Biasalah kadang2 tu bila kita dah install perisian baru secara automatic perisian tu akan jadi perisian default untuk buka program kita. Contohnya sebelum ni kita pakai Internet Explorer. Bila kita download dan install Firefox, semua fail HTML kita akan secara automatik dibuka menggunakan Firefox. Jadi bagaimana nak tukar balik kepada Internet Explorer tanpa kita buang perisian Firefox tadi.
Caranya mudah begini:
Masuk My Documents
Klik Tools --> Folder Options --> File Types
Dalam kotak "Registered file types" pilih dan klik pada "Extension" HTML
Kemudian klik butang "Change" kat bawah tu
Akan keluar menu "Open With"
Pilih Internet Explorer dan klik OK
Dan akhir sekali klik Close
Perisian default anda sekarang telah bertukar kepada Internet Explorer.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan