Teman Blogger

Memaparkan catatan dengan label Pengurusan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pengurusan. Papar semua catatan

Khamis, 17 Mei 2012

The One Minutes Manager

Tiap-tiap hari kita memang tidak boleh lari daripada aktiviti mengurus, tak kiralah samada kita ni pengurus atau tidak. Supervisorpun mengurus juga, Cikgupun mengurus juga, Ibubapapun mengurus juga dan bla.. bla... bla... Nak dijadikan cerita selagi kita hidup ni kita tidak boleh lari daripada mengurus.

The One Minute Manager ni memang bagus dan saya amat tertarik dengan teknik ni. Saya akui sebahagian daripada konsep pengurusan yang saya bawa ada berhubung kait dengan teknik ini.

Oleh itu saya amat menggalakkan anda untuk membaca buku ni.
Ianya boleh di muat turun kat sini.

Semoga membantu.

Ahad, 20 November 2011

Apa Itu Skills Matrix

Mungkin  ada di antara anda di luar sana yang ingin tahu tentang skills matrix. Saya ada terjumpa contoh yang agak baik yang boleh anda jadikan panduan untuk membuat skills matrix untuk perkerja anda nanti.

Isnin, 7 Disember 2009

TIPS UNTUK MENJADI SEORANG PEMIMPIN EFEKTIF

Set Harapan Realistik
Sukses nyata dapat menginspirasi penyertaan kumpulan dan menarik ahli baru.

Membagi dan mendelegasikan pekerjaan
Menentukan tugas apa yang harus dicapai, dan kemudian bahagikan kerja di antara ahli kumpulan. Hubungi ahli untuk memberikan dorongan dan menyemak kejayaan mereka.

Galakkan kritik
Menerima kritikan memang susah. Ahli kumpulan harus merasa selesa dalam kumpulan untuk tidak bersetuju dengan ahli yang lain. Tidak seorang pun harus meninggalkan mesyuarat dengan berasa seolah-olah dia telah diserang.

Dorong Orang Lain untuk Lead
Setiap ahli sebuah kumpulan daripada organisasi yang sama harus bertanggungjawab untuk pembangunan pemimpin kumpulan lain.

Isnin, 2 November 2009

FAEDAH LELAP SEKETIKA KEPADA PEKERJA

Untuk renungan bersama........... faedah lelap seketika kepada pekerja ( maybe ni mampu
naikkan productivity kite kot...)

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Banyak organisasi di Barat yang menggalakkan para pekerja untuk mengamalkan tidur sebentar di waktu siang.

SESETENGAH daripada kita menganggap bahawa lelap atau tidur sebentar pada waktu siang adalah sifat orang yang malas. Tidak kurang juga yang berandaian bahawa rutin tidur sebegini mengganggu kesihatan.Namun tidak ramai yang mengetahui bahawa tidur sebentar pada waktu siang merupakan suatu amalan harian yang telah dipraktikkan oleh masyarakat di negara-negara Barat mahupun umat Islam sejak dahulu.Ia dianggap sebagai praktis berkesan untuk menyegarkan semula badan dan minda yang juga dipanggil sebagai power nap.

Menyedari pentingnya isu itu telah menyebabkan kerajaan Amerika Syarikat beberapa tahun lalu membangunkankan National Sleep Disorder Association sebagai agensi khas untuk mengkaji dan mempromosikan akan kesan positif tidur di waktu siang kepada semua pihak terutama para pekerja. Sebagai golongan pekerja dalam pelbagai sektor, perkara ini perlu diambil perhatian walaupun budaya tidur sekejap di waktu siang ini belum begitu popular di negara kita.

Sabtu, 12 September 2009

Top 10 Ways to Be Happy at Work


By Susan M. Heathfield, About.com

See More About:

Working at Google sounds very cool. I'd be the first to tout Google as a motivating employer: free food, engineers who are enabled to spend 20 percent of their time on their own projects, and a work environment that fosters play and creative thinking. At Google, Genentech and other Fortune magazine top 100 companies, employers provide the best workplaces.
At the same time, perks that enable employees to spend all of their time at work exploit people and destroy work - life balance. So, even the best employer may not be best for everyone. These are the factors that will help you find happiness at work. 

1. Choose to Be Happy at Work

Happiness is largely a choice. I can hear many of you arguing with me, but it's true. You can choose to be happy at work. Sound simple? Yes. But, simplicity is often profoundly difficult to put into action. I wish all of you had the best employer in the world, but, face it, you may not. So, think positively about your work. Dwell on the aspects of your work you like. Avoid negative people and gossip. Find coworkers you like and enjoy and spend your time with them. Your choices at work largely define your experience. You can choose to be happy at work.





Rabu, 15 Julai 2009

Panduan untuk membuat Housekeeping di Kilang

Teringat tadi ada meeting Keselamatan dan Kesihatan Pekerja, ada kawan bagi ‘Safety Talk’ tentang PANDUAN UNTUK MEMBUAT HOUSEKEEPING DI KILANG. Saya sertakan dibawah untuk panduan bersama.

APA DIA HOUSEKEEPING?
Housekeeping adalah aktiviti untuk menyimpan perkakas, peralatan, PPE dan komponen dengan teratur untuk keselamatan dan persekitaran kerja yang selesa.

KENAPA PERLU HOUSEKEEPING?

  • Untuk mengelakkan kemalangan dan kecelakaan.
  • Untuk mengelakkan tumpahan bahan kimia.
  • Untuk mengurangkan masa mencari alatan dan perkakas.
  • Untuk mengurangkan masa penyimpanan.
  • Untuk mengurangkan inventori.
  • Untuk menambah jangkahayat alatan dan perkakas.

SIAPA PATUT BUAT HOUSEKEEPING?
Sesiapa sahaja dalam organisasi terlibat dalam melaksanakan Housekeeping.

DIMANA PERLU HOUSEKEEPING?
Semua kawasan termasuk pejabat, lantai pengeluaran, stor dan lain-lain.

BAGAIMANA MENGEKALKAN HOUSEKEEPING YANG BAIK?

  • Kenalpasti aktiviti (bersihkan, kemaskan, asingkan, labelkan dan simpan).
  • Buatkan jadual Housekeeping.
  • Lantik seorang ketua dan buat jadual bertugas.
  • Segera melaporkan sekiranya terdapat potensi kecelakaan kepada pihak berwajib.
  • Hantar cadangan pembaikan berkaitan 5S dan keselamatan.

BILA PATUT BUAT HOUSEKEEPING?

  1. Aktiviti Harian
    Bersihkan lantai, mesin dan pastikan kawasan kerja bebas daripada minyak dan kotoran.
    Pastikan kawasan laluan bebas daripada sebarang
    halangan.
  2. Aktiviti Mingguan
    Alihkan atau buang barang atau alatan yang tidak diperlukan.
    Periksa keadaan alatan dan perkakas.
  3. Aktiviti Bulanan
    Lakukan pemeriksaan 5S.
    Susun semula dan kemaskan kabel yang longgar.
    Gantikan label yang kotor dan koyak.
    Gantikan peralatan atau barangan yang kurang.

Selasa, 14 Julai 2009

S.M.A.R.T GOALS

Hari ni nak cerita sikit tentang SMART GOALS. Apa benda ni? Dah biasa dengar cuma terlupa je. Ok mari kita renungkan kembali bersama-sama.

Specific
Measurable
Attainable
Realistic
Timely

Specific – Tepat dan khusus lagi jelas, lebih kurang macam tulah.
Setiap Goals atau matlamat yang ingin dicapai mempunyai peluang yang cerah untuk dicapai sekiranya ia dinyatakan dengan tepat dan jelas.
Untuk mendapatkan GOALS yang jelas anda perlu menjawap enam soalan “W”:

*WHO : Siapakah yang terlibat?
*WHAT : Apa yang ingat saya capai?
*WHERE : Dimanakah kawasan yang terlibat?
*WHEN : Berapakah jangkamasa yang diperlukan?
*WHICH : Kenalpasti keperluan dan halangan/cabaran.
*WHY : Sebab/Alasan yang jelas atau faedah sekiranya matlamat dicapai.

Contoh : Matlamat yang kurang jelas ialah, “Ingin membeli kereta baru”. Tetapi matlamat yang jelas adalah, “Ingin membeli sebuah kereta Toyota Wish pada bulan Januari 2011”.

Measurable – Bentuk kriteria-kriteria yang jelas bagi mengukur perjalanan setiap Goals yang ingin dicapai. Apabila kita sentiasa mengukur perjalanan setiap Goals kita, kita akan sentiasa berada pada landasan yang betul dan akan mencapai Goals kita dalam jangkawaktu yang telah dirancangkan.

Untuk menentukan samada Goals kita adalah Measurable, tanya soalan seperti… Berapa banyak? Bagaimana saya tau bila ia akan dicapai?

Attainable – Apabila anda mengenal pasti Goals yang sangat penting bagi anda, anda akan memikirkan cara bagaimana untuk mencapainya. Anda akan membentuk sikap, kemampuan, kemahiran dan keuwangan yang cukup untuk mencapainya. Anda mula melihat semula peluang-peluang yang ada untuk membawa anda lebih dekat dengan Goals yang ingin dicapai.

Anda boleh mencapai kebanyakan Goal yang telah anda rancangkan apabila anda mengatur langkah dengan bijak dan membentuk jangkawaktu bersesuaian bagi melaksanakan perancangan tersebut. Goal/matlamat yang dilihat terlalu jauh dan diluar jangkawan akhirnya menjadi dekat dan boleh dicapai, bukan sebab Goal anda mengecil tetapi sebab anda telah membangun dan berkembang untuk mencapainya. Apabila anda menyenaraikan Goal anda, ia akan membina imej diri anda. Anda akan melihat diri anda bernilai seperti Goal anda dan membentuk sifat serta personaliti yang membolehkan anda mencapai Goal tersebut.

Realistic – Mestilah realistik, Goal hendaklah mempunyai objektif yang anda inginkan dan boleh dicapai. Anda boleh mempunyai Goal yang sukar dan realistik. Cuma anda yang boleh menentukan berapa tahap kesukaran setiap Goal anda. Tetapi pastikan setiap Goal menunjukkan prestasi pencapaian yang baik. Goal yang sukar biasanya lebih mudah dicapai berbandingkan dengan Goal yang mudah kerana Goal yang mudah memberi motivasi yang rendah.

Goal anda mungkin realistik jika anda benar-benar percaya ianya boleh dicapai. Cara lain untuk menentukan samada Goal anda realistik adalah jika anda telah berjaya mencapai apa saja Goal yang hampir sama sebelum ini atau tanya pada diri anda sendiri apakah keadaan yang perlu untuk anda capai Goal anda itu.

Timely – Goal perlu dibatasi oleh waktu. Tanpa ada waktu bila ia perlu disiapkan akan menjadikan Goal suatu angan-angan atau mimpi. Tidak wujud rasa perlu disiapkan dalam waktu yang segera dan ianya tidak mungkin dicapai. Sekiranya anda ingin membeli kereta baru tetapi tidak dinyatakan bila, ia tidak mungkin berjaya. Tetapi jika diberikan tempoh masa seperti “Januari 2011”, maka anda telah memasang minda separuh sedar anda untuk mula bekerja bagi mencapai Goal anda itu.

T boleh juga mewakili Tangible – Goal adalah suatu yang nyata apabila anda boleh merasai satu daripada sifat berikut iaitu rasa, sentuh, bau, lihat dan dengar. Maka anda mempunyai peluang yang baik untuk menjadikannya tepat, boleh dikira dan seterusnya boleh dicapai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Masa Itu Emas

Langgan artikel Via Email

Kirim update terbaru dari
Blog Ajak terus ke Email anda!

Delivered by FeedBurner