Teman Blogger

Khamis, 27 Mei 2010

Clean Startup Menguruskan Program Startup Anda


Clean Startup merupakan perisian freeware, dimana dengannya anda boleh menetapkan program-program yang bermula secara automatik apabila anda memulakan komputer anda. Setiap kali anda menghidupkan komputer anda, anda akan melihat banyak program yang bermula secara automatik. Sebahagian mungkin berguna, manakala sebahagian lagi mungkin tidak, di mana ia berkemungkinan menggunakan sumber sistem kita dan seterusnya melambatkan masa startup. Clean Startup menyediakan paparan yang sangat mudah bagi membantu anda dalam menguruskan program yang harus ada dalam senarai startup anda.


Apabila program ini dijalankan, ia akan memaparkan senarai program yang terdapat pada senarai startup anda. Double Klik pada program tersebut dan anda akan disajikan dengan maklumat lanjut seperti lokasi program, nama fail dan keterangan lain. Disini anda boleh memilih untuk menghentikan program dari berjalan di windows startup atau boleh memulakan program yang terdahulu dihenti. Jika anda tidak pasti tentang sesuatu program, anda boleh Google saja terus dari skrin ini. Ia sangat berguna jika terdapat virus atau malware dalam senarai startup anda. Program ini juga boleh memantau program startup anda jika terdapat perubahan dan anda boleh menukar frekuensi pemantauan sebagaimana yang anda mahu. Ia juga mempunyai pilihan 'Restore' supaya anda boleh kembali ke asal jika terdapat sebarang kesilapan.

Perisian ini adalah freeware dan berjalan pada Windows Vista dan Windows 7 ia juga memerlukan net framework 2.0.

Anda boleh downloadnya disini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Masa Itu Emas

Langgan artikel Via Email

Kirim update terbaru dari
Blog Ajak terus ke Email anda!

Delivered by FeedBurner