Pastinya anda telahpun dengar berita tentang virus komputer baharu yang digelar WannaCry, virus ini sedang merebak dan menyerang syarikat-syarikat dan sistem komputer di seluruh dunia.
WannaCry adalah sejenis virus komputer yang dikenali sebagai ransomware, ia akan menguncikan fail-fail di dalam sistem dan kemudian meminta wang tebusan untuk “membuka akses”.
Oleh demikian, kami mencadangkan anda agar mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk melindungi sistem di rumah anda:
- Pastikan anda mengemaskini sistem operasi anda dengan menerima pengemaskinian automatik rasmi.
- Berhati-hati dengan emel yang diterima, terutamanya emel tersebut dihantar daripada penghantar yang tidak diketahui dan meminta anda klik pada pautan atau buka lampiran di dalam emel.
- Mengaktifkan perisian antivirus di komputer/peranti anda dan pastikan ia adalah versi terkini.
- Pastikan anda menyimpan salinan fail-fail penting anda di dalam cakera keras luaran atau menggunakan perkhidmatan penyimpanan cloud .
Anda boleh baca lanjut di SINI.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan