Setiap orang di kalangan kita ada ego masing-masing. Ego mendorong kita untuk rasa mahu dihormati dan dikagumi. Dah tentu kita suka bila ada orang hormat dengan kita pastu kagum dengan kita.
Tapi bila kita tahu tiba-tiba ada orang muncul lebih hebat daripada kita, serta merta kita tidak akan keruan sebab kita tak nak kehormatan orang lain pada kita jatuh mendadak, kita tak nak kita dikalahkan, dipandang rendah dan diperkecilkan. Semua ni datang dari sifat ego dalam diri kita. Inilah punca mengapa ada orang kurang senang dengan kita walaupun kita sendiri tak pernah terfikir nak kacau dia ataupun iri hati dengan dia.
Jika ada orang kurang senang dengan Anda, penyelesaian terbaik adalah:
1. Buat kerja Anda, fokus pada kerja Anda, elak sibuk pasal hal dia dan hal-hal orang lain.
Laksanakan tanggungjawab anda sebaik mungkin, sehebat mana yang Anda mampu. Elak untuk bercakap hal-hal diri orang lain dan perbuatan mereka. Nak ambil tahu itu boleh, tapi elak untuk memberi respon atau memberi komen. Dah tahu, cukuplah.
2. Biarkan dia.
Maafkan sikapnya, terima dia seadanya. Jika dia berperangai buruk, terima hakikat yang perangainya dah camtu. Anda tak akan boleh ubah, melainkan dia sendiri merubah sikapnya. So biarkan dia dengan halnya, Anda dengan hal Anda.
3. Gunakan kreativiti untuk memajukan diri dalam bidang Anda sekarang ini.
Elak untuk bersaing, elak untuk jatuh-menjatuhkan antara satu sama lain. Fikirkan starategi-strategi kreatif untuk memajukan diri sendiri. Jangan gunakan persaingan untuk memajukan diri kerana ia akan membuat Anda kurang bersemangat.
Untuk sentiasa bersemangat, bebaskan diri Anda dari sikap-sikap negatif seperti dendam, panas baran, dengki atau terlalu bangga diri.
Jika Anda selalu kurang bersemangat, malas atau asyik bertangguh, itu maknanya Anda ada salah satu daripada sikap-sikap negatif yang disebutkan tadi.
Dipetik daripada posting warga_kilang@yahoogroups.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan