Teringat waktu closing meeting audit siang tadi.
Auditor tu ada cerita tentang "TRY YOUR BEST" yang saya nak share dengan anda semua.
Ceritanya begini.
Pada suatu petang seorang bapa berjalan bersama anak lelakinya menuju ke taman permainan.
Sampai di taman permainan mereka terlihat sebiji batu yang sederhana besar di dalam taman.
Si ayah menyuruh anaknya. "Wahai anakku tolong alihkan batu itu ketepi".
"Ayah percaya kamu boleh. Try your best."
"Baiklah Ayah" kata si Anak.
Si anak pun sedaya-upaya cuba untuk mengalihkan batu tersebut.
Setelah lama mencuba dengan berbagai cara akhirnya si anak berkata.
"Ayah, tak bolehlah. Dah TRY MY BEST tapi masih lagi tak boleh".
Si Ayah lalu tersenyum dan berkata "Anakku, kamu masih belum TRY YOUR BEST lagi, sebab kamu tidak meminta bantuan ayah yang sedang berdiri disisimu".
Moral of the Story. Sila gunakan semua sumber yang ada di sekeliling anda. Fikir-fikirkan lah.
Jumaat, 19 Mei 2017
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan