Teman Blogger

Memaparkan catatan dengan label Nota Komputer. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nota Komputer. Papar semua catatan

Khamis, 2 Januari 2014

Mari Mengenali Storan USB Tiruan

Selamat menyambut tahun baru 2014 semua. Semoga anda akan lebih berjaya lagi tahun ini. Just nak share posting ni yang saya terima daripada email warga_kilang. Kredit untuk penulis.

Pada minggu lepas, saya sempat singgah ke Jalan Pasar yang terletak di Pudu, Kuala Lumpur ketika selepas solat Jumaat. Bagi yang tidak mengenali lokasi ini, Jalan Pasar cukup sinonim bagi warga Kuala Lumpur sebagai ‘syurga’ untuk barangan elektronik. Boleh dikatakan hampir jumlah besar kedai yang berada di sini kesemuanya menjual peralatan elektronik. Kebiasaannya, saya akan ke sini untuk mencari peralatan audio visual.

Selain daripada menjual peralatan elektronik, Jalan Pasar juga turut sinonim dengan jualan barangan kering yang dijual di kaki lima kedai lokasi ini. Ada yang menjual beg, pakaian, ubat-ubatan, dan pelbagai barangan menarik yang untuk dilihat. Cuma pada kali ini, saya tertarik dengan jualan aksesori telefon yang menjual storan USB yang kita sedia kenali sebagai ‘pendrive’ dijual dengan harga yang sangat murah. Ekspresi pertama saya sudah tentu ini pendrive tiruan. Tidak mungkin pendrive 128GB boleh didapati dengan harga RM9!

Sabtu, 29 Disember 2012

CARA UNTUK BUAT OUTLINE PADA GAMBAR DALAM BULATAN

Sebenarnya tutorial ini telah diminta oleh Cik Dian, katanya dia nak buat gambar dengan border macam yang terdapat dalam surat khabar berita harian. Baiklah caranya begini, saya akan menggunakan perisian Paint.NET dan anda boleh muat turunnya kat sini.

Isnin, 10 Disember 2012

Cara untuk merge fail pdf


Katakan kita ada beberapa fail pdf dan kita nak jadikan ia satu fail sahaja. Kita boleh lakukannya secara online dengan mudah, percuma lagi tu.

Anda boleh lawat laman web ini.

  1. Anda hanya perlu browse untuk upload fail anda. 
  2. Setelah itu susun semula mengikut kedudukan yang anda mahu.
  3. Akhir sekali klik "MERGE PDF".
  4. Klik download untuk muat turun fail tadi ke komputer anda.

Selain daripada link yang saya bagi kat atas, sebenarnya ada banyak lagi laman web lain yang berkaitan. Anda hanya perlu google di internet dengan kata kunci "MERGE FILE".

Kalau anda ada software "Adobe Acrobat Standard atau Professional" anda boleh rujuk laman ini untuk panduan. (Software ni tak sama dengan "Adobe Acrobat Reader" yang mana boleh baca dan view fail pdf).

Semoga membantu.

Rabu, 14 Mac 2012

Nota Kuliah Microsoft Word

Kepada anda yang baru mula menggunakan Microsoft Word. Anda boleh dapatkan nota kuliah berbahasa melayu yang saya cukup baik untuk panduan anda disini.

Semoga membantu.

Isnin, 5 Disember 2011

Skrin Komputer Terbalik

Pagi2 lagi ada sorang kawan datang, mintak tolong sikit skrin komputer aku terbalik. La.., ganas beno cam mana boleh jadi gitu? Tak pe lah ini mungkin kes salah tekan ni.

Anda boleh betulkan dengan cara begini;
  • Halakan mouse anda kat skrin Desktop
  • Klik kanan
  • Pilih Graphics Properties
  • Kemudian klik pada Display Settings
  • Perhatikan perkataan Rotation pada sebelah kanan menu
  • Buang tanda tick pada Enable Rotation
  • Akhir sekali klik Apply
Komputer anda akan kembali kepada normal.
Tapi ini untuk Windows Xp, kalau Windows 7 belum cuba lagi.
Kalau anda tahu bolehlah comment kat blog saya ni.

Isnin, 20 Jun 2011

Problem Bila Nak Uninstall Fail

Baru-baru ni saya menghadapi masalah apabila nak uninstall fail. Bila klik startprograms > contoh_program > uninstall akan keluar comment macam yang kat atas tu. Pastu cuba pulak uninstall daripada control panel > Add/Remove Programs, sama juga yang kat atas tu juga yang keluar.

Ahad, 20 Februari 2011

Broadband Putus-Putus

Tension sebab line broadband anda asyik putus2 je. Tak kisahlah anda pakai line apa pun, maxis ke, celcom ke, digi ke. Maklumlah pengguna internet kat Malaysia ni dah bertambah (satu perkembangan yang baik). Naik sesak line internet dibuatnya.

Tapi tak pa. Anda boleh cuba cari ni.
  1. Mula2 connect internet macam biasa.
  2. Lepas tu masuk browser anda contoh: http://www.google.com/ atau http://www.yahoo.com/ dan lain2.
  3. Bila dah masuk, connection ada.
  4. Klik Start --> All Programs --> Accessories --> Run (Windows7).
  5. Kemudian taipkan ping www.google.com -t-|-1 (Palang tegak tu keynya kat atas kunci enter, jangan lupa tekan shift).

Selasa, 26 Oktober 2010

Cara Print Multiple Pages Di Word

Ini kes nak jimat inklah ni. Tapi memang betulpun, kadang2tu print besar2pun bukannya nak baca sangat, baik jadikan dua tiga muka tu dalam satu kertas. Mungkin ramai yang terlepas pandang tentang ni. Sebenarnya dalam Word pun  ada options untuk cetak multiple pages ni. Jadi tak perlulah kita ubah saiz font tu sampai kecil atau convert dokumen kita tu ke Pdf.

Pada Fail pilih options dan anda akan dibawa pada menu print. Kalau guna Word 2007, klik pada butang Office dan pilih print. Anda akan dapat lihat menu Print seperti dibawah.
Tukarkan saja kepada bilangan pages yang kita nak.

Itu saja, semoga dapat membantu.

Selasa, 20 Julai 2010

Naik taraf Servis Pek Windows Anda

Microsoft mengingatkan pengguna Windows bahawa sokongan untuk beberapa versi lama komputer peribadi dan system operasi pelayarnya (OS) akan berakhir pada separuh pertama tahun ini.
  1. Windows Vista RTM - berakhir pada 13 April 2010
  2. Windows XP SP2 - berakhir pada 13 Julai 2010
  3. Windows 2000 profesional - pada 13 Julai 2010
Dengan versi tanpa sokongan pelanggan masih boleh menggunakan salinan OS itu. Bagaimanapun, ia tidak lagi akan menerima kemas kini perisian daripada Windows Update. Ini termasuk kemas kini keselamatan yang dapat membantu melindungi komputer daripada virus berbahaya, spyware dan perisian mencurigakan lain yang boleh mencuri maklumat peribadi pengguna.

Isnin, 29 Mac 2010

Apa itu IPTV?

Selepas kehadiran HDTV, kini tibalah masa untuk IPTV yang lebih berkuasa. Internet Protocol Televisyen atau singkatannya IPTV lebih interektif kini membawa cabaran baru dalam perusahaan membuat televisyen. IPTV adalah sebuah sistem yang mampu menerima dan menampilkan video streaming dalam satu pakej Internet Protocol. Jika anda pernah menonton klip video di komputer, anda telah menggunakan sistem IPTV ini secara tidak langsung. Apabila orang ramai berbincang tentang IPTV, mereka bercakap tentang menonton saluran-saluran tradisional di televisyen, di mana dapat memberikan kehalusan, kualiti resolusi serta imej yang jelas dan ini telah membawa kepada Syarikat Telcos yang lebih dulu melabur dalam pasaran ini dan merealisasikan impian mereka.
 
Televisyen melalui Protokol Internet (IPTV) merupakan teknologi yang mana televisyen atau signal video disalurkan kepada pelanggan menggunakan sambungan jalur lebar melalui Protokol Internet.  Pengguna hanya boleh mendapatkan perkhidmatan ini dengan melanggan perkhidmatan jalur lebar dengan syarikat telekomunikasi. 

IPTV bukannya satu protokol tetapi penggunaannya dijangka meningkat dalam sama satu atau dua tahun ini disebabkan peningkatan langganan jalur lebar. IPTV menyokong penyiaran siaran langsung atau `live TV' dan juga video yang disimpan (Video mengikut Permintaan - VoD).  Pelanggan perlu mempunyai komputer peribadi atau televisyen yang disambungkan melalui kotak set-top yang disambungkan ke rangkaian jalur lebar. Protokol utama yang digunakan untuk IPTV ialah IGMP version 2 untuk penukaran saluran bagi siaran
langsung TV dan RTSP untuk perkhidmatan VoD. Format pemampatan video yang digunakan untuk IPTV ialah MPEG-2, MPEG-4, H.264, WMV (Windows Media Video 9 dan VC1) serta Ogg Theora. 

Kelebihan IPTV ialah pengguna boleh menikmati siaran televisyen dan melayari Internet serta mengawal siaran seperti `menghenti sekejap, memain semula atau mempercepatkan' siaran. Ia seperti memiliki pemain VCD/DVD sendiri. Terdapat juga usaha untuk membolehkan siaran televisyen atau video yang dilanggan dirakamkan kepada cakera keras.

Isnin, 22 Mac 2010

Apa itu POP?

Bagi kebanyakkan pengguna komputer memang telah terbiasa dengan istilah POP. Namun kepada yang baru anda mungkin ingin tahu apa itu. Di bawah terdapat catatan ringkas tentang POP.
 
POP atau Post Office Protocol, sesuai dengan namanya adalah protokol yang digunakan untuk mengendalikan mail. POP yang sekarang lebih umum dikenal dengan POP3 (POP - Version 3), digunakan untuk membolehkan client untuk mencapai mail yang masih ada di POP3 server. POP3 menawarkan pada user untuk meninggalkan mail-nya di POP3 server, dan mengambil mail tersebut dari sebarang system jika diperlukan. Untuk mengambil mail dengan menggunakan POP3 dari suatu client, banyak pilihan yang dapat digunakan seperti Sun Microsystem Inc.'s Mailtool, QualComm Inc.'s Eudora, Netscape Comm. Corp.'s Netscape Mail dan Microsoft Corp.'s Outlook Express dan Microsoft Outlook.

POP3 tidak bermaksudkan menyediakan operasi manipulasi mail yang ada di server secara luas. Pada POP3, mail diambil dari server dan kemudian dihapus (boleh juga jika tidak dihapuskan). Segala maklumat tentang protokol POP3 ini dibincangkan dalam RFC (Request For Comment) 1725. Protokol yang lebih tinggi dan lebih kompleks, yaitu IMAP4, ada dibahas dalam RFC 1730. Anda boleh google saja di internet.


Isnin, 22 Februari 2010

Kombinasi Warna Menarik

Boringkan kadang-kadang kombinasi warna yang kita gunakan tak cantik. Sebenarnya ada banyak web yang anda boleh jadikan rujukan untuk mendapatkan kombinasi warna yang menarik antaranya adalah,

http://www.colorschemer.com/schemes/
http://www.colorschemer.com/online.html
http://www.colorcombos.com/
http://www.gpeters.com/color/color-schemes.php

dan banyak lagi. Silalah google kat internet.

Saya percaya ianya akan membantu anda dalam mendapatkan kombinasi warna yang menarik.

Rabu, 10 Februari 2010

Menukar Palette Warna Di Excel

Anda bosan dengan kombinasi warna-warna yang terdapat pada perisian Excel anda. Apa lagi tukarlah. Bukan apa, bila kita buat banyak graf untuk presentasi, warna sama je boring juga nanti orang tengok. Baik kita buat sedikit kelainan.

Caranya macam ni;
  • Mula-mula masuk perisian Microsoft Excel.
  • Klik Tools --> Options.
  • Pilih tab Color (akan keluar menu seperti kat bawah).














  • Klik Modify... (akan keluar menu seperti kat bawah).


















  • Perhatikan bahagian bucu bawah sebelah kanan (dalam bulatan merah), perkataan New dan Current.
  • Klik sebarang warna, anda akan dapat melihat perbezaannya.
  • Klik OK.
  • Pilih kotak warna yang lain dan klik modify... (lakukan langkah yang sama sehingga anda berpuas hati dengan kombinasi warna pilihan anda).
Perhatian:
Perubahan yang dilakukan hanya berkesan dalam fail yang sama sahaja. Jika buka fail baru skim warna yang asal akan kembali.

Sekian, semoga dapat membantu.

Sabtu, 6 Februari 2010

Tutorial Komputer Percuma


Kepada anda yang mencari tutorial Komputer percuma dalam bentuk fail PDF anda bolehlah lawat laman ini.

Berbagai tutorial ada dekat laman web ini.
Antaranya:

ADOBE TUTORIALS
AUTODESK TUTORIALS
MICROSOFT TUTORIALS
COREL TUTORIALS
SONY TUTORIALS
SOFTWARE OPEN SOURCE TUTORIALS
SEVERAL TUTORIALS


... dan macam-macam lagi anda boleh muat turun secara percuma.

Semoga dapat membantu.

Selasa, 12 Januari 2010

Perbezaan Netbooks dan Notebooks


Komputer Notebook lebih ringan daripada laptops. Saiz skrin antara 12 ke 17 in. Berat antara 2.3 ke 2.7kg. Secara umum menggunakan kuasa dan ciri prosesor yang sama seperti sebuah laptop yang besar. Juga mempunyai banyak ciri seperti a WiFi card, a Bluetooth antenna, a dual-core processor, 1 gigabyte (GB) of RAM and a 64-GB hard disk. Juga mempunyai DVD drive dan kamera web terintegrasi.

Komputer Netbook adalah pendatang baru di pasar komputer. Definisi umum untuk sebuah komputer netbook adalah ianya lebih kecil, lebih kuat dan lebih murah berbanding komputer notebook.

Ketika pertama kali Netbook mula mendapat perhatian di awal 2008, netbook tampaknya bertentangan dengan falsafah popular di pasar komputer. Selama bertahun-tahun, strategi pengguna komputer adalah bagi mendapatkan komputer yang kuat dan pantas dengan harga berpatutan. Tapi pengguna mula faham bahawa mereka tidak memerlukan sebuah komputer yang canggih untuk kebanyakan tugas yang mereka lakukan. Dan apabila Web memainkan peranan yang lebih besar di bidang komputer, keperluan pemprosesan untuk komputer pengguna menjadi kurang. Netbooks secara umum mempunyai skrin lebih kecil daripada 12in dan berat antara 0.5 hingga 0.9kg. Notebook, atau laptop, adalah komputer bimbit yang biasanya mempunyai:
  • Saiz skrin: 12 Inch ke atas
  • Processor: Intel Pentium Dual-Core, Core 2 Duo atau AMD Turion X2
  • Graphics: Integrated atau Governments Graphic Card, dari Intel GMA X3100 ke AMD Mobility HD 3870X2
  • Weight: 1.9kg dan ke atas

Ahad, 15 November 2009

BAGAIMANA MEMBUAT FAIL ZIP

Untuk membuat fail zip anda boleh gunakan berbagai perisian yang terdapat dipasaran atau internet. Antaranya ialah Winzip dan 7zip. Tapi hari ini saya akan membincangkan bagaimana membuat fail zip dengan menggunakan perisian 7zip yang merupakan perisian sumber terbuka iaitu percuma yang anda boleh dapati disini.

Apa yang anda harus lakukan adalah;
1. Dapat fail yang ingin anda jadikan fail zip.
2. Arahkan anak panah tetikus anda pada fail tersebut.
3. Klik butang tetikus sebelah kanan.
4. Pilih arahan Add to "nama fail anda".
5. Selesai. Anda dapat perhatikan fail zip seperti yang anda kehendaki di sebelah bawah.























Rujuk gambar di atas sebagai panduan. 7zip bukan sahaja boleh membuat fail zip malah ia juga boleh membuka fail zip. Caranya mudah, lakukan langkah yang sama tetapi kali ini pilih arahan "Open archive". Selain daripada itu ada beberapa pilihan arahan yang lain yang boleh anda gunakan. Jangan malu jangan segan klik saja, kalau tidak suka dengan hasilnya delete saja. Tak meletup komputer tu.

Sekian saja, selamat mencuba.



Ahad, 8 November 2009

BANTUAN UNTUK BELAJAR KOMPUTER

Sememangnya diakui bahawa terdapat kekurangan dari segi bantuan, tutorial atau nota komputer dalam bahasa Malaysia jika dibandingkan dengan bahasa Inggeris. Tetapi jangan cepat putus asa, selain daripada Malaysia, Indonesia juga menggunakan bahasa Indonesia yang mirip bahasa kita dan boleh difahami.

Terus terang saya katakan kebanyakan bahan rujukan komputer yang saya belajar kebanyakannya dalam bahasa Indonesia. Penduduk Indonesia ramai dan sudah tentunya ada ramai yang sudi berkongsi ilmu mereka didunia maya ini. Di Malaysia ni bukannya tak ada, tapi kena rajin cari dengan  google. Setakat ini ada juga yang saya jumpa dan InsyaAllah nanti kalau ada masa saya akan kenalkan kepada anda.

Hari ini saya ingin memperkenalkan dua link penting untuk pedoman anda.

     Ini adalah sebuah web Malaysia, tempat dimana kita boleh dapatkan rujukan dan panduan. Terdapat forum disini, sekiranya ada sebarang pertanyaan anda bolehlah ajukan disini. InsyAllah akan ada pakar2 IT yang sudi untuk membantu anda. Kalau tak ada juga, anda bolehlah ajukan soalan itu kepada saya, akan saya ajukan soalan itu di web2 yang lain. 

     Ini pula adalah salah sebuah web komputer Indonesia. Disini anda boleh dapati bermacam-macam tutorial, note dan artikel untuk panduan anda. Kebanyakan note ini ditulis oleh pelajar2 Universiti yang dibuat dalam format PDF dan disimpan di web ini untuk rujukan kita semua. Daripada asas komputer, programming, OSS, sampailah kepada hacking. Setakat ini, web ini tidak pernah mengecewakan saya.

Baiklah setakat ini sahaja, berikan komen anda tentang tulisan saya jika ada.
Terima kasih.

Rabu, 12 Ogos 2009

Bit, Byte, Kilobyte, Megabyte dan Gigabyte

Apakah Bit dan Byte?

Kita biasa dengar istilah Bit dan Byte digunakan dalam teknologi komputer tetapi kurang faham dengan istilah tersebut. Sebagai contoh Bit dan Byte keduanya boleh mewakili alamat network atau nombor port. Bit adalah nombor ‘1’ atau ‘0’, yang mewakili satu unit maklumat digital.

Manakala Byte pula adalah gabungan Bit yang disusun. Biasanya lapan bit mewakili satu Byte. Sebagai contoh, nombor IP (Internet Protocol) dalam networking. Nombor IP mengandungi 32 bit atau 4 byte. Bit menukarkan alamat nombor network kedalam bentuk isyarat supaya ia boleh kongsi di dalam network. Byte pula membahagikan bit kepada kumpulan.

Nombor IP 192.168.0.1, sebagai contoh, adalah diwakili oleh nombor dibawah setelah ditukar kepada bit.

11000000 10101000 00000000 00000001

Bit dikumpulkan dalam bentuk kumpulan Byte adalah bertujuan untuk menambahkan kecekapan perkakasan komputer termasuk peralatan network, cakra keras dan memori komputer.

GIGABYTE (GB)

Kita selalu dengar tentang istilah gigabyte. Apa tu? Berapa banyak tu. Sememangnya dalam dunia IT ni kita tidak boleh lari daripada menggunakan istilah ini. Berapa besar saiz cakera keras (Hard disk) kita? 40GB, 80GB, 120GB dan sebagainya. Sebenarnya Gigabyte ini digunakan bagi menunjukkan saiz berapa besar sesuatu memori atau cakera keras komputer. Simbol GB digunakan sebagai singkatan kepada Gigabyte.

Dua jenis pengukuran yang berbeza harus dikenalpasti ketika menggunakan GB ini.
  1. International Standard (SI), bagi pengukuran biasa menggunakan titik perpuluhan (decimal) menyatakan 1 GB bersamaan dengan 1 000 000 000 Byte.
  2. Dalam komputer pula menggunakan binary menyatakan 1 GB bersamaan dengan 1 073 741 824 byte.


Oleh sebab itu jangan cepat keliru, dalam komputer ukuran saiz yang digunakan adalah seperti berikut:


1 kB (Kilobyte) = 1024 byte
1 MB (Megabyte) = 1024 X 1024 = 1 048 576 byte
1 GB (Gigabyte) = 1024 X 1024 X 1024 = 1 073 741 824 byte

Sabtu, 18 Julai 2009

Membaiki masalah komputer lambat

Komputer Anda Lambat?

Kenapa Ya?

Masalah komputer lambat ni memang biasa sekiranya komputer anda selalu digunakan untuk masuk internet atau anda selalu bertukar-tukar perisian.

Untuk pengetahuan anda setiap kali anda masuk ke internet akan terdapat perisian yang tidak diundang akan turut sama dibawa masuk ke komputer anda semada sengaja atau tidak sengaja. Begitu juga apabila anda selalu masukkan perisian baru akan ada daftar registry komputer anda yang akan terganggu dan seterusnya akan melambatkan komputer anda.

Macam mana nak buat?
Sebenarnya ada banyak perisian diluar sana yang anda boleh gunakan untuk membantu anda menyelesaikan masalah anda.

CCleaner



CCleaner adalah perisian freeware yang boleh membantu membersihkan komputer kita daripada file yang tidak berguna. Ia akan membolehkan komputer anda beroperasi dengan lebih cepat dan lancar. Ia juga akan membersihkan sebarang kesan aktiviti Internet anda. Sebagai tambahan ia akan membersihkan daftar registry computer anda supaya komputer anda boleh beroperasi dengan cepat dan pantas. Anda pasti akan berpuas hati dengan kesannya.


Anda boleh dapatkan CCleaner di http://www.ccleaner.com/


Selamat Mencuba.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Masa Itu Emas

Langgan artikel Via Email

Kirim update terbaru dari
Blog Ajak terus ke Email anda!

Delivered by FeedBurner