Teman Blogger

Memaparkan catatan dengan label Audio and Video Editing. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Audio and Video Editing. Papar semua catatan

Selasa, 8 November 2011

CARA BACA FAIL AMR

AMR adalah singkatan kepada Adaptive Multi-Rate (AMR) iaitu skim pemampatan data audio yang dioptimumkan untuk pengekodan pertuturan. Ianya telah diterima pakai sebagai codec ucapan standard oleh 3GPP pada bulan oktober 1998 dan kini digunakan secara meluas di GSM dan UMTS.  AMR adalah format audio yang meluas digunakan dalam peranti mudah alih dalam aplikasi pelbagai dari pemain/perakam audio biasa hingga ke jenis aplikasi VoIP.

Jumaat, 5 Februari 2010

Bagaimana Nak Sambung Video?

Bila dah potong bahagian video yang kita tak nak. Video2 ni akan jadi pendek. Jadi bagaimana nak sambung supaya jadi panjang?

Saya cadangkan anda gunakan Kate's Video Joiner. Kenapa? sebab dah banyak software saya dah cuba, yang paling senang, berkesan dan free, saya rasa yang ini. Tapi kalau rajin pergi kedai boleh beli yang lain2 RM5 je.

Caranya mudah saja, mula2 download dan install software ni kat komputer anda. Lepas tu jalankan program tersebut. Akan keluar skrin macam yang kat bawah.

  • Tekan butang Add, pilih fail  yang anda nak sambung. Boleh buat satu2 atau tekan Ctrl tu untuk pilih dua tiga fail sekali.
  • Bila dah nampak fail kat dalam kotak tu. Katakan ada empat fail, susun dulu ikut turutan. Tandakan fail tu dan tekan butang up atau down. Bukan apa nanti bila dah sambung cerita tu tak tersusun pulak.
  • Bila dah siap pilih output format AVI, MPEG, WMV dan lain2. Yang senang pilih MPEG je lah.
Dah ok semua tekan Join.

Tunggu... Anda boleh lihat kat skrin tu video yang sedang di sambung.
Baiklah untuk yang berminat anda boleh dapatkan software percuma ni kat sini.

Sekian, semoga berjaya.



Khamis, 4 Februari 2010

Bagaimana Nak Edit Video



Biasalah bila dah download video ni, kadang-kadang kena edit sikit. Contohnya kalau kita download cerita Cinta Balqis kat TV3 tu. Dalam setiap episode terbagi kepada empat bahagian. Tapi dekat hujung tiap-tiap bahagian tu ada iklan. Takkan nak burn kat CD atau DVD dengan iklan sekali.

Jadi saya cadangkan anda menggunakan perisian Kate's Video Cutter, ianya mudah digunakan dan boleh terus convert kepada fail format lain seperti avi, mpeg, wmv dan lain2.

Caranya mudah saja, masukkan input fail dan bila tiba bahagian nak potong klik cut.

Anda boleh dapatkannya disini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Masa Itu Emas

Langgan artikel Via Email

Kirim update terbaru dari
Blog Ajak terus ke Email anda!

Delivered by FeedBurner