Anda boleh membuang skrin Boot Logo XP komputer anda, dimana ia akan sedikit sebanyak mempercepatkan keseluruhan proses booting komputer anda. Tetapi harus di ingat dengan membuang skrin Boot Logo XP ini secara tak langsung akan menyebabkan anda tidak lagi dapat melihat message semasa boot yang mungkin timbul seperti (chkdsk, convert, dll ... ), sekiranya sistem komputer anda berjalan tanpa sebarang masalah anda tidak perlu bimbang.
1. Start -> Run -> Edit boot.ini
2. Tambahkan "/noguiboot" selepas "/fastdetect" dan save.
Atau
1. Start -> Run -> msconfig
2. Klik boot.ini
3. Tambahkan "/noguiboot" selepas "/fastdetect" dan save.
Apabila anda restart semula skrin Boot Logo Xp akan hilang. Gunakan kaedah yang sama untuk mengembalikan komputer anda kepada asal.
Selamat mencuba.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan