Teman Blogger

Isnin, 29 Mac 2010

Apa itu IPTV?

Selepas kehadiran HDTV, kini tibalah masa untuk IPTV yang lebih berkuasa. Internet Protocol Televisyen atau singkatannya IPTV lebih interektif kini membawa cabaran baru dalam perusahaan membuat televisyen. IPTV adalah sebuah sistem yang mampu menerima dan menampilkan video streaming dalam satu pakej Internet Protocol. Jika anda pernah menonton klip video di komputer, anda telah menggunakan sistem IPTV ini secara tidak langsung. Apabila orang ramai berbincang tentang IPTV, mereka bercakap tentang menonton saluran-saluran tradisional di televisyen, di mana dapat memberikan kehalusan, kualiti resolusi serta imej yang jelas dan ini telah membawa kepada Syarikat Telcos yang lebih dulu melabur dalam pasaran ini dan merealisasikan impian mereka.
 
Televisyen melalui Protokol Internet (IPTV) merupakan teknologi yang mana televisyen atau signal video disalurkan kepada pelanggan menggunakan sambungan jalur lebar melalui Protokol Internet.  Pengguna hanya boleh mendapatkan perkhidmatan ini dengan melanggan perkhidmatan jalur lebar dengan syarikat telekomunikasi. 

IPTV bukannya satu protokol tetapi penggunaannya dijangka meningkat dalam sama satu atau dua tahun ini disebabkan peningkatan langganan jalur lebar. IPTV menyokong penyiaran siaran langsung atau `live TV' dan juga video yang disimpan (Video mengikut Permintaan - VoD).  Pelanggan perlu mempunyai komputer peribadi atau televisyen yang disambungkan melalui kotak set-top yang disambungkan ke rangkaian jalur lebar. Protokol utama yang digunakan untuk IPTV ialah IGMP version 2 untuk penukaran saluran bagi siaran
langsung TV dan RTSP untuk perkhidmatan VoD. Format pemampatan video yang digunakan untuk IPTV ialah MPEG-2, MPEG-4, H.264, WMV (Windows Media Video 9 dan VC1) serta Ogg Theora. 

Kelebihan IPTV ialah pengguna boleh menikmati siaran televisyen dan melayari Internet serta mengawal siaran seperti `menghenti sekejap, memain semula atau mempercepatkan' siaran. Ia seperti memiliki pemain VCD/DVD sendiri. Terdapat juga usaha untuk membolehkan siaran televisyen atau video yang dilanggan dirakamkan kepada cakera keras.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Masa Itu Emas

Langgan artikel Via Email

Kirim update terbaru dari
Blog Ajak terus ke Email anda!

Delivered by FeedBurner