Teman Blogger

Isnin, 24 Ogos 2009

Bagaimana Menambah Virtual Memory di Windows XP


Apa itu Virtual Memory?

Virtual memory adalah satu komponen atau bahagian biasa di dalam sistem operasi sesebuah komputer. Ia dianggap biasa kerana ia memberi faedah yang besar kepada pengguna pada harga yang paling minimum.

Kebanyakan komputer sekarang mempunyai 64, 128 atau 1024 megabytes RAM (random-access-memory) untuk digunakan oleh CPU (central processing unit). Selalu berlaku tidak cukup RAM untuk menjalankan semua perisian yang diharapkan oleh pengguna. Sebagai contoh, jika anda menjalankan sistem operasi Windows, perisian email, perisian Internet Explorer dan perisian Microsoft Word dalam masa yang sama, 64 megabytes tidak cukup untuk menampung bagi menjalankan kesemua perisian tersebut. Sekiranya tidak terdapat virtual memory, komputer anda pasti akan memberi komen "Sorry, you cannot load any more applications. Please close an application to load a new one."

Dengan virtual memory, komputer akan mencari kawasan di RAM yang kurang aktif dan membuat salinannya kedalam cakera keras anda. Ini akan mengosongkan sedikit kawasan di dalam RAM untuk menjalankan perisian yang baru. Disebabkan semuanya berjalan secara automatik, anda tidak akan perasan bila ianya berlaku dan ini akan membuat komputer anda seolah-oleh mempunyai kawasan RAM yang tidak terbatas walaupun ia hanya mempunyai RAM 32 megabytes. Disebabkan ruang cakera keras anda jauh lebih murah jika dibandingkan dengan RAM maka ia juga memberikan faedah yang memuaskan dari segi ekonomi.

Sekiranya anda menghadapi masalah “Out of Virtual Memory”, atau kerap menerima pesanan sedemikian, anda mungkin ingin menambah Virtual Memory anda ketahap yang lebih sesuai dengan merubah setting di dalam komputer anda.

Langkah 1,

Klik kanan pada My Computer.


Langkah 2,

Pilih Properties.


Langkah 3,

Klik pada Advanced, kemudian cari Performance dan klik butang Settings.



Langkah 4,

Klik pada Advanced, kemudian cari Virtual Memory dan klik butang Change.



Langkah 5,

Disini anda perlu menentukan bilangan Virtual Memory yang perlu anda tambah. Cuba bermain dengan beberapa ratus megabytes diatas bilangan yang diberikan.



Selamat mencuba.

2 ulasan:

  1. Salam,

    kalau nak adjust dia punya size kena adjust dua- dua atau satu je ? ada limit tak kalo kita nak adjust ?

    tq

    BalasPadam
  2. Adjust satu je iaitu Initial Size, yang bawah tu limit dia. Tak boleh letak lebih daripada tu.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Masa Itu Emas

Langgan artikel Via Email

Kirim update terbaru dari
Blog Ajak terus ke Email anda!

Delivered by FeedBurner