Teman Blogger

Isnin, 20 Jun 2011

Problem Bila Nak Uninstall Fail

Baru-baru ni saya menghadapi masalah apabila nak uninstall fail. Bila klik startprograms > contoh_program > uninstall akan keluar comment macam yang kat atas tu. Pastu cuba pulak uninstall daripada control panel > Add/Remove Programs, sama juga yang kat atas tu juga yang keluar.

Untuk kepastian saya cari folder contoh_program (%programfiles%) dan saya jumpa fail INSTALL.LOG di dalamnya. Kemudian saya buka fail tu tak ada masalah, tapi kenapa tak jumpa ya. Saya cuba pulak uninstall terus daripada situ dengan menekan Unwise.exe. Sama juga jawapannya. Setelah itu saya browse kat internet dan terjumpa cara ni, just nak share.

Problem ni biasa berlaku dengan Wise uninstaller. Cara mudah mengatasinya adalah dengan "cut and paste" fail INSTALL.LOG itu tadi ke tempat lain (paling mudah ke desktop). 
Kemudian klik uninstall terus daripada dalam folder program (BUKAN DARIPADA Start > Programs atau Add/Remove programs). Anda akan diminta untuk memberi tahu lokasi fail INSTALL.LOG. Jadi anda cuma perlu browse dan dapatkan fail tadi di folder desktop dan klik OK. Ya itu saja program anda akan di uninstall seperti biasa.

Semoga dapat membantu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Masa Itu Emas

Langgan artikel Via Email

Kirim update terbaru dari
Blog Ajak terus ke Email anda!

Delivered by FeedBurner