Teman Blogger

Rabu, 12 Mei 2010

Tambah Baik Menu Send To

 













Menu "Send To" yang muncul apabila anda klik sebelah kanan pada mana2 fail atau folder membolehkan anda melakukan task tertentu seperti memindahkan fail, menghantar fail sebagai attachment dan sebagainya. "Send to Toys" adalah perisian freeware yang mana menambah baik menu sistem "Send To" dan memberi anda lebih banyak options berlainan dan menjadikan kerja anda lebih mudah.




















Prisian kecil yang memberi anda lebih banyak fungsi penting  seperti memindahkan fail atau membuat shotcut, meletakkan fail pada bar "Quick Launch", menghantar nama dan lokasi fail ke clipboard, menghantar fail sebagai attachment kepada pengguna default dan sebagainya. Ia juga boleh membuka kotak dialog yang mana akan membenarkan anda menentukan dimana anda ingin memindahkan dan copy fail atau folder. Anda juga boleh menjalankan arahan command com atau command prompt dengan mana2 fail dan folder yang anda suka. Perisian ini juga mempunyai pilihan konfigurasi yang mana membenarkan anda menambah atau membuang item yang anda tidak suka pada menu anda.

Perisian ini adalah perisian freeware yang menambah baik menu "Send To" anda. Ia boleh di jalankan pada Windows 2000, XP, 2003 Server, Vista, Windows 7 dan 2008 Server.

Anda boleh download ia disini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Masa Itu Emas

MALAYSIA

Langgan artikel Via Email

Kirim update terbaru dari
Blog Ajak terus ke Email anda!

Delivered by FeedBurner

Hits counter

Website counter