Teman Blogger

Jumaat, 20 Mei 2011

Cara Untuk Kurangkan Saiz Fail PowerPoint

Biasanya bila kita letak banyak gambar pada slide PowerPoint kita, saiz fail tadi akan menjadi besar sampai 20 ke 30 megabyte. Ini akan menjadikan masalah kalau kita nak hantar fail tu melalui email.

Cara yang mudah adalah dengan cara kita kecilkan saiz fail tadi.


Caranya macam ni.
  • Mula2 bukak fail slide kita tadi.
  • Lepas tu cari slide yang ada gambar.
  • Pada mana2 gambar klik butang mouse sebelah kanan.
  • Pilih format picture.
  • Kemudian pilih tab compress... Akan keluar menu seperti kat atas.
  • Pada Apply to, pilih salah satu dibawah;
    • Untuk compress hanya gambar yang kita klik, pilih Selected pictures.
    • Untuk compress semua gambar dalam slide, pilih All pictures in document.
  • Pada Change resolution, lakukan seperti dibawah;
    • Jika persembahan anda guna screen show, pilih Web/Screen.
    • Jika slide digunakan untuk cetakan, pilih Print.
  • Pada Options, tick kedua2 kotak Compress pictures dan Delete cropped areas of pictures.
  • Klik OK.
  • Jika diminta, klik Apply pada kotak dialog Compress Pictures.
Kalau guna PowerPoint 2000 atau yang lebih awal, lakukan seperti kat bawah untuk setiap gambar yang anda nak compress;
  • Klik pada gambar yang kita pilih.
  • Pada menu Edit, klik Copy.
  • Sekali lagi pada menu Edit, klik Paste Special.
  • Buat pilihan seperti kat bawah;
Untuk kebanyakan gambar seperti foto dan scan, klik JPG.
Untuk gambar dengan warna dasar yang luas, atau yang terdapat teks penting atau kemasan yang halus, klik PNG.

Akhir sekali padam gambar yang asal.


Semoga membantu.

1 ulasan:

  1. mcm ne cara nk compress keseluruhan fail dlm network system sekaligus??

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Masa Itu Emas

Langgan artikel Via Email

Kirim update terbaru dari
Blog Ajak terus ke Email anda!

Delivered by FeedBurner