Teman Blogger

Isnin, 14 September 2009

Mental Math


Pernah dengar tak Mental Math, sebenarnya mental math ni ialah pengiraan matematik yang dilakukan dalam kepala, tak pakai kertas, pen, pensil atau kalkulator.
CEPAT DARAB
Baik, mari kita mula sekarang. Bagaimana mendarab dalam kepala anda sebarang nombor dua digit dengan 11.
Ia sangat mudah jika anda tahu akan rahsianya, contoh masalah:
32 x 11
Untuk menyelesaikan masalah ini, hanya tambahkah 3 dan 2, iaitu 5, kemudian letakkan 5 tadi diantara 3 dan 2, ya itu jawapannya 352.
Sekarang cuba 53 x 11.
5 + 3 = 8, kemudian letakkan 8 diantara 5 dan 3, ya itu jawapannya 583. Manarik bukan. Ok satu lagi.
Tanpa melihat kepada jawapan dibawah:
81 x 11
Berapa jawapannya?
Ya betul 891 tahniah!
Sekarang cuba 
85 x 11
Jawapannya bukan 8135, tapi no 3 letak kat tengah dan no 1 campur dengan 8. Oleh sebab itu jawapannya akan jadi 935.
Fikirkan jawapannya seperti ini,
  1
+835
=935
2 Rahsia Mental Math telah anda ketahui.
Cuba yang Ini satu lagi, 57 x 11.
5 + 7 = 12 dan jawapannya adalah 727.
Sekarang giliran anda pula,
77 x 11 = ?
Jika anda dapat jawapan 847, berikan tepukan untuk diri anda. Anda telah berjaya menguasai sedikit ilmu mental math.
Seterusnya bagaimana pula dengan 99 x 11 = ?
“Bolehkah kita menggunakan kaedah yang sama untuk mendarab nombor tiga digit atau lebih dengan 11?
    1
  +989
=1089
Ya, dah tentu boleh.
Contoh,
314 x 11
3 + 1 = 4 (depan), 1 + 4 = 5 (belakang), letakkan kedua-dua nilai ini diantara 3 dan 4, ya jawapannya ialah 3454.
Baiklah sekarang kita baru mula dengan nombor 11, bagaimana dengan nombor yang lain.
Nantikan posting seterusnya.
Selamat belajar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Masa Itu Emas

Langgan artikel Via Email

Kirim update terbaru dari
Blog Ajak terus ke Email anda!

Delivered by FeedBurner