer tanpa kita buang perisian Firefox tadi.

Caranya mudah begini:
Masuk My Documents
Klik Tools --> Folder Options --> File Types
Dalam kotak "Registered file types" pilih dan klik pada "Extension" HTML

Khamis, 12 Ogos 2010

Dapatkan Status Num Lock, Caps Lock pada System Tray dengan TrayStatus


TrayStatus adalah perisian freeware yang dapat menunjukkan status kekunci Num lock, Caps lock dan scroll lock pada bahagian taskbar screen anda. Jika anda menggunakan notebook atau keyboard yang tidak mempunyai penunjuk menyala untuk caps lock atau num lock, perisian ini adalah untuk anda.

Jumaat, 6 Ogos 2010

Baca Fail Office 2007 di Office Versi Lama

Di pejabat anda menggunakan Microsoft Office 2003 dan dekat rumah menggunakan Microsoft Office 2007. Kadang-kadang terlupa nak convert dokumen sebelum bawa ke pejabat. Memang leceh nak meeting ni dokumen tak boleh bukak.

Isnin, 2 Ogos 2010

Setting Video Sebagai Desktop Background

Adakah anda ingin meletakkan Video sebagai latar belakang desktop anda selain daripada wallpaper? Ia memang mudah dan menarik, hanya perlu ikuti langkah berikut.

Selasa, 20 Julai 2010

Naik taraf Servis Pek Windows Anda

Microsoft mengingatkan pengguna Windows bahawa sokongan untuk beberapa versi lama komputer peribadi dan system operasi pelayarnya (OS) akan berakhir pada separuh pertama tahun ini.
  1. Windows Vista RTM - berakhir pada 13 April 2010
  2. Windows XP SP2 - berakhir pada 13 Julai 2010
  3. Windows 2000 profesional - pada 13 Julai 2010
Dengan versi tanpa sokongan pelanggan masih boleh menggunakan salinan OS itu. Bagaimanapun, ia tidak lagi akan menerima kemas kini perisian daripada Windows Update. Ini termasuk kemas kini keselamatan yang dapat membantu melindungi komputer daripada virus berbahaya, spyware dan perisian mencurigakan lain yang boleh mencuri maklumat peribadi pengguna.

Rabu, 12 Mei 2010

Tambah Baik Menu Send To

 













Menu "Send To" yang muncul apabila anda klik sebelah kanan pada mana2 fail atau folder membolehkan anda melakukan task tertentu seperti memindahkan fail, menghantar fail sebagai attachment dan sebagainya. "Send to Toys" adalah perisian freeware yang mana menambah baik menu sistem "Send To" dan memberi anda lebih banyak options berlainan dan menjadikan kerja anda lebih mudah.

Isnin, 26 April 2010

Cara Tukar Folder Background

Sebenarnya ini cara lama untuk pasangkan background pada folder anda (untuk WinXP sahaja). Bukan apa biasanya semua folder yang kita masuk backgroundnya putih.

Caranya begini. Kita kena edit fail desktop.ini. Fail ini biasanya tersembunyi. Mula-mula kita kena tukar preview kita supaya boleh lihat fail tersembunyi.

Caranya begini:
Katakan kita sekarang berada dalam folder My Document.
  • Klik Tools (kat menu atas).
  • Klik Folder Options (Akan muncul menu Folder Options).
  • Cari tab View dan klik kat situ.
  • Perhatikan "hidden files and folders" ada dua button. Yang atas "Do not show hidden files and folders" dan yang bawah "Show hidden files and folders". Klik pada "Show hidden files and folders".
  • Klik Apply dan akhir sekali klik OK.
Sekarang cuba perhatikan fail "desktop.ini". Ada tak? Biasanya dalam folder "My Document" memang ada fail ni, tapi tersembunyi.

Klik fail tu dua kali. Fail tersebut akan dibuka oleh perisian "Notepad" dan anda akan dapat lihat isi kandungannya.

Tampalkan (Cut and Paste) kod dibawah dalam fail tersebut.

[ExtShellFolderViews]
{BE098140-A513-11D0-A3A4-00C04FD706EC}={BE098140-A513-11D0-A3A4-00C04FD706EC}
[{BE098140-A513-11D0-A3A4-00C04FD706EC}]
Attributes=1
IconArea_Image=nama_fail_anda.jpg
IconArea_Text=0x000000

Tukarkan nama_fail_anda.jpg dengan nama fail gambar yang anda ingin jadikan sebagai lata belakang. Anda boleh memilih untuk meletakkan gambar tu dalam folder "My Document" atau tempat lain tak jadi masalah tapi kena letakkan link yang betul ke fail tersebut.

Kemudian tekan fail save dan exit (Sorry gambar tak sempat nak tunjuk, nanti free sikit saya masukkan).
Kemudian klik butang kanan mouse anda dan pilih "refresh".

Latar belakang folder anda telahpun berubah. Sekiranya anda ingin mengubah latar belakang folder yang lain anda kena pastikan di dalam folder tersebut terdapat fail "desktop.ini", jika tak ada copy je daripada folder "My Document".

Selamat mencuba. Kalau tak boleh juga just inform Ok.

Sabtu, 10 April 2010

Tukar Icon My Computer, Recycle Bin DLL

 
Kalau sebelum ni kita tak boleh tukar Ikon My Computer, My Documents, My Network Places dan Recycle Bin pada desktop Windows XP kita. Kali ni saya akan tunjuk cara nya.
  1. Halakan pununjuk mouse anda pada mana2 kawasan kosong pada desktop anda.
  2. Pilih "Properties", akan muncul menu "Display Properties".
  3. Klik tab "Desktop".
  4. Klik butang "Customize Desktop", menu "Desktop items" akan keluar. Pastikan anda berada pada tab "General".
  5. Klik Ikon mana yang hendak ditukar. (My Computer, My Documents, My Network Places, Recycle Bin (full) atau Recycle Bin (empty) 
  6. Klik "Change Icon", menu "Change Icon" akan keluar. Jika anda suka Icon yang terdapat disitu, pilih satu dan klik "OK" atau anda boleh klik "Browse" bagi memilih Ikon yang lain atau boleh saja anda google di internet.
  7. Untuk mendapatkan sekumpulan Icon daripada system, masukkan kod "%SystemRoot%\system32\SHELL32.dll" bersebelahan butang "Browse" dan tekan ENTER.
  8. Seterusnya Klik "OK" untuk menutup kotak dialog.

Selamat mencuba.

Jumaat, 9 April 2010

Bagaimana Nak Tukar Icon Folder Anda?

Bosan dengan Icon folder milik anda yang telah ditetapkan oleh Windows XP. Jangan bimbang anda boleh tukar Icon tu, caranya mudah saja.
  1. Arahkan anak panah mouse anda kepada icon folder yang hendak ditukar.
  2. Tekan butang mouse sebelah kanan dan pilih "Properties".
  3. Seterusnya pilih "Customize". (Kalau tak jumpa butang tu maksudnya folder tu tak boleh
  4. tukar).
  5. Kemudian klik butang "Change Icon".
  6. Pilih Icon yang anda suka dan klik "OK", atau klik "Browse" untuk memilih fail icon daripada system anda. Cari fail .ICO dan .EXE dalam system anda. Anda juga bolehGoogle di internet dengan kata kunci "download free icons for xp".
  7. Kemudian klik "OK" dan akhir sekali klik "Apply".
Perhatian: Bukan semua Ikon folder boleh diubah ada yang tak boleh, kalau nak tukar juga ada caranya nanti saya bagi tau.

Isnin, 1 Mac 2010

Cara Buang Dua Boot Windows

Dulu saya memang rajin pasang dua Windows pada komputer saya. Bukan apa kalau nak format kan susah. Kena masukkan balik driver, perisian kena install balik, Cd dah tentu kena tukar2 punya. Jadi cara yang mudah adalah saya simpan semua driver dan solfware yang diperlukan (untuk recovery) dalam Windows yang lama. Lepas tu saya install Windows yang baru dalam partition yang sama. Dua Windows dalam partition yang sama failnya kita boleh kongsi. Bila dah siap install Windows yang baru, saya setup balik Windows tersebut dengan menggunakan fail2 yang sedia ada dalam hard disk. Dah siap semua saya buat Dua Boot Windows tadi jadikan satu. Kesannya Windows yang baru ni lebih laju sebab masih baru. Fail2 lain yang kita tidak perlukan bolehlah dibuang cara manual. Hati2 jangan tersalah delete pulak.

Baiklah jangan pening kepala, sebenarnya ada banyak cara lain lagi. Tapi yang hendak saya bincangkan hari ini sebenarnya adalah cara buang dua boot Windows.

Bercakap balik tentang cara nak buang dua boot Windows ni, dah banyak laman web saya cari tapi yang paling mudah anda boleh gunakan panduan dilaman web yang ini, http://www.thpc.info/dual/removedualboot.html

Baca dan ikut arahan yang diberi, semoga dapat membantu.

Khamis, 14 Januari 2010

Tukar Background Windows 7 Starter


Sekarang ni dah bulan Januari, tentu ramai yang dapat bonus dan beli notebook atau netbook baru. Anda akan dapati banyak model yang offer Windows 7 Starter. Yang jadi masalah Windows 7 Starter ni tidak beri kemudahan untuk tukar desktop background dan desktop slideshow.

Walau bagaimanapun kepada anda yang masih ingin menukar desktop background, anda boleh cuba program ini.

Harap dapat membantu, selamat mencuba.


Jumaat, 1 Januari 2010

Tentukan Masa Standard Malaysia

Sempena 01/01/2010 ni dah sepatutnya kita periksa balik masa kita, lambat ke? cepat ke?. Anda boleh lakukan di laman web ini. Laman web ini menunjukkan masa piawai Malaysia dengan ketepatan 0.1s. Ianya adalah di bawah selenggaraan National Metrology Laboratory.



Kalau kat komputer tu (Win XP), kat bahagian bawah sekali bucu sebelah kanan ada nampak jam. Bandingkan jam piawai dengan jam komputer anda. Kalau tak tepat dan nak betulkan, halakan anak panah tetikus pada jam tu dan double klik tetikus sebelah kiri. Akan keluar skrin seperti dibawah.



Klik tombol Time Zone, pastikan (GMT +08:00) Kuala Lumpur, Singapore. Lepas tu baru pergi kat Date & Time dan betulkan masa mengikut Standard Malaysia.

Sekian.

Rabu, 30 Disember 2009

Bagaimana Membuang Logo XP Semasa Boot

Anda boleh membuang skrin Boot Logo XP komputer anda, dimana ia akan sedikit sebanyak mempercepatkan keseluruhan proses booting komputer anda. Tetapi harus di ingat dengan membuang skrin Boot Logo XP ini secara tak langsung akan menyebabkan anda tidak lagi dapat melihat message semasa boot yang mungkin timbul seperti (chkdsk, convert, dll ... ), sekiranya sistem komputer anda berjalan tanpa sebarang masalah anda tidak perlu bimbang.

Caranya begini;

1.    Start -> Run -> Edit boot.ini
2.    Tambahkan "/noguiboot" selepas "/fastdetect" dan save.

Atau

1.    Start -> Run -> msconfig
2.    Klik boot.ini
3.    Tambahkan "/noguiboot" selepas "/fastdetect" dan save.

Apabila anda restart semula skrin Boot Logo Xp akan hilang. Gunakan kaedah yang sama untuk mengembalikan komputer anda kepada asal.


Selamat mencuba.

Ahad, 15 November 2009

Masalah Komputer Lembap

Biasalah tu, kalau komputer anda lembap. Ini bermakna anda memang aktif menggunakan komputer anda. Kalau tidak rasanya masalah ni tak timbul. Kalau anda selalu gunakan internet dan melawat banyak laman web memang komputer anda akan lembap.

Komputer perlukan maintenance. Biasalah kereta pun kena tukar filter dengan minyak hitam, komputerpun kita kena buang benda yang tak berfaedah kat dalam tu.

Kat sini saya cadangkan anda menggunakan RegistryCleaner, tapi yang ini lama punya. Tapi hasilnya OK, baik punya. Kalau tak percaya sila cuba.

Caranya macam ni;
1. Download fail RegistryCleaner.
2. Gunakan 7zip untuk bukak fail tu.
3. Tak perlu install, sebab yang ini perisian portable.
4. Klik je fail tu.
5. Akan keluar perisian macam kat gambar dibawah.
















6. Klik Scan & Clean.
7. Kemudian "Klik Check for problems".
8. Tunggu sebentar perisian akan periksa problem kat komputer anda.
9. Bila dah siap klik "Fix selected problems".
10. Tunggu sekejap dan selesai.

Cuba anda rasakan sekarang bagaimana, OK kan.
Selamat mencuba.

Rabu, 4 November 2009

Cepat Loading Windows

Ini pula untuk komputer yang lembap, cuba setting ini.

1.    klik start
2.    klik run
3.    taipkan regedit
4.    klik ok
5.    masuk ke cabang HKEY_CURRENT_USER > Control Panel > Desktop
6.    klik MenuShowDelay di sebelah kanan
7.    ganti value datanya kepada 0
8.    klik ok

Selamat mencuba...

Selasa, 3 November 2009

Menamatkan Program Dengan Cepat

Anda mungkin selalu merasakan, lambatnya nak tutup program ni. Jadi kalau nak cepat boleh cuba cara ini.
  • mula-mula klik start
  • kemudian klik run
  • taipkan regedit
  • klik ok
  • pilih HKEY_CURRENT_USER > Control Panel > Desktop
  • klik AutoEndTasks di sebelah kanan
  • ubah nilai value datanya kepada 1
  • klik ok
  • lakukan hal yang sama pada HKEY_USERS > DEFAULT > Control Panel > Desktop
  • klik AutoEndTasks di sebelah kanan
  • ubah nilai value datanya kepada 1
  • klik ok

Selamat mencuba...

Selasa, 27 Oktober 2009

TIPS DAN TRICK WINDOW

(1) Untuk cepatkan proses shutdown, disablekan sound scheme shutdown.
Klik Start-->control panel-->sound-->speech audio&device-->change The Sound Scheme, cari "Exit Window" gantikan sound "xp shutdown sound" kepada "none", apply dan ok.

(2) Mematikan amaran error reporting.
bila keluar mesej "This Program Not Responding" kita kena pilih 'End Now' atau 'cancel', bila kita 'end now' je, akan keluar error report,lepas tu dia suruh contact microsoft dan suruh 'send' atau 'not send', benda ini membazir masa sekiranya kita tidak mahu report, kita disablekan dia dengan cara:
Klik kanan icon my computer -> properties -> tab advance -> klik error reporting button -> disable.

(3) Meningkatkan perfomance window XP i.
Cari folder 'Prefetch' di dalam folder system window (drive C), buang file dalam tu, jangan buang folder. klik My Computer -> Drive C -> folder windows -> folder perfecth -> delete all files.

(4) Meningkatkan perfomance window XP ii.
Teknik Tweak. right click my computer -> properties -> advanced -> perfomance setting -> visual effect ->
custom. disablekan :
Fade or slide menus into view
Fade or slide ToolTips into view
Fade out menu items after clicking
Show Shadows under menus
Slide open combo boxes
Slide taskbar buttons
Use a background image for each folder type
Use common tasks in folders (tidak digalakkan bagi kerja filing/foldering)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Masa Itu Emas

Langgan artikel Via Email

Kirim update terbaru dari
Blog Ajak terus ke Email anda!

Delivered by FeedBurner