Teman Blogger

Rabu, 6 Januari 2010

Paint.NET 3.5 perisian mengedit gambar

 
Mungkin anda sebelum ini pernah menggunakan perisian paint brush dalam Win98 atau sekarang ini dikenali sebagai Windows Paint dalam Win Xp. Perisian ini adalah perisian mudah untuk mengedit gambar, menambah tulisan dan lain2 lagi.

Dan sekarang ini telah ada Paint.NET yang merupakan perisian percuma dengan fungsi yang lebih manarik dan kehadapan. Perisian ini menampilkan paparan pengguna yang inovatif dengan sokongan untuk lapisan, undo yang tidak terhad, kesan khas dan pelbagai jenis alat sokongan yang kuat dan berguna. Terdapat online community yang memberi bantuan, tutorial dan plugin.

Perisian ini mula dibangunkan sebagai projek desain sarjana senior dibawah bimbingan Microsoft dan kini diuruskan oleh beberapa alumni yang pada asalnya menguruskannya. Di awal pembangunannya ia adalah bertujuan sebagai perisian pengganti percuma untuk Microsoft Paint yang datang dengan Windows, ia telah berkembang menjadi satu alat yang kuat lagi mudah untuk mengedit gambar dan image. Ini setanding dengan pengedit foto digital lain seperti pakej perisian Adobe (r) Photoshop (r), Corel, Paint Shop Pro (r), Microsoft Photo Editor, dan The GIMP.

Anda boleh dapatkannya di sini.
 
Selamat mencuba.
 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Masa Itu Emas

Langgan artikel Via Email

Kirim update terbaru dari
Blog Ajak terus ke Email anda!

Delivered by FeedBurner