Teman Blogger

Sabtu, 22 Ogos 2009

Selamat Berpuasa Di Bulan Ramadhan

Syukur Alhamdulillah kerana kita semua telah dipanjangkan umur untuk sekali lagi bersama-sama berpuasa di bulan Ramadhan ini.


Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat mengerjakan ibadah puasa. Semoga kita akan diberkati dibulan yang mulia ini. Berbanyaklah berdoa dan pada yang mampu bersedekah kepada yang miskin supaya mereka juga dapat merasai kenikmatan di bulan yang mulia ini.


Di bulan puasa ini seharusnya kita akan ada lebih masa disiang hari selepas tolak waktu makan dan minum. Ini merupakan kelebihan dan peluang ini harus kita gunakan sebaik mungkin untuk menambahkan ilmu pengetahuan, berbanyaklah membaca, selain daripada membaca buku agama, kita juga boleh membaca buku2 lain bagi menambahkan ilmu pengetahuan kita. Jangan salah gunakan waktu itu untuk tidur. Bukan tak boleh tapi berpadalah. Tepuk dada tanya selera.


Akhir kata selamat untuk semua, ilmu itu pelita hidup.


Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Masa Itu Emas

Langgan artikel Via Email

Kirim update terbaru dari
Blog Ajak terus ke Email anda!

Delivered by FeedBurner