Teman Blogger

Rabu, 25 Mei 2011

Menyimpan Gambar Dokumen Microsoft Word Dalam Fail Terpisah

Sememangnya kita selalu menerima dokumen Microsoft Word yang mengandungi gambar di dalamnya. Tapi yang menjadi masalah macam mana kita nak keluarkan gambar tu dan simpan dalam fail berasingan.

Salah satu caranya, kita bolehlah copy dan paste gambar tadi kedalam Persian lain seperti paint, paint.net dll. Kemudian save dalam bentuk fail imej yang lain. Tapi ini mengambil masa.

Tahukah anda dengan menyimpan fail (save) sebagai Web page (Word 2000, Word 2002/XP, or Word 2003) atau unzip fail .docx (Word 2007), anda dengan mudah boleh mengasingkan fail2 imej tersebut.

Caranya begini;
Simpan (save) sebagai Web page,
Lakukan step dibawah untuk Word 2000, Word 2002/XP, or Word 2003:
  1. Buka fail dokumen tersebut dalam Word.
  2. Pada menu kat atas klik File.
  3. Klik Save As.
  4. Tetapkan lokasi untuk fail anda disimpan.
  5. Pilih Web Page (*.htm; *.html) untuk Save as type seperti dalam gambar diatas.
  6. Dan akhir sekali klik Save dan Yes.

Anda akan dapat perhatikan satu folder baru yang mempunyai nama seperti yang anda masukkan tadi. 
Klik folder tersebut dan didalamnya terdapat fail gambar yang telah diasingkan.


Unzip fail .docx,
Dalam Word 2007, Microsoft telah memperkenalkan fail berformat .docx. Format baru ini sebenarnya merupakan satu bentuk fail ZIP yang terkandung didalamnya fail2 XML yang telah di letakkan bersama dengan fail2 imej. 
Untuk mencapai fail2 imej didalam fail .docx, Lakukan langkah2 seperti dibawah:
  1. Jika sekiranya ia bukan fail berformat docx, Buka fail tersebut dalam Word 2007 dan simpan fail (save as) dokumen Word (*.docx).
  2. Tukarkan sambungan fail tadi daripada .docx kepada .zip.
  3. Kemudian buka fail ZIP tadi dengan menggunakan perisian ZIP. Imej yang anda kehendaki akan berada diatas sekali dalam senarai fail yang terdapat dalam fail ZIP itu tadi.

Sekian, semoga membantu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Masa Itu Emas

Langgan artikel Via Email

Kirim update terbaru dari
Blog Ajak terus ke Email anda!

Delivered by FeedBurner